Review Filem Miimaland

 

Filem:
Miimaland

Penilaian:
1/10

Review Youtube:
MIIMALAND REVIEW FILEM

Pengarah:
Nevin Hiong

Genre:
Seram

Pelakon:
Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Camelia Natasya kmn, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek & Etc.

Pengedar:
Mico Studio

Tarikh Tayangan:
24 September 2020

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Ariel serta pasukannya yang diupah untuk mengambil dan merakam bahan-bahan menarik dan menyeramkan yang terdapat di taman tema terkenal pada tahun 1990-an iaitu Mimaland. Taman tema yang dibuka sejak 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tanah runtuh pada tahun 1994. Namun segala-galanya berubah dan nampaknya mereka dihantui oleh satu misteri yang cukup menakutkan. Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 24 September 2020 untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem seram tempatan yang berjudul Miimaland. Filem yang langsung tidak digembar-gemburkan dimana kadar promosi sama ada di media tradisional mahu pun media baru pun boleh kami katakan hampir tidak kelihatan atau kedengaran. Jadi, adakah filem seram terbaru ini menampilkan kejutan yang diharapkan dan didambakan oleh kami sebagai penonton tegar filem di pawagam?

Filem Miimaland merupakan sebuah filem yang jelas pada kami tiada arah tujuan yang tepat. Segala-galanya bercampur aduk sehinggakan filem ini menawarkan satu rasa yang aneh dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sifat tamak selalunya merugikan dan ia dapat dilihat di dalam naskah ini. Filem ini bukannya sebuah filem yang menampilkan idea kosong. Bahkan filem ini penuh dengan idea-idea yang jika digarap dengan baik mampu menghasilkan sebuah karya seram yang dapat diingati cukup lama oleh rakyat Malaysia. Sayangnya cita-cita yang tinggi ini dimusnahkan dengan kegagalan di dalam menggabungkan idea-idea yang bersepah ini sehingga menyebabkan filem ini terus dilupakan saat kami keluar daripada panggung wayang.

Plot penceritaan filem Miimaland  ini yang jelas teruk tanpa ada sebarang bimbingan telah membuatkan kami tertanya-tanya apa sebenarnya yang kami sedang tonton dan apa sebetulnya yan filem ini cuba sampaikan. Segala-galanya tidak sampai. Misteri Taman Tema Mimaland sangat kabur. Penceritaan misi watak-wataknya yang aneh dan tidak difahami. Kisah kematian kanak-kanak yang secara tiba-tiba muncul tanpa ada sebab yang kukuh. Menyentuh tentang hal kehilangan kanak-kanak ini, kami pasti para penonton yang telah menonton akan berasa sangat janggal dan keliru tentang apa isu sebenar dan punca sejumlah kanak-kanak yang terperangkap di kawasan itu. Siapa yang bunuh? Kenapa dibunuh? Kenapa kawasan itu menjadi pilihan untuk menyimpan mayat kanak-kanak? Hal tersebut sehingga ke akhir menjadi persoalan yang ditimbulkan secara tiba-tiba tanpa memberi jawapan langsung. Hatta pembayangnya juga tidak ada.

Masalah seterusnya yang membelenggu filem Miimaland ini ialah watak-watak misteri atau hantunya yang sangat aneh apabila dilihat dalam bentuk visual. Tolak ketepi watak-watak hantu topikal seperti wanita, kanak-kanak atau akar pokok menjalar tetapi lihat kepada watak hantu lelaki yang berlari mengejar sambil kelihatan jelas kakinya memijak tanah. Apa sebenarnya hubung kait watak misteri ini dengan penceritaan filem ini? Tiada!

Seterusnya ialah berkenaan dengan elemen kejutan dimana kami melihat filem Miimaland ini sangat gemar menggunakan teknik Jump Scare di dalam sebahagian besar adegan filemnya. Sehingga pada satu tahap kami merasakan seolah-olah seperti filem ini mahu meletakkan 100 peratus jump scare di dalam keseluruhan filemnya. Tidak salah untuk menggunakan jump scare tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada keadaan. Jangan salah guna sehingga pada akhirnya ia menyebabkan elemen ini memakan semula 'Tuan' nya. 

Selain itu, filem Miimaland ini juga turut terseret dengan masalah lakonan, penjiwaan serta frasa dialog setiap wataknya yang tak terjangka dek akal. Lakonan hampir keseluruhan pelakonnya sangat lemah. Ada yang kelihatan seperti terlalu menghafal dan terlalu mencuba sehingga kelihatan cukup aneh. Belum ditambah dengan penjiwaan yang tidak sampai sehingga ungkapan dialog yang sepatutnya menawarkan emosi sedih mahu pun seram itu berubah menjadi lucu yang menjengkelkan. Apa yang lebih gawat disaat frasa dialog yang diungkapkan juga kelihatan 'lucu' dan tidak kena dengan situasi sehingga memberi kesan negatif yang cukup besar kepada filem ini. Belum lagi dilihat kepada watak 2 perempuan Korea yang seakan-akan tidak wujud di dalam filem ini. Sangat menyedihkan!

Filem Miimaland hanya bersandarkan kepada nama Mimaland untuk menarik perhatian penonton. Elemen seram yang tidak menjadi. Penggunakan jump scare yang terlebih dos. Lakonan yang kaku dan kejung yang sangat jelas kelihatan. Nilai-nilai moral yang caca merba dan tidak bergabung dengan baik. Paling penting plot penceritaan yang sangat mengecewakan. Jika ada pun yang boleh dipuji ialah dari sudut beberapa adegan seramnya yang kelihatan segar seperti janin-janin yang diikat di pokok dan jatuh ke bawah yang menampakkan satu perkara yang segar. Selebihnya bukan sahaja tidak dapat diingati bahkan tidak mampu untuk disimpan di dalam memori.

Jadi, selamat menonton filem Miimaland di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 September 2020 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Ngeri Yang Cukup Menarik Iaitu Unhinged! Nantikan Ulasannya Dalam Waktu Terdekat!

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. alahai dik, 1/10 nampak sangat tak best yek... akak pernah ternampak pasar filem mimaland nih poster entah kt mana... bayangkan mesti best kot sebab mimaland tu pun ada sangat misteri...
    tapi sayang betul lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      untuk saya memang kurang menarik
      tak tahu lah kalau orang lain ada yang suka :)

      Padam
  2. baru nak p tengok tau..tapi 1/10...errmmm..tak nak lah tengok..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      pergi lah tengok dulu
      lepas tu datang komen sini balik

      Padam
  3. Sally dok bayangkan yg kita akan ketahui apa masalah di belakang Miimaland, tp end up cuma misteri lain yg berkait la ek...hmm...masih tak terjawab la kisahnya...kena pi tgk YouTube blk laa...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      Miimaland tu just sebagai lokasi jer

      Padam
    2. setakat tajuk saja tu..lokasi yg dia guna pn ade 2 tempat je rasenya yg menunjukkan tu adalah mimaland..sy dah masuk taman tema tu tahun 2016..byk je bangunan,bilik motel yg boleh digunakan utk shoot,.tp kenapa diorg tak shoot kt situ?...yg jelas cuma kt entrance pagar luar tu,.dgn tempat patung dinasour tu..yg lain mcm hutan biasa je..sy pergi dalam 3 jam je boleh jumpa byk tempat..diorang shoot berminggu,.tp result mengecewakan..mungkin ad sebab tertentu..n btw,.agak keras jgk tempatnya coz sy ad dpt footage masa siang hari,.tp cuma fikir positif je la..kita berkongsi alam dgn dia..

      Padam
  4. Betul.. Sy dh nengok.. 1/10 mmg sesuai.. Syg btul

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      ramai ker orang dalam pawagam masa tengok hari tu?

      Padam
  5. Apa kata akak² semua ni sepakat dan kita buat trip ke Mimaland. Pergi teros ke tempat puaka tu, baru feel seram nya. Buang masa je tengok filem dia, heheh...

    BalasPadam
  6. Alaa baru nak tengok.. Ermm 1/10 baik spend utk next movie lah

    BalasPadam
  7. cerita ni kena faham betul2...klu yang jenis suka cerita straight forward jek x leh tgk...kena kaitkan dgn cerita2 dia..sbb dia lebih kepala flash back...elize cerita semula...pasal kanak2 perempuan and lelaki org asli tu dia ada cerita dlm tu kenapa dia menghantui si elize tu.....
    mcm biasa cerita hantu..roh tak tenteram akibat perbuatan seseorg di masa lampau yang mempunyai kaitan dgn elize...so...mmg agak sukar nak faham klu x leh fikir/hayati n sambung2 cerita dia..hahahhaa..baru tgk semlm..ok la ceritanya..tapi mmg kena fokus n faham jenis cerota gini..klu tak korang akan rasa cerita dia x tentu hala...tapi ada plot dia cuma penonton kena pandai kaitkan...

    BalasPadam
  8. Aku rase layan film Unhinged lagi puas ati. Hans bagi rating tinggi tu, heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unhinged tu serius seram gila
      Psiko betul Tom Cooper tu
      dan jangan keluar sampai habis ending credit sebab ada kawan bagitahu ada post credit pasal Tom Cooper

      Padam
    2. Addduuhhh... ada End Credits Hans?? Saya keluar awal la pulak. Rugi nya Hans. Saya memang nak tau pasal Tom Cooper saiko tu. TQ for the info. Hans

      Padam
    3. ada member cakap
      Hans pun terlepas juga
      hehehe

      Padam
  9. Kat mana ye nk tngk selain pawagam.. Dh lepas dri tarikh tk keluar kt youtube pun

    BalasPadam