Review Filem Frozen 2


Filem:
Frozen 2

Penilaian:
7/10

Pengarah:
Jennifer Lee & Chris Buck

Genre:
Pengembaraan, Animasi & Komedi

Pelakon:
Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad& Etc.

Pengedar:
Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan:
21 November 2019

Sinopsis:
Filem sekuel animasi Frozen ini mengisahkan Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna yang ditemani oleh rakan-rakan mereka seperti Kristoff, Olaf dan Sven telah memulakan satu pengembaraan baru yang jauh ke dalam hutan untuk merungkai kisah sebenar di sebalik kejadian misteri yang telah melanda kerajaan Arendelle sejak zaman berzaman. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan filem animasi ini untuk mengetahui kisah seterusnya bermula pada 21 November ini.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh Walt Disney Pictures untuk menonton sebuah filem animasi yang dinanti ramai iaitu Frozen 2 yang berlangsung dengan cukup meriahkan di MBO Atria pada 21 November 2019 yang lepas. Filem Frozen 2 ini membawa penonton melihat semula sambungan cerita 3 tahun selepas kisah di dalam filem pertama Frozen. Walaupun tidak dinafikan filem Frozen 2 masih menghiburkan namun ia tidak kuat untuk menyaingi aura yang ada pada filemnya yang pertama.


Permulaan filem Frozen 2 akan membawa penonton untuk melihat adegan imbas kembali tentang bagaimana Elsa dan Anna mengetahui tentang sejarah misteri tentang kota Arendelle yang diceritakan oleh bapa mereka Raja Agnarr sewaktu mereka masih kecil. Jadi, apabila Elsa mula memegang tampuk pemerintahan Arendelle, dia tiba-tiba mendengar suara misteri yang seakan-akan sama seperti mana yang pernah diberitahu oleh ibu Elsa sendiri sebelum ini. Jadi, Elsa mengambil keputusan untuk mencari dari mana datangnya suara misteri itu kerana dia percaya hanya itu sahaja caranya untuk dia menghilangkan sumpahan yang melanda Arendelle. Jadi, bermulalah pengembaraan Elsa bersama Anna, Kristoff, Olaf dan Sven yang telah memasuk sebuah hutan misteri berkabus. Disini segala misteri dan jawapan mula diberitahu kepada penonton sedikit demi sedikit dimana anda perlu menontonnya untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan misteri ini.


Kami melihat filem Frozen 2 menampilkan perwatakan yang lebih matang buat watak utamanya iaitu Elsa dan Anna dimana jalan ceritanya juga dilihat sedikit berat dan lebih kena kepada selera penonton dewasa. Namun, filem sekuel ini dilihat kurang memberi impak jika dibandikan dengan filemnya yang pertama dimana filem ini terlalu memberi tumpuan kepada elemen muzikal sehingga terlupa untuk memberi penekanan yang sama kepada jalan ceritanya. Plot cerita mahu pun permainan plot twist untuk filem kedua kali ini dilihat terlalu ringan dan mudah untuk diramalkan sehingga ada beberapa adegan yang kami boleh nyatakan sedikit membosankan kerana kelihatan terlalu meleret.


Walau bagaimanapun, filem Frozen 2 telah berjaya diselamatkan oleh watak humor yang melucukan iaitu Olaf yang berjaya membuatkan filem ini sedikit komedi dan agak ringan. Kami tidak pasti bagaimana penerimaan kanak-kanak untuk barisan lagu muzikal yang melatari filem sekuel kali ini. Namun, pada kami barisan lagu-lagunya kelihatan tidak terlalu catchy seperti mana yang ada pada filem pertama. Kami juga merasakan ianya tiada daya penarik untuk menjadi siulan buat kanak-kanak cilik seperti mana yang telah dilakukan oleh filem pertamanya sebelum ini. Menyentuh pula berkaitan dengan kualiti visual dan animasinya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa filem Frozen 2 mempunyai kekuatan yang kuat di dalam hal ini. Kami sendiri sangat seronok dan gembira melihat keindahan yang dipaparkan di dalam babak-babak yang melibatkan hutan misteri serta kota Arendelle yang cukup cantik dikeliling laut, hutan dan gunung. Memang satu kepuasan dari sudut ini.


Secara keseluruhannya, filem Frozen 2 masih menghiburkan dan akan membuatkan si penonton dewasa mahu pun kanak-kanak gembira dan sama-sama mengikut lirik serta melodi lagu yang ada di sepanjang filem ini berlangsung di dalam panggung. Namun jika ditanya kepada kami adakah filem Frozen 2 lebih menarik berbanding filem Frozen, jawapan kami adalah filem Frozen lebih menghiburkan berbanding sekuel terbaru ini.


Jadi, selamat menonton filem Frozen 2 di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 21 November 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Tamil Yang Menarik Iaitu Enai Noki Paayum Thota. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Setuju... kali ni Frozen 2 mcm sesuai utk dewasa sebab plot nya terasa serious dan kadang² mengelirukan terutama berkaitan dgn spirit² ni. Nasib baik la ada si Olaf yg menceriakan keadaan. Kena tunggu sampai habis end credits, rugi kalau ter miss

    BalasPadam
  2. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan filem tentang isu buli yang sangat menarik ini untuk mengetahui kisah seterusnya bermula pada 14 November ini.

    Tau la copy paste, tapi bagi la credit pada penulis asal..grrr

    BalasPadam