WAVE Awards 2021 : Hantarkan Karya Kreatif Anda Sekarang

Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana Cawangan Selangor dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan FINAS telah mengambil inisiatif dengan menyeru masyarakat untuk sama-sama memahami kehidupan normal baharu melalui pertandingan karya filem pendek dan tarian iaitu WAVE Awards 2021Acara ini terbuka kepada semua pelajar sama ada dari Universiti Awam (UA) mahupun Universiti Swasta, dan semua lapisan masyarakat. Sebarang penyertaan adalah percuma. Pertandingan ini juga telah dilanjutkan penyertaan kepada awam sehingga 15 Jun 2021.


WAVE Awards 2021 mempertandingkan filem pendek dan tarian yang mana ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam untuk mengetengahkan bakat dan idea serta kreativiti mereka. Unleashing Creative Wonders merupakan tema untuk kali ini dengan enam tumpuan utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni dan Ruang Awam, Pengetahuan dan Normal BaharuSejumlah RM33,000 dipertaruhkan kepada kesemua bakal pemenang pada majlis kemuncak WAVE Awards 2021 yang dijadualkan berlangsung secara dalam talian pada 9 Julai 2021 dengan gilang gemilang.


Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Dato’ Professor Ts. Dr. A Razak Mohaideen berpendapat bahawa Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara lebih setahun ini tidak menghalang bakat dan kreativiti anak-anak muda. Malah mereka lebih berpeluang menonjolkan idea dan kreativiti melalui penggunaan teknologi dan kamera dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan. Tambah beliau, pertandingan ini mampu menjadi kayu ukur yang lebih tinggi sekiranya mereka ingin menceburkan diri di dalam industri yang berkaitan.

OBJEKTIF WAVE AWARDS 2021

1) Untuk mempromosikan bakat muda dengan mengeksperimenkan idea melalui produk mereka.

2) Untuk mendorong bakat muda menanam minat dalam menyampaikan pengetahuan secara kreatif.

3) Untuk mendidik orang ramai melalui produk kreatif yang dipamerkan.

4)Untuk memberi kesedaran dalam menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk kehidupan norma baharu


Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan WAVE Awards 2021 ini, anda boleh berhubung dengan:

1. Ketua Pengarah Projek, Prof. Madya Aminah Abd Rhapor di talian 0122848270

2. Ketua Pengarah Penjurian, Dr. Norman Yusuff di talian 01161264643

3. Pengarah Promosi dan Publisiti, Cik Noorshahira Mohd Fadzil di talian 01115631340

4. Timbalan Pengarah Promosi dan Publisiti, Puan Darlina Baharuddin di talian 0192049520

5. Hantarkan penyertaan kepada submissions.moewaveawards@gmail.com


Laman Sesawang WAVE Awards 2021:

Instagram Rasmi:

Facebook:



Catat Ulasan

0 Ulasan