Buku "ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking" Daripada Penerbit Filem Aron Koh

Penerbit filem Malaysia iaitu Aron Koh yang telah menghasilkan filem terkenal seperti "Show Me Your Love", "Haunted Hotel", "Zombitopia" akan menerbitkan buku Bahasa Inggeris dengan tajuk "ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking”. Dalam buku tersebut, Aron yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam industri perfileman akan berkongsi pengalaman dan pandangannya kepada pembikin filem muda serta mereka yang berminat dalam industri perfileman Malaysia untuk membantu mereka lebih memahami peraturan industri, menganalisis proses pembikinan filem dan faktor kejayaan sesebuah filem serta arah aliran industri pasca-pandemik.


Aron pernah berkhidmat sebagai pengurus besar Akademi Filem dan TV Limkokwing, pensyarah kanan produksi filem dan tv yang mana ramai pelajarnya kini berada dalam industri perfileman. Beliau adalah Naib Presiden Persatuan Filem Cina Malaysia, pengasas dan penerbit eksekutif Lomo Pictures yang menjadi penggerak kepada banyak karya di belakang tabir. Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat lima bab dalam “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking” yang meliputi 18 tahun pengalaman beliau dalam Industri Filem Malaysia, keadaan semasa industri filem Malaysia, cabaran dalam industri dan jalan ke hadapan untuk industri. Buku ini meringkaskan pengalaman Aron selama 18 tahun dalam industri, dia juga akan menggunakan karya sendiri dan karya lain untuk menerangkan proses pembikinan filem, bagaimana industri filem berfungsi dan elemen kejayaan sesebuah filem.


Aron yakin bahawa buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baru lepasan ijazah dan pemula yang sedang menunggu peluang mereka serta pembikin filem luar negara tentang industri filem. Beliau menyebut industri perfileman global telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu dimana pawagam terpaksa dihentikan operasi, penerbitan filem dihentikan dan pembangunan industri berada dalam risiko. Bagaimanapun Aron turut melihat wabak itu telah meningkatkan platform penstriman digital seperti Netflix, Disney+ dan iQiyi. 


Menyentuh tentang proses bagaimana buku ini dicipta, Aron memberitahu bahawa dia telah menyediakannya selama bertahun-tahun tetapi hanya bertekad untuk mengeluarkannya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 tahun ini kerana mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan dirinya menumpukan perhatian dan menghabiskan buku. Aron juga turut memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana mahu lebih ramai orang, malah warga asing untuk memahami situasi filem tempatan kita. 


“ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking” disyorkan oleh pengarah dan penulis skrip filem Malaysia yang memenangi anugerah, Ryon Lee, ahli jawatankuasa eksekutif Taiwan Golden Horse Film Awards, Tony Hu, pengerusi Hari China di Festival Filem Antarabangsa Poppy Jasper, Shanshan Whittall, pengarah filem terkenal Singapura, Jack Neo, pengarah filem pemenang anugerah Hong Kong Clifton Ko dan perunding jenama syarikat pengiklanan Kian Ong. Pada majlis pelancaran itu, Aron turut mengumumkan rancangan penggambaran dan tayangan filem tahun baharu Cina “Small Town Heroes”, animasi Melayu “Tiga Adiwira”, filem Melayu “Indera”, “Gila Gusti” dan “Oh My Soul”.

Aron Koh mendedahkan bahawa bukunya “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking”, yang telah diperakui oleh blockchain agency akan menjadi karya pertama pembuat filem Malaysia yang akan diletakkan di platform dagangan NFT. Beliau mengumumkan akan turut menyumbangkan 300 buku kepada perpustakaan awam Selangor. Aron turut akan mempromosikan buku ini di pameran filem tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi keadaan industri filem tempatan dengan harapan dapat meningkatkan pengaruh filem Malaysia dan mewujudkan lebih banyak kerjasama rentas sempadan.


Catat Ulasan

0 Ulasan