Review Filem The Vigil

 

Filem:
The Vigil

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Keith Thomas

Genre:
Seram

Pelakon (Suara):
Dave Davis, Menashe Lustig, Malky Goldman, Fred Melamed, Lynn Cohen & Etc.

Pengedar:
TGV Pictures

Tarikh Tayangan:
15 April 2021

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Yakov yang bersetuju untuk memenuhi tugas sebagai "shomer" yang merupakan ritual masyarakat Yahudi untuk menjaga mayat selama satu malam disebabkan kesempitan wang. Yakov perlu berhadapan dengan mayat yang meninggal dunia dimana mayat tersebut merupakan bekas komuniti Yahudi Ortodoks. Namun, malam tersebut menjadi mimpi ngeri buat Yakov dimana dirinya mula menjadi sasaran semangat jahat yang dikenali sebagai dybbuk. Adakah Yakov akan terselamat daripada semangat jahat tersebut? Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 15 April 2021 untuk mengetahui jawapannya. 


Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem seram iaitu The Vigil pada tayangan media yang berlangsung di TGV One Utama pada 5 April 2021 yang lepas. 


Apa yang menarik tentang filem The Vigil ini pada pandangan kami ialah ianya betul-betul berjaya menterjemahkan definisi seram yang sebenar. Elemen seram yang bijak diolah dan dikembangkan secara perlahan-lahan berjaya mengunci rasa seram penonton untuk sentiasa kekal berada di minda. Walaupun kurang bermain dengan teknik kejutan murahan atau lebih dikenali sebagai jump scare namun kami akui kami memang menikmati rasa seram yang wujud pada filem ini dengan baik. 


Perkara yang menarik perhatian kami adalah berkenaan ritual masyarakat Yahudi yang dipanggil sebagai shomer dimana tugasnya untuk menjaga mayat selama satu malam. Subjek yang dipilih pada kami agak unik dan kronologi cerita juga disusun baik. Filem ini bukan sebuah filem yang menyuap segala benda tetapi ianya juga bukan sebuah filem yang berat. Cuma penonton perlu peka dengan setiap adegan untuk mudah memahami permasalahan yang melanda beberapa watak penting di dalam filem ini. 


Kami juga setuju untuk menyatakan pemain watak utama untuk filem ini berjaya menyampaikan emosi wataknya dengan cukup baik. Ketakutan, kesakitan dan keberanian watak utama ini berjaya dipaparkan dan bersatu dengan cukup baik di dalam setiap babak untuk membuatkan kami sebagai penonton berasa segar menonton filem ini. Adegan-adegan seram juga boleh dikatakan berjaya menaikkan bulu roma dan bakal membuatkan penonton pasti teringat-ingat walaupun selepas keluar daripada panggung. Filem ini ada ceritanya dan ada juga satira masyarakat yang tersendiri. Cuma ia bukan lah sebuah filem yang terlampau gah dari sudut tersebut. Tidak lebih sekadar sebuah filem seram yang cuma ditambah baik untuk menjadikan naskah ini punya jiwa dan hala tuju yang jelas. 


Jadi, selamat menonton filem The Vigil ini di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 15 April 2021 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Fantasi Thriller Dari Jepun Berjudul The Promised Neverland! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Maaf Hans, dari segi review Hans puji filem ini, tapi overall score cuma dpt 6/10 je, kira rendah juga tu. Mesti ada yg tak kena...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filem seram susah nak buat saya teruja. Hahaha!

      Cuma overall filem ini menarik dari sudut keseramanan yang cuba dipaparkan

      Padam