Review Filem The Gangster,The Cop,The Devil


Filem:
The Gangster, The Cop, The Devil

Penilaian:
7/10

Pengarah:
Lee Won-Tae

Genre:
Aksi & Jenayah

Pelakon:
Ma Dong-Seok, Kim Mu-Yeol, Kim Sung-Kyu & Etc.

Tarikh Tayangan:
23 Mei 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Jang Dong Soo yang merupakan seorang ketua kepada kumpulan gangster terbesar di Cheonan yang menjadi sasaran pembunuh bersiri bernama Kang Kyung Ho. Walau bagaimanapun, Dong Soo bernasib baik kerana dia merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat daripada serangan Kyung Ho. Lalu Dong Soo bekerjasama dengan Detektif Jung Tae Seok untuk menangkap pembunuh bersiri tersebut. Berjayakah mereka menangkap Kang Kyung Ho? Saksikan filem yang penuh dengan aksi yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula 23 Mei 2019 untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah kami di portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton filem The Gangster,The Cop,The Devil di mmCineplexes Cinemas, Mutiara Damansara pada 23 Mei 2019 yang lepas. Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini dan menampilkan pelakon aksi hebat dan berbakat dari Korea Selatan iaitu Ma Dong Seok juga baru-baru ini telah diumumkan bakal dihasilkan semula di dalam versi Hollywood oleh syarikat produksi pelakon terkenal Sylvester Stallone. Jadi, apa sebenarnya keistimewaan filem Korea ini sehingga berjaya menarik perhatian pihak-pihak yang berada di dalam industri Hollywood?


Filem ini kelihatan unik pada pandangan kami kerana ia berjaya menggabungkan tiga kisah individu seperti mana nama tajuknya ke dalam satu garis masa dan berjaya diselaraskan dengan baik untuk membuatkan ketiga-tiga kisah ini menyinar dan seimbang antara satu sama lain. Kisah ketua gangster iaitu Jang Dong-su yang tercabar egonya kerana ditikam oleh pembunuh bersiri yang tidak dikenali sememangnya amat mencalar kredibiliti lelaki ini. Jadi, disini penonton dipaparkan bagaimana Jang Dong-su berusaha untuk memulihkan imej serta nama baiknya itu dengan cuba bekerjasama dengan pihak polis yang diterajui oleh Detektif Jung Tae-seok. 


Berbeza tujuan dengan ketua gangster, Detektif Jung Tae-seok pula sebenarnya terlalu bosan dengan aturan kerja serta arahan daripada pihak atasannya yang dia ketahui sebenarnya telah dirasuah dan melindungi orang-orang jahat atasan seperti mana Jang Dong-su. Untuk menghilangkan rutin yang sama memerlukan Jang Dong-su untuk dinaikkan pangkat dan dengan penangkapan suspek pembunuh bersiri ini sahaja yang mampu membantunya keluar daripada zon pegawai polis bawahan dan menjadi seorang polis yang lebih berdedikasi kepada negaranya. Manakala misteri watak pembunuh bersiri iaitu Kang Kyung Ho pula bijak diolah dan dibongkarkan sedikit demi sedikit bagi membantu filem ini kelihatan lebih bersifat thriller dan menepati genre jenayah yang diletakkan pada filem The Gangster,The Cop,The Devil ini.


Filem aksi terbaru dari Korea Selatan ini secara teknikalnya tidak mempunyai masalah untuk menarik perhatian penonton walaupun umum mengetahui lambakan filem aksi yang memaparkan lakonan pelakon Ma Dong-Seok telah kerap kali menemui penonton di pawagam pada setahun dua ini. Secara visual pula dapat dilihat filem ini bijak bermain dengan sinematografi malam di bandar Cheonan dimana unsur misteri dan seram itu berjaya disatukan dengan baik dibawah cahaya lampu jalanan apabila melibatkan babak-babak pembunuhan yang kejam. Pada masa yang sama, ketegangan penceritaan filem ini berjaya disama ratakan denagn elemen komedi yang membuatkan penonton tidak berasa tertekan dan mampu terhibur melihat gelagat-gelagat kerjasama dan berbeza pendapat antara polis dan ketua gangster. Apa yang membuatkan kami menyukai filem Korea ialah apabila ialah melibatkan watak psikopat dimana filem ini berjaya memaparkan sekali lagi watak lelaki psiko dengan cukup bergaya dan hebat. Filem Korea memang tidak pernah mengecewakan daripada sudut ini.


Filem The Gangster,The Cop,The Devil ini juga menampilkan unsur-unsur keganasan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak tetapi buat penggemar filem bergenre jenayah dan aksi sebegini, anda pasti akan terhibur menonton babak-babak pergaduhan serta pembunuhan yang berjaya dilakonkan dengan cukup versatil. Jalan ceritanya ringan dan mudah dihadam. Tiada perubahan plot atau plot twist yang menarik atau ketara untuk dibicarakan. Mesej-mesej semasa tentang jenayah, kemanusiaan, tanggungjawab dan amanah di dalam pekerjaan dan kehidupan. Keistimewaan dan kekuatan terbesar filem ini lebih tertumpu kepada aksi serta sedikit elemen humor di dalam penceritaan filem ini. Kesimpulannya, sebuah filem yang menghiburkan, bersifat komersial dan berbaloi untuk anda tonton di pawagam. Pengakhiran filem ini memang sangat menarik dan anda pasti puas hati dengan cara filem ini ditamatkan. Jadi, tidak hairan lah ia menarik perhatian Hollywood untuk membikinnya semula di dalam versi mereka.


Jadi, selamat menonton filem The Gangster,The Cop,The Devil di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 23 Mei 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Apakah Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulaskan Untuk Bacaan Dan Rujukan Anda? Nantikannya!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Don Lee memang sesuai berlakon film ber genre ganas mcm ni. TQ Hans kerana sempat juga review film ni, baru la rase confident nak tonton, heheh...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. I Saw The Devil tak pernah tengok
      jadi tak dapat nak bandingkan :)

      Padam