Review Filem Dabangg 3


Filem:
Dabangg 3

Penilaian:
5/10

Pengarah:
Prabhu Deva

Genre:
Aksi, Romantik & Ngeri

Pelakon:
Salman Khan, Sonakshi Sinha, Sudeep, Warina Hussain & Etc.

Tarikh Tayangan:
20 Disember 2019

Pengedar:
Nusantara Seni Karya Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem ketiga bagi francais "Dabangg" kali ini mengisahkan Inspektor Chulbul Pandey yang merupakan anggota polis yang ceria dan berani perlu berdepan dengan Balli Singh yang merupakan seorang penjenayah kejam yang telah mengganggu kehidupan orang ramai. Chulbul Pandey juga mempunyai sejarah hitam yang melibatkan Balli Singh. Apakah sejarah hitam yang tersembunyi antara Chulbul Pandey dan Balli Singh? Saksikan filem yang penuh aksi serta elemen lucu di pawagam berdekatan anda bermula pada 20 Disember 2019 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada Nusantara Seni Karya untuk menghadiri tayangan istimewa filem Bollywood berjudul Dabangg 3 bertempat di TGV Jaya Centre pada 20 Disember 2019 yang lepas. Kami tidak pernah menonton dua filem di dalam franchais Dabangg sebelum ini tetapi apa yang kami boleh katakan filem ini menghiburkan dengan elemen aksi hiperbola yang melucukan. 


Filem Dabangg 3 dimulakan dengan pengenalan ringkas sebelum watak Chulbul Pandey mula diperkenalkan dengan lebih mendalam kepada penonton. Disini penonton akan disajikan tentang pergolakan jiwa sebenar Chulbul Pandey. Namun hal tersebut tidak jelas kelihatan kerana cara penyampaiannya yang terlalu melebih-lebihkan humor. 


Permainan plot serta konflik yang cuba ditimbulkan pula pada kami agak mudah diramal kesudahannya. Pada kami kekuatan filem ini lebih kepada aksi-aksi hiperbola serta unsur lucunya yang memacu momentum filem ini sejak awal sehingga pertengahan. Elemen melodrama pula dilihat kurang mencengkam dan sekadar lebih kepada melengkapkan jalan cerita semata. 


Secara keseluruhannya, filem Dabangg 3 ini sekadar sebuah filem komersial yang menjual pengaruh Salman Khan. Masih menghiburkan tetapi jangan mengharapkan yang lebih.


Jadi, selamat menonton filem Dabangg 3 di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 20 Disember 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Ulasan Filem Seterusnya Yang Kami Akan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Adiwira Dari Indonesia Berjudul Gundala. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

0 Ulasan