Review Filem Better Days


Filem:
Better Days

Penilaian:
10/10

Pengarah:
Derek Tsang

Genre:
Drama

Pelakon:
Zhou Dongyu, Jackson Yee, Yin Fang & Etc.

Pengedar:
MM2 Entertainment

Tarikh Tayangan:
14 November 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Nian yang kurang gemar bersosial dengan pelajar-pelajar lain. Peluang Nian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bergantung kepada markah peperiksaan negeri Gaokao. Namun dia dilanda masalah apabila terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan kelas yang sering membulinya. Suatu hari, dia mula berkawan dengan seorang penipu jalanan licik bernama Bei. Dua sekawan ini mula diragui oleh pihak polis apabila musuh Nian di sekolah telah ditemui mati selepas kejadian memalukan telah melibatkan Nian sebelum itu. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan filem tentang isu buli yang sangat menarik ini untuk mengetahui kisah seterusnya bermula pada 14 November ini.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem berjudul Better Days yang cukup memberi kesan serta pelajaran kepada penonton dimana karya tersebut membawakan serta mengupas dengan baik berkaitan isu buli di sekolah. Kami telag menonton filem ini di Amerin Cineplex pada 18 November 2019 yang lepas. 


Filem ini mengetengahkan tentang isu buli dimana ia berjaya menyampai satu isu berat dengan cara yang boleh difahami dan diselami. Menarik untuk melihat bagaimana setiap watak ini sama ada dibuli atau pembuli dikembangkan dengan sangat baik untuk membuat penonton secara tidak langsung memahami kenapa ianya terjadi sedemikian. 


Menarik juga untuk melihat bagaimana ia secara perlahan memperkenalkan kepada penonton tentang bagaimana mangsa buli dipilih dan menjadi mangsa si pembuli. Kami sangat menyukai bagaimana penonton dibawa perlahan-lahan untuk masuk dan berada di dalam persekitaran yang melingkari setiap watak ini dimana masing-masing mempunyai kisah hitam yang menarik terutama melihat tentang latar keluarga mereka. 



Kisah buli yang dipaparkan di dalam Better Days juga dapat dirasai begitu realistik dimana pada kami ialah adalah satu mesej yang cukup bijak dan berani untuk membawakan isu ini kepada perhatian umum terutama golongan dewasa seperti ibu bapa. Kejadian buli pada masa kini bukan sekadar buli mengejek tetapi menginjak sehingga ke tahap mencederakan dan yang paling teruk sekali ialah pembuli bertindak membunuh dan mangsa buli sanggup membunuh diri sendiri kerana tekanan perasaan. Dan masalah ini sebenarnya memberi kesan yang sangat besar kepada orang sekeliling.



Lakonan para pelakon di dalam filem Better Days ini juga sangat meyakinkan dan berjaya menyampaikan emosi yang sepatutnya. Satu objektif menarik yang anda boleh lihat pada akhir filem ini ialah masalah buli ini sebenarnya bukannya satu masalah yang boleh dianggap enteng. Ia mampu mengubah manusia menjadi jahat dan pada satu ketika membuatkan manusia tersebut lupa bahawa mereka adalah manusia dan bukannya iblis. Secara keseluruhannya, filem ini berjaya membawakan isu berat berkaitan buli dengan satu penyampaian yang kemas, bergaya dan semestinya berani. Wajib tonton! 



Jadi, selamat menonton filem Better Days di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 14 November 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Animasi Yang Dinanti Ramai Iaitu Frozen 2Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Citer ni best..

    Starting dia agak slow (pada aku la)..tp start lepas watak Bei muncul, baru la rasa seronok sikit boleh senggol2 org kat sebelah..

    Ada plot twist sikit..aaa mungkin bukan plot twist la, cuma lari drpd apa yg aku agak..

    Sedih pun ada..they stand for each other..ala2 cinta agung gitu..

    10/10

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      cerita berat macam nih memang selalunya slow tetapi aku okay jer cerita macam nih
      kira plot twist lah tu...benda yang tak dijangka..hoho

      Padam