23/12/19

Review Filem Star Wars: The Rise Of Skywalker


Filem:
Star Wars: The Rise Of Skywalker

Penilaian:
6/10

Pengarah:
J. J. Abrams

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Domhnall Gleeson & Etc.

Pengedar:
Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan:
19 Disember 2019

Sinopsis:
Filem terakhir kepada saga Skywalker ini mengisahkan situasi selepas "Star Wars: The Last Jedi". Lagenda-lagenda baru akan muncul dan pertarungan terakhir untuk mencapai kebebasan akan berlaku. Ia menampilkan ahli-ahli terakhir Resistance dalam pertarungan mereka menentang First Order yang diketuai Kylo Ren. Saksikan filem yang penuh aksi ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 19 Disember 2019 untuk mengetahui pengakhiran kisahnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh Walt Disney Pictures untuk menonton sebuah filem yang dinanti-nanti ramai iaitu Star Wars: The Rise Of Skywalker yang berlangsung dengan cukup meriah di GSC One Utama pada 19 Disember 2019 yang lepas. Kami bukan lah peminat tegar Star Wars tetapi selepas menonton filem ketiga di dalam siri trilogi ketiga Star Wars ini maka kami boleh simpulkan filem ini bukan sebuah filem yang terlalu menarik untuk dibanggakan disebabkan kejutan yang cuba dibawakan tentang Rey serta kaitannya dengan Palpatine yang kami rasa terlalu lemah dan tergesa-gesa.


Ia seolah-olah seperti terlalu cuba memaksa penonton dan segalanya berlaku secara tiba-tiba apabila watak Palpatine tiba-tiba dihidupkan kembali dan kewujudannya juga digunakan hanya untuk memberitahu bahawa dirinya ada hubung kait dengan Rey. Pada kami, langkah yang diambil ini seolah-olah satu cara mudah yang diambil demi kelangsungan komersial siri trilogi filem ini dan ia sebenarnya agak mengecewakan jika dilihat daripada plot ceritanya yang lemah dimana kisah latar belakang Rey dilihat mulai tidak jelas dan menyebabkan kelompongan besar kepada jalan cerita filem ini. Namun, jika dilihat sebagai satu bentuk hiburan biasa, kisah pengembaraan Rey, Finn dan Poe kali ini agak menghiburkan dan seimbang dari sudut aksi serta humor di sepanjang filem ini berlangsung.


Tidak dinafikan filem Star Wars: The Rise Of Skywalker sangat padat kerana ia cuba menceritakan pelbagai perkara yang ada sesetengahnya tidak perlu. Namun, kali ini ia telah disokong dengan kuat melalui kualiti imej janaan khas yang boleh dikatakan sempurna untuk membuatkan anda terpaku menonton setiap penggembaraan yang terdapat di dalam filem ini. Secara tidak langsung, ia menyelamatkan kami daripada terlena kerana momentum jalan ceritanya yang pantas membuatkan kami tidak bosan menyaksikan filem ini. Konflik yang cuba dicetuskan pada setiap bahagian filem juga dilihat menarik dan seimbang di dalam membawa kisah filem ini sehingga kepada penamatnya.


Filem Star Wars: The Rise Of Skywalker juga dilihat menerima penerimaan yang berbeza-beza daripada peminat tegar siri ini dimana ia terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama yang begitu menyukai filem ini manakala golongan kedua pula begitu kecewa dan tidak gemar dengan apa yang mereka tonton pada karya kali ini. Pada kami, filem ini berada di pertengahan dimana ianya tidak lebih sekadar sebuah filem komersial yang meneruskan legasi siri-sirinya sebelum ini. Tiada sebarang perkara yang menarik untuk diingati melainkan meninggalkan sebuah jalan cerita yang berlubang besar di tengah-tengah dengan harapan penontonnya tidak memandang bawah tetapi cuma memandang atas atau hadapan sahaja.


Jadi, selamat menonton filem Star Wars: The Rise Of Skywalker di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 19 Disember 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Ulasan Filem Seterusnya Yang Kami Akan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Bollywood Berjudul Dabangg 3 Lakonan Salman Khan. Nantikan Ulasannya!

2 ulasan:

  1. Sekali lagi saya suka cara Hans mengulas film ini... jujur dan ikhlas. Yes, saya golongan yg Pertama iaitu suka akan film ini tetapi terdapat byk scene dan situasi dlm film tu yg saya merasakan "Lame". Setuju juga dgn Hans yg mengatakan ianya tergesa². Pada saya film ini dah jadi rojak lemau semenjak dari Ep.08 Last Jedi. Ianya telah dijadikan film syok sendiri oleh tuan director nya. Dgn itu utk Ep.09 Rise of Skywalker ini terpaksa la tuan direktor yg terkini membaiki trilogi ini semula. Satu kesilapan Disney yg mereka sendiri tidak mengakui. Semoga jadi ikhtibar pd mereka dan semua, Never Underestimate The Power of Force (Fan), heheh...

    BalasPadam