17/06/19

Review Filem Men In Black: International


Filem:
Men In Black: International

Penilaian:
5/10

Pengarah:
F. Gary Gray

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Komedi

Pelakon:
Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson, Rafe Spall,
Laurent Bourgeois, Larry Bourgeois, Emma Thompson, Liam Neeson & Etc.

Tarikh Tayangan:
13 Jun 2019

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Ejen H yang merupakan ejen terhebat di cawangan Men in Black (MIB) United Kingdom selepas kejayaannya menumpaskan makhluk asing yang cukup berkuasa sebelum ini. Dia terpaksa bekerjasama dengan Tessa Thompson sebagai Ejen M yang merupakan ahli pelatih di cawangan tersebut. Mereka akhirnya dapat bekerjasama dengan baik untuk bertempur dengan beberapa makhluk asing di muka Bumi. Pada masa yang sama, mereka juga perlu menyelesaikan masalah terbesar yang melanda cawangan MIB apabila mendapat tahu terdapat orang dalam yang telah mengkhianati operasi mereka serta menjadi musuh dalam selimut untuk menggagalkan organisasi MIB. Adakah mereka berjaya menyelesaikan tugasan serta misteri yang melanda cawangan MIB United Kingdom ini? Saksikan filem ni di pawagam berhampiran anda bermula pada 13 Jun 2019 untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem Men In Black: International di GSC Aman Central pada 13 Jun 2019 yang lepas. Berbeza dengan siri-siri Men In Black sebelum ini, filem Men In Black: International telah menampilkan seorang ejen perempuan dikenali dengan panggilan M dan cuba dipenuhi dengan unsur-unsur feminism yang adakalanya agak menjengkelkan dan tidak sepatutnya berlaku kepada filem yang dinanti-nanti ramai peminatnya ini. Kami merasakan demikian kerana cubaan di dalam beberapa adegan melalui dialog-dialog yang cuba mempersoalkan tentang gelaran Men In Black yang dibuat untuk melahirkan unsur komedi namun pada akhirnya ia cukup mengelirukan, tidak perlu, membuang masa dan sekali lagi sangat mengjengkelkan.


Filem Men In Black: International ini dilihat banyak mengambil rujukan daripada filem-filem MIB yang terdahulu jika dilihat kepada plot penceritaannya. Tidak ada apa-apa pembaharuan yang menarik untuk dikagumkan dan jalan ceritanya mudah dan mendatar sahaja. Perubahan plot atau plot twist filem ini juga mudah dijangka dan tidak mendatangkan sebarang kejutan yang terlalu besar kepada kami yang menontonnya. Pembangunan dan perkembangan watak para pelakonnya juga agak lemah terutama watak Ejen H lakonan Chris Hemsworth yang tidak dikembangkan dengan cemerlang. Bukannya kerana kelemahan Chris sebagai pelakon tetapi kerana kelemahan jalan ceritanya yang cukup menyedihkan. 


Faktor yang berjaya menyelamatkan filem Men In Black: International ini daripada terus diselubungi kegagalan ialah elemen imej janaan komputer atau CGI yang menarik dan dapat dilihat pada alat-alat kenderaan, senjata serta imej makhluk asingnya. Selain daripada itu, kemunculan watak Pawny yang cukup menghiburkan dengan frasa-frasa dialognya yang kasar dan lucu secara tidak langsung membangkitkan elemen komedi yang sepatutnya diberikan oleh watak-watak utamanya iaitu Chris Hemsworth dan Tessa Thompson. Selain daripada itu, filem ini tiada apa-apa yang menarik untuk diingatkan selepas anda keluar dari panggung wayang. Sebuah filem yang menghiburkan bagi anda yang hanya ingin bersantai menonton tetapi sebuah filem yang membebankan bagi kaki wayang yang inginkan sesuatu yang lebih dari sekadar tontonan santai.


Jadi, selamat menonton filem Men In Black: International di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 13 Jun 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah  Sebuah Filem Tamil Yang Cukup Menarik Berjudul Game Over! Nantikan Ulasannya! 

4 ulasan:

  1. Filem ni takde yg menarik.. Tp bolehla buat hiburan.. Pawny memang kelakar..

    Carik review x-men ni tak jumpe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tak tengok lagi
      rasanya macam tak tengok dah kut
      hehehe

      Padam
  2. Kena tengok juga Hans, kami nak tahu juga you punye pendapat dgn film tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      minggu nih banyak filem lain yang best dan berbaloi
      kena jimat duit sebab tak ada funder
      hahaha

      Padam