30/06/19

Review Filem 0.0MHz


Filem:
0.0MHz 

Penilaian:
3/10

Pengarah:
Yoo Sun-Dong

Genre:
Seram

Pelakon:
Jung Eun-Ji, Lee Sung-Yeol, Choi Yoon-Young & Etc.

Tarikh Tayangan:
27 Jun 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:
Filem ini berdasarkan komik web "0.0MHz" oleh Jang Jak dimana ia berkisarkan ahli kumpulan kelab yang diganggu hantu. Mereka masuk ke sebuah rumah terbiar berhantu dan merancang mahu menyiasat dan mencari jalan untuk menghentikan kejadian paranormal di sana tetapi perkara sebaliknya berlaku. Saksikan filem seram dari Korea Selatan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 27 Jun 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisahnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem seram dari Korea Selatan berjudul 0.0MHz di MBO pada 27 Jun 2019 yang lepas bertempat di MBO Starling sewaktu majlis pelancaran menu Ssamjeang Domino's Pizza Malaysia. Jadi, filem seram ini sebenarnya menampilkan jalan cerita yang sangat tipikal dan sudah menjadi kebiasaan buat sesiapa yang menggemari filem-filem hantu dimana ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang menganggotai kelab mencari hantu yang dinamakan sebagai 0.0MHz. Maksud 0.0MHz ini sebenarnya merujuk kepada gelombang manusia yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan roh di kawasan berhantu tersebut seperti apa yang dinyatakan di dalam filem ini. Walaupun setakat ini kami masih belum melihat atau mengetahui adakah kelab mencari hantu seperti ini wujud di mana-mana sekolah, kolej atau universiti di Malaysia namun apa yang kami boleh nyatakan filem ini sangat longgar dan lemah daripada aspek plot penceritaannya sendiri.


Segala-galanya seakan-akan tidak kena di dalam filem ini dimana info tentang kelab amatur pencari hantu ini sangat kurang ditambah pula dengan perkembangan watak yang turut tidak menyokong jalan cerita berkembang menjadi lebih baik. Tujuan mereka berlima ini untuk mencari hantu juga tidak mempunyai motif yang menarik yang secara tidak langsung membuatkan karya ini bakal menjadi sebuah lagi filem seram tipikal asia yang akan dilupakan oleh penonton dalam jangka waktu yang singkat. Penggunaan CGI di dalam filem ini juga dilihat tidak membantu kerana hasil visualnya yang sangat lemah dan kami sendiri dapat melihat dengan jelas perkara tersebut tersangat animasi dan tidak meyakinkan langsung. Wajah hantunya juga bukannya menakutkan tetapi sebaliknya kelihatan melucukan pada pandangan kami Kesan bunyi yang digunakan juga adakalanya sedikit bingit dan sekali lagi gagal menyelamatkan kekurangan plot ceritanya yang lemah dan kelam kabut.


Filem 0.0MHz ini dilihat seakan-akan terlalu cuba menakutkan penonton yang langsung tidak terkesan dengan elemen jump scare atau bunyi yang sedikit bingit di dalam babak-babak seram filem ini. Kemunculan watak-watak mistik juga bukan sahaja tidak diketahui sebabnya tetapi langsung tidak membantu penonton untuk lebih memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan. Lakonan para pelakon juga kelihatan terlalu 'tegak' kerana kurang ekspresi yang menarik untuk ditonton. Kami akui hanya ada satu adegan sahaja yang berjaya membuat hampir majoriti di dalam panggung terkejut besar. Selebihnya lebih kepada satu bahan gelak ketawa buat sesiapa yang gemar menonton filem seram seperti kami. Kesimpulannya, jika anda mudah ditakutkan atau terlalu meminati dunia kpop maka filem 0.0MHz ini sesuai untuk anda tonton. Namun, jika anda peminat setia filem seram dan ingin keseraman yang tiada hujung pangkalnya, kami merasakan filem ini pasti tidak akan menepati selera anda. Terpulang dan terserah jika anda ingin menonton kerana tahap keseraman setiap individu berlainan. Cuma, bagi kami ia adalah sebuah karya seram yang tidak lah seseram mana dan sedikit membosankan.


Jadi, selamat menonton filem 0.0MHz di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 27 Jun 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Apakah Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Selepas Ini? Nantikan! 

4 ulasan:

  1. Terima kasih kerana telah menyelamatkan masa dan wang kami dari tonton filem ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa
      sama-sama
      sila beri hadiah kepada kami

      Padam
  2. Betul... Boring cita ni, sgt slow.. saya da Komen kat YouTube, sbb sakit Hati tgk, MCM nak kluar dr pawagam ja.. eiii sakitnya hati.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahah
      berapa harga tiket wayang?
      nasib lah admin tengok free
      kalau keluar duit beli tiket memang menyumpah seranah lah jawabnya.
      hahahaha

      Padam