Review Filem Terminator: Dark Fate


Filem:
Terminator: Dark Fate

Penilaian:
7/10

Pengarah:
Tim Miller

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Fiksyen Sains

Pelakon:
Linda Hamilton, Mackenzie Davis, Gabriel Luna, Arnold Schwarzenegger, Natalia Reyes, Diego Boneta & Etc.

Pengedar:
Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan:
24 Oktober 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Sarah Connor dan manusia cyborg hybrid daripada masa hadapan yang perlu melindungi seorang gadis muda daripada Terminator cecair yang baru diubahsuai dari masa depan. Kenapakah gadis muda ini pula yang diburu oleh terminator tersebut? Segala-galanya akan terjawab apabila anda menyaksikan filem yang penuh dengan aksi menarik dan mendebarkan ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 24 Oktober 2019.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula berkesempatan untuk menonton sebuah filem yang dinanti ramai pada minggu ini iaitu Terminator: Dark Fate bertempat di MBO Starling pada 23 Oktober 2019 yang lepas. 


Untuk lebih memahami filem Terminator: Dark Fate ini, anda disarankan untuk menonton filem pertama dan kedua filem ini yang mempunyai kaitan dengan karya kali ini. Abaikan filem ketiga dan terakhir dimana ia sama sekali tidak langsung bersangkut paut dengan filem ini. Kali ini anda akan dipaparkan dengan kisah pemimpin manusia terbaru yang perlu diselamatkan oleh terminator atau robot yang dihantar dari masa depan. 


Filem Terminator: Dark Fate ini menampilkan jalan cerita yang tidak kompleks dimana ianya disampaikan secara lurus dan boleh diramal. Namun, ada satu perkara yang pada kami menarik pada permainan plot di pertengahan cerita dimana ia berjaya menipu kami yang pada mulanya beranggapan jalan ceritanya klise seperti filem terdahulu. Jadi, ia adalah satu perkara yang cantik dan membuatkan kami sangat teruja menonton filem ini.


Kekuatan utama filem Terminator: Dark Fate ini ialah elemen VFX serta koreografer aksinya yang pada kami bukan sekadar padat tetapi menawan dan cukup kemas. Setiap babak aksi berjaya menimbulkan unsur cemas yang cukup menarik yang membuatkan kami sentiasa segar menonton filem yang penuh dengan aksi ini.


Selain itu, kami juga tertarik dengan persembahan lakonan Gabriel Luna yang memegang watak antagonis sebagai terminator dimana lakonannya sangat meyakinkan melalui reaksinya yang sepadan dengan robot terminator yang tiada perasaan.


Secara keseluruhan, filem Terminator: Dark Fate ini sangat menarik untuk ditonton kerana persembahan lakonan yang menarik dan bersahaja serta aksi dan lagak ngeri yang cukup hebat untuk ditonton. Jika anda peminat filem-filem Terminator, anda wajib menonton filem ini untuk melihat satu kisah baharu yang pasti membuatkan anda teruja menantikan penampilan Arnold Schwarzenegger di dalam karya ini 


Jadi, selamat menonton filem Terminator: Dark Fate di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 Oktober 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Yang Turut Menarik Perhatian Ramai Kaki Wayang Iaitu Zombieland: Double TapNantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. James Cameron kali ni saya nampak mcm menggunakan template Terminator 2 (T2) utk film terkini. Tak kira lah, janji penuh dgn aksi dan kemunculan Sarah Connor membuat versi kali ni lagi menarik. Cuma pd saya character Sarah sepatut nya lagi garang dan lebih menonjol mengetuai + menyusun strategi utk melawan Rev9. Satu lagi yg mencacat sikit versi ini ialah cara film ini di edit, tidak begitu kemas. Overall, peminat original Terminator wajib tonton, di IMAX... Hasta la Vista, Bebeh!!

    BalasPadam