Senarai Calon Malaysia Golden Global Awards 2019

Pada bulan Jun 2019 yang yang lepas, pihak portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput untuk menghadiri satu majlis untuk mengumumkan barisan filem serta calon yang tersenarai di dalam pencalonan akhir untuk 8 kategori utama di dalam Malaysia Golden Global Awards 2019.


3rd Malaysia Golden Global Awards 2019

Tarikh: 
20 Julai 2019 (Sabtu)

Masa: 
6.00 malam - Sesi Karpet Merah
8.00 malam - Majlis Anugerah

Lokasi: 
Istana Budaya, Kuala Lumpur


Antara kategori anugerah utama yang dipertandingkan pada Malaysia Golden Global Awards 2019 kali ini ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik..


Daripada 10 filem yang dipilih sebagai calon terbaik untuk Malaysia Golden Global Awards 2019 ini, empat buah filem iaitu Axing (Iran),  Hat-Trick (Iran), House of Hummingbird (Korea) dan Ode To Nothing (Filipina) mencatatkan jumlah pencalonan paling banyak iaitu sebanyak 6 pencalonan.


FILEM TERBAIK
27 Steps of May (Indonesia)
A Land Imagined (Singapura)
Axing (Iran)
Hat-Trick (Iran)
House of Hummingbird (Korea Selatan)
Liway (Filipina)
My Dear Friend (China)
Ode to Nothing (Filipina)
Our Struggles (Belgium)
Still Human (Hong Kong)


PENGARAH TERBAIK
Ode to Nothing (Dwein Baltazar)
House of Hummingbird (Kim Bora)
A Land Imagined (Yeo Siew Hua)
Axing (Behrooz Shoaibi)
Hat-Trick (Ramtin Lavafi)


PELAKON LELAKI TERBAIK
27 Steps of May (Lukman Sardi)
Axing (Amin Hayaei)
Our Struggles (Romain Duris)
Still Human (Anthony Wong)
Hat-Trick (Amir Jadidi)


PELAKON WANITA TERBAIK
Ode to Nothing (Marietta Subong)
House of Hummingbird (Park Ji-Hu)
27 Steps of May (Raihaanun Soeriaatmadja)
Axing (Sara Bahrami)
Liway (Glaiza de Castro)


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Ode to Nothing (Joonee Gamboa)
Axing (Hadi Hejazifar)
Liway (Dominic Roco)
Still Human (Sam Lee)
Hat-Trick (Saber Abar)


PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
House of Hummingbird (Kim Sae-byuk)
A Land Imagined (Luna Kwok)
Axing (Mahnaz Afshar)
Our Struggles (Lucie Debay)
Hat-Trick (Mahoor Alvand)


SINEMATOGRAFI TERBAIK
Ode to Nothing (Neil Daza)
House of Hummingbird (Kang Gook-hyun)
27 Steps of May (Ipung Rachmat Syaiful)
A Land Imagined (Hideho Urata)
My Dear Friend (Long Miaoyuan)

  
LAKON LAYAR TERBAIK
Ode to Nothing (Dwein Baltazar)
House of Hummingbird (Kim Bora)
A Land Imagined (Yeo Siew Hua)
Our Struggles (Guillaume Senez, Raphaelle Desplechin)
Hat-Trick (Ramtin Lavafi)


Untuk maklumat anda, Malaysia Golden Global Awards 2019 adalah sebahagian daripada Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-3 (MIFFest 2019) yang berlangsung dari 14 Julai sehingga 19 Julai 2019. Sepanjang 6 hari ini, karya-karya terpilih dari seluruh dunia yang bertanding pada Malaysia Golden Global Awards 2019 seperti dari Belgium, Iran, Hong Kong, China, Korea Selatan, Filipina, Indonesia dan Singapura akan ditayangkan di beberapa buah pawagam yang mengambil bahagian seperti TGV Sunway Velocity, TGV KLCC dan TGV 1 Utama


Tiket untuk tayangan filem ini akan dilancarkan secara rasminya pada awal bulan Julai dan anda boleh membelinya melalui platform tiket TGV CinemasUntuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web seperti yang kami kongsikan dibawah ini:

Laman Web:

Facebook:

Catat Ulasan

0 Ulasan