Filem Showtime 1958 Paparkan Kisah Benar Studio Jalan Ampas

Baru-baru ini portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak Nafalia Corporation untuk menghadiri majlis pelancaran filem Showtime 1958 yang berlangsung di Panggung Seni, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN). Untuk pengetahuan anda semua, filem Showtime 1958 ini akan membawa anda mengimbau kembali kenangan anak-anak seni tempatan pada suatu ketika dahulu semasa mereka berada di Singapura yang merupakan sebuah pusat perfileman yang telah melahirkan ramai bintang filem Melayu terkenal dan berkualiti. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif serta kemasukkan filem asing telah menjadi titik tolak kepada kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar tahun 1950-an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi. 


Jadi, kisah-kisah menarik berkaitan keperitan perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul ‘Showtime 1958’ ini. Diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang dikongsikan oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem ‘Showtime 1958’ adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk filem ini. 


Filem ‘Showtime 1958’ akan memaparkan beberapa kisah menarik yang disampaikan melalui kejadian yang berlaku di dalam tempoh dua puluh empat jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas pada ketika itu. 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal daripada Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan. 


Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid, filem ‘Showtime 1958’ merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan. Filem ‘Showtime 1958’ bakal memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020. 


SENARAI KREW PRODUKSI SHOWTIME 1958

Penerbit:
FARID K AHMAD
ANWARDI JAMIL

Penerbit Bersama:
SARAH TANG YEN YEN

Penulis & Pengarah:
ANWARDI JAMIL

Penolong Pengarah:
CHRIS ARUEL

Pengarah Sinematografi:
NORAZAM MOHD YUSOFF

Pengarah Seni:
JIE IBRAHIM

Editor:
NOORHAFIZ MOHAMAD NOR

Pengurus Produksi:
RAZIF KAMAL

Pengurus Kewangan:
AZLISHAM ABDULLAH

Penyelaras Produksi:
AHMAD SAFWAN AZEMI
SOFEA AMALINA ISHAK

Pakaian:
COUTURE CLASSIC (M) SDN. BHD.

Pereka Pakaian:
AKMA SURIATI AWANG

Rambut & Solekan:
ANGGUN KASIH

Pengarah Muzik:
RAJA ISKANDAR RAJA IBRAHIM
EBBY SAIFULLAH ALI

Kumpulan Tarian:
TARIAN RUMBIA


Kami dari portal filem Rollo De Pelicula mengharapkan agar filem Showtime 1958 ini mampu memberikan satu kejutan baru terutama dari segi pengalaman sinema buat kami saat menonton filem ini di pawagam pada tahun 2020 nanti. Untuk maklumat lanjut atau anda ini mengikuti perkembangan terkini mengenai filem Showtime 1958 ini, sila layari media sosial dibawah: 

Instagram:

Facebook:

Catat Ulasan

0 Ulasan