12/05/19

Review Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum


Filem:
John Wick: Chapter 3 - Parabellum

Penilaian:
9/10

Pengarah:
Chad Stahelski

Genre:
Aksi, Jenayah & Ngeri

Pelakon:
Keanu Reeves, Halle Berry, Ian McShane, Ruby Rose & Etc.

Tarikh Tayangan:
16 Mei 2019

Pengedar:
TGV Pictures

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan merupakan trilogi kepada kisah pembunuh upahan lagenda John Wick yang kini di dalam pelarian selepas kontrak bernilai USD14 juta untuk nyawanya yang telah dibuka telah menyebabkan dia kini menjadi sasaran pembunuh upahan dari seluruh dunia. Ini disebabkan John Wick telah melanggar peraturan dengan membunuh ahli High Table dalam kawasan Continental Hotel. Dia telah diberi masa sejam oleh pengurus Continental iaitu Winston untuk melarikan diri sebelum keahliannya dibatalkan dan dia dilarang daripada segala perkhidmatan. Ini adalah satu-satunya peluang untuknya melawan dan keluar dari New York. Saksikan filem yang sangat menarik dan mendebarkan ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 16 Mei 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak TGV Pictures untuk menghadiri tayangan media filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum di TGV One Utama pada 10 Mei 2019 yang lepas. Nampaknya penantian kami sejak tahun lepas untuk menonton filem ini sangat berbaloi kerana sejak permulaan filem hingga ke penamat filem ini dipenuhi dengan pelbagai kejutan yang tidak kami jangkakan. 


Sukar sebenarnya untuk melihat naskhah trilogi filem yang dapat mengekalkan prestasi yang baik tetapi John Wick: Chapter 3 - Parabellum membuktikan bahawa filem trilogi ini bukan sekadar menakjubkan tetapi lebih baik daripada sekuel filemnya. Penggunaan kesan khas CGI di dalam filem kali ini cukup mengagumkan kerana visualnya memang kelihatan sangat realistik. Jadi, kepuasan anda menonton babak-babak pergaduhan serta pembunuhan sememangnya berada di paras maksimum dimana babak-babak gore yang ngeri adakalanya mampu membuatkan anda meremang. Namun, bagi kami ini adalah salah satu pencapaian terbaik filem ini yang berjaya memberikan satu pengalaman tontonan menarik dan kami pasti anda tidak akan melupakan perkara ini usai menontonnya. 


Kami juga sebenarnya tertarik untuk mengulas tentang intipati penceritaan filem ini yang cuba memaparkan tentang erti persahabatan, kuasa, janji dan nyawa mengikut perspektif watak-wataknya yang mempunyai pendirian yang berlainan. Gabungan empat perkara ini telah berjaya mencipta konflik-konflik yang sangat menarik terutamanya apabila ia melibatkan kisah utama wataknya iaitu John Wick. Menariknya disini apabila kita melihat pertembungan, persamaan dan perbezaan John Wick dan rakan-rakan seperjuangannya tentang kemegahan, kepercayaan dan pengkhianatan. Satu kepuasan apabila filem ini memberikan anda banyak perubahan plot atau plot twist yang di luar jangkaan. 


Ini dapat dilihat pada setiap watak di dalam filem ini yang mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk memilih jalan yang mereka inginkan. Jadi, di dalam filem ini dapat dilihat bagaimana watak-watak utama di dalam filem ini seperti John Wick terpaksa melakukan banyak keputusan bertentangan serta diluar kewarasan akal mengikut situasi dan ia adalah salah satu perkara yang cukup mengejutkan tetapi pada yang sama menjadikan filem ini unik dan gah untuk ditonton. Sebagai contoh, bagaimana John Wick harus berhadapan dengan ramai rakan-rakan yang ingin membunuhnya serta bagaimana dia perlu membuat satu keputusan pantas untuk menunjukkan ketaatannya di hadapan Elder. Ini semua memang menjadikan filem ini bukan sekadar memaparkan aksi dan pembunuhan semata-mata tetapi juga punya penceritaan yang mantap. 


John Wick sebenarnya merupakan hero tamil versi Hollywood. Jadi, tidak hairan lah jika watak ini kelihatan kebal dari kematian. Cuma satu perkara yang membuatkan anda pasti tidak akan jemu menonton filem ini kerana konsepnya yang dikekalkan seperti mana dua filem sebelum ini yang memaparkan penderitaan hero yang tetap cedera teruk apabila dibelasah. Cuma satu faktor menarik yang wujud pada naskah kali ini ialah penggunaan serta penghormatan mereka terhadap pelbagai bahasa lain walaupun dalam durasi masa yang singkat. Contohnya kemunculan dua orang pelakon Indonesia dimana salah seorangnya sangat terkenal dan dikenali iaitu Yaya Ruhian dimana apa yang membanggakan mereka boleg bertutur di dalam bahasa melayu Indonesia untuk filem ini. Lebih menarik apabila kemunculan mereka bertembung dan berlawan dengan John Wick juga memaparkan koregrafer aksi yang cukup hebat dan ini sangat berbeza jika kita melihat kemunculan Rosyam Nor di dalam filem Kabali yang langsung tidak dapat memaparkan kejahatan paling maksimum watak yang dipegangnya.



Walaupun CGI filem ini berada di tahap yang sangat mengujakan namun masih ada beberapa adegan yang CGI nya kurang mantap. Termasuk juga jalan ceritanya yang terlalu melawan logik filem terutama pada babak akhirnya. Namun, inilah keistimewaan John Wick yang dinanti-nantikan peminatnya. Dan sekali lagi anda perlu menantikan sambungan kisah John Wick seterusnya kerana penamat filem ini meninggalkan anda satu soalan yang sangat menarik. 


Jadi, selamat menonton filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 16 Mei 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Selepas Ini Ialah Brightburn. Nantikan Ulasannya!

8 ulasan:

  1. ya ampun... tak sabarnya nk tgk filem nih, akak mmg ikut filem2 sebelum ni... walaupun aksi ngeri n ganas tp sgt mengujakan nk tgk....

    cumanya klu tgk kt astro best tuh, tak blh la bg aiyan tgk... sbb aksi dia tu agak melampau utk bdk2 mcm dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh...
      yang kali nih lagi tak sesuai dengan budak-budak kak
      sebab banyak bunuh-bunuh darah-darah semua
      hahaha

      Padam
  2. Dah lama saya tunggu utk Hollywood mencipta satu lagi iconic hero yg evergreen, macho lagi kebal mcm James Bond, Rambo, John McClane, Indiana Jones, Ethan Hunt, Neo Matrix etc... kini John Wick pula berjaya mencuri tumpuan para peminat film action berani mati. Dari part 1 hingga part 3, siri John Wick ni tidak langsong mengechewakan peminatnya. We want more!! Memang tepat Hans bg review tinggi, heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      nak kena tunggu 2 tahun lagi untuk filem John Wick 4
      harap umur panjang..hehehe

      Padam
  3. Minggu lepas PH tengok filem ni tapi bagi PH, filem ni terlalu ganas. Lagi pun, semua macam tak boleh mati unless kena tikam atau kena tembak banyak kali hah...hah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nama pun filem John Wick...memang ganas pun..hehehe

      Padam
  4. john wick will always be my favourite !

    BalasPadam