19/04/19

Review Filem The Curse Of The Weeping Woman


Filem:
The Curse Of The Weeping Woman

Penilaian:
7/10

Pengarah:
Michael Chaves

Genre:
Seram, Misteri & Ngeri

Pelakon:
Linda Cardellini, Patricia Velásquez, Sean Patrick Thomas, Raymond Cruz & Etc.

Tarikh Tayangan:
18 April 2019

Pengedar:
Warner Bros. Pictures

Sinopsis:
Filem ini berlatarkan pada dekad 1970-an di Los Angeles yang mengisahkan hantu lagenda La Llorona yang merayau pada waktu malam untuk mencari kanak-kanak sebagai mangsa seterusnya. Hantu wanita dari kisah Mexico ini telah kehilangan anak dan kini mengambil kanak-kanak lain untuk menjadikan mereka sebagai anaknya. Anna Garcia, seorang janda pekerja sosial yang membesarkan dua anak mula menyedari yang hantu itu telah mensasarkan kedua-dua anaknya akibat dendam pihak yang lain. Anna cuba mencari jalan untuk menyelamatkan anaknya kerana dia tahu roh jahat Llorona tidak akan berhenti selagi tidak mendapat jiwa anaknya. Berjayakah Anna menyelamatkan kedua-dua anaknya daripada menjadi mangsa Llorona yang seterusnya? Atau adakah Anna akan kehilangan keduaa-dua anaknya buat selama-lamanya? Saksikan filem seram yang menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 18 April 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula mendapat jemputan daripada pihak 20th Century Fox untuk menghadiri tayangan media filem The Curse Of The Weeping Woman bertempat di GSC One Utama pada 16 April 2019 yang lepas. 


Filem The Curse Of The Weeping Woman ini cuba memaparkan tentang kisah tiga ibu yang menyayangi anak-anak mereka. Bukannya seperti filem Bu walaupun objektifnya seakan-akan hampir sama tetapi dapat dilihat disini ketiga-tiga ibu ini mempunyai kisah yang berlainan yang disusun mengikut kronologi masa yang bagus. Ada kisah ibu yang tersilap langkah. Ada kisah ibu yang gagal melindungi anaknya. Ada kisah ibu yang sedang cuba melindungi anaknya. Mesej filem ini jelas cuba memaparkan tentang hal tersebut kerana kami tidak nampak mesej lain selain berkaitan ini. 


Seperti biasa filem seram kebanyakannya tidak dapat lari daripada sebuah jalan cerita yang bersifat klise. Begitu juga dengan filem The Curse Of The Weeping Woman ini. Masih gemar bermain dengan kisah yang sama tentang roh jahat yang ingin merampas jiwa dan nyawa kanak-kanak namun bagaimana jiwa filem ini diolah yang berjaya menjadikannya sebuah karya yang punya roh seram yang sepatutnya.


Bagaimana filem ini menyuntik elemen seramnya yang kebanyakkan dibantu oleh teknik jump scare boleh dikatakan berjaya kerana ia tidak mengambil momen-momen yang panjang untuk membuatkan penonton terasa muak atau bosan. Seperti satu ayat Inggeri yang berbunyi 'Less is more' maka ia tepat untuk mengatakan filem ini bijak memanfaatkan perkara ini yang menjadikan kebanyakan babak-babak filem ini yang menakutkan sampai kepada penonton dengan tepat.


Ada beberapa babak seram di dalam filem ini yang berjaya dipaparkan dengan cantik namun ia kelihatan seperti cedokan daripada filem-filem seram lain dan kemudian diolah semula menjadi versi The Curse Of The Weeping Woman. Ia boleh dilihat pada babak-babak seperti anak gadis mengejar payung dan juga permainan kotak kayu yang kelihatan tidak asing pada pandangan kami.


Lakonan para pelakonnya tidak mengecewakan dimana pelakon kanak-kanak di dalam filem ini dilihat berjaya menterjemahkan sisi pelbagai emosi dengan berkesan. Namun, kami ingin memuji kerja kamera di dalam filem ini yang boleh dilihat sangat hebat dan kemas bermula daripada awal filem lagi melalui satu babak yang diambil dengan satu kamera tanpa henti. Hasil kerja yang sangat baik. Sinematografi filem ini juga boleh dikatakan baik untuk sebuah filem seram sebegini.


Jadi, selamat menonton filem The Curse Of The Weeping Woman di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 18 April 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Akan Diulas Ialah Sebuah Filem Yang Mengangkat Sebuah Kisah Benar Iaitu Fighting With My Family. Nantikan Ulasannya!

7 ulasan:

  1. Terbaiklah Portal Rolli De Pelicula. Memang pantas menulis tentang filem terkini. Favourite genre ni filem seram. Tengok dari penilaian tu memang boleh tahan seram tu.. Huhu.. Nak ajak Mr. Husband g tengok la esok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat menonton
      jangan jerit pula dalam panggung wayang nanti

      Padam
    2. Hahahaha.... Abeslah... Kalau jerit nanti suruh Otomen tutup mulut cecepat..

      Padam
    3. hahahahaha
      last2 dua-dua jerit

      Padam
  2. belum sempat lagi tengokmcerita ni, macam best je. In sha Allah nanti tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      In Sha Allah boleh lah layan seram dia
      selamat menonton nanti

      Padam
  3. Beruntung kita hantu Weeping Woman ni takde di Malaysia. Kalo ada la, terok kita nak lawan. Dah la menyeramkan, jahat dan brutal paling maksima. Pontianak kita pon tak sekejam hantu ni, muahahah. Best jugak layan film ni. TQ

    BalasPadam