Review Filem Charlie's Angels


Filem:
Charlie's Angels

Penilaian:
5/10

Pengarah:
Elizabeth Banks

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Komedi

Pelakon:
Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin, Djimon Hounsou & Etc.

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan:
14 November 2019

Sinopsis:
Filem ini merupakan reboot filem aksi komedi pada tahun 2000 berdasarkan TV siri pada tahun 1970-an. Kali ini pasukan Charlie's Angels perlu menyelesaikan satu misi di dalam menyelesaikan misteri tentang kebocoran rahsia ejen perisikan tersebut kepada musuh mereka. Saksikan filem aksi ini untuk mengetahui kisah seterusnya bermula pada 14 November.

Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak Sony Pictures Entertainment untuk menghadiri tayangan media filem Charlie's Angels bertempat di MBO Starling pada 8 November 2019 yang lepas. Filem aksi terkenal yang dihasilkan semula ini nampaknya cuma membawa satu pendekatan baru yang lebih muda melalui pelakon muda yang memegang watak gadis muda sambil disulami dengan elemen humor dengan harapan untuk menceriakan keadaan. Namun, kami melihat segala-galanya tidak seimbang dimana pada keseluruhannya ia masih membawakan pendekatan lama Hollywood yang menjual aksi tanpa sebarang momen cerita menarik yang boleh diingati.


Filem Charlie's Angels kali ini nampaknya membawakan satu kelainan serta pembaharuan yang besar apabila watak Bosley kini diperluas ke seluruh dunia dan kumpulan Charlie's Angels di bawah agensi Townsend kini berhubung dengan banyak Bosley. Kali ini juga sedikit berbeza dimana selain tiada ejen yang mewakili peranan asia, jalan ceritanya juga terlihat sedikit berlainan dan terlalu melebih-lebihkan feminisme di dalam segala-gala perkara. Tidak dinafikan ia adalah kisah tentang wanita namun pendekatan terkini yang digunakan di dalam filem ini dilihat kurang memberangsangkan.


Permulaan filem Charlie's Angels ini pada kami agak menarik dan menghiburkan sebelum aura ini mula terpesong jauh dimana arah tujunya kelam-kabut dan kabur di dalam memilih untuk menjadi sebuah cerita aksi yang serius atau komedi. Ianya seakan-akan hilang arah kerana dua perkara ini gagal diimbangi dengan sebagai mungkin. Pada akhirnya, kami hanya merasakan ia sekadar sebuah lagi filem aksi yang dihasilkan semula tetapi masih lahir pada acuan teori Hollywood yang sama. Tiada sebarang pembaharuan menarik yang boleh diingati.


Secara keseluruhannya, filem Charlie's Angels untuk versi terbaru ini hanya sekadar menghiburkan untuk ditonton di pawagam. Ada babak aksi yang menarik. Ada adegan yang dipenuhi humor yang sederhana. Namun, bukan lah sebuah filem aksi yang bakal dikenang sebagai filem pembikinan semula yang terbaik. Cuma kembalinya beberapa pelakon asal sebagai cameo berjaya menambah seri kepada filem aksi ini yang agak malap dari sudut auranya di dalam menambat hati kami yang sebenarnya mengharapkan perkara yang lebih menarik yang boleh diberi oleh pengarahnya Elizabeth Banks.


Jadi, selamat menonton filem Charlie's Angels di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 14 November 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Apa Pula Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Selepas Ini? Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. akak masih tak boleh move on dengan charlies angels sebelum ini, rasa mcm tak best lak tengok charlies angels yang baru ni., macam takde aura tuh... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju... versi kali ni agak membosankan. Dr plot hingga ke aksi. Mungkin disebabkan puan pengarah yg kurang berpengalaman

      Padam
  2. Macam x kena ngan jiwa akak..lebih suka Charlie Angels yang dulu lagi....apap pun bagus pendekatan mereka, maybe nak tarik golongan muda ke panggung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      filem nih memang gagal pun di pasaran jika dilihat melalui kutipan di seluruh dunia

      Padam
  3. ada tgk review gak..mcm menarik. kat sini dis baru kuar.

    BalasPadam