Review Filem Confidential Assignment 2: International

 

Filem:
Confidential Assignment 2: International

Penilaian:
8/10

Pengarah:
Lee Seok-Hoon

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Komedi

Pelakon:
Hyun Bin, Yoo Hae-Jin, Yoona, Daniel Henney, Jin Seon-Kyu & Etc.  

Pengedar:
ATriNaga Sdn Bhd

Tarikh Tayangan:
15 September 2022

Sinopsis:
Filem sekuel ini mengisahkan Im Chul Ryung seorang detektif Korea Utara yang dipilih untuk melakukan misi khas di Korea Selatan. Matlamatnya adalah untuk menangkap Jang Myung Joon, seorang ketua organisasi jenayah Korea Utara. Apabila detektif Chul Ryung tiba di Korea, dia bersatu semula dan bergabung tenaga dengan Detektif Kang Jin Tae yang kini bekerja di pasukan penyiasat jenayah siber kerana kesilapan yang dia lakukan dalam salah satu misi kumpulan mereka sebelum ini. Menyertai mereka ialah F.B.I yang genius dan berkarisma, Ejen Jack yang akan membantu mereka menangkap Jang Myung Joon. Saksikan filem aksi komedi yang menghiburkan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 15 September 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada ATriNaga Sdn Bhd untuk menonton sebuah filem pecah panggung Korea yang cukup menghiburkan iaitu Confidential Assignment 2: International pada 12 September 2022 di TGV One Utama.


Kami boleh katakan filem Confidential Assignment 2: International ini merupakan sebuah filem sekuel yang sangat berjaya mengekalkan elemen humor dan aksi dengan cukup baik. Sebagai sebuah popcorn movie pada pandangan kami, naskah ini sememangnya cukup berbaloi untuk ditonton oleh mereka yang menggemari filem yang penuh dengan babak aksi dan diselangi dengan elemen lucu yang tidak pernah berhenti sepanjang filem ini berlangsung.


Menariknya tentang adegan-adegan humor yang ada di dalam filem Confidential Assignment 2: International ini kerana ianya menggunakan humor yang cukup bijak tanpa memperjudikan fizikal, warna kulit atau lawak slapstik yang menjemukan. Sebaliknya elemen lucu yang hadir itu datang daripada persekitaran kisah dan diperkasa oleh lakonan para pelakonnya yang cukup bagus dan tampak semulajadi. Faktor ini juga merupakan antara sebab filem-filem Korea yang bergenre komedi mudah menambat jiwa penonton kerana rasa lucu itu mengundang tawa penonton tanpa dipaksa-paksa.


Tidak lupa juga filem Confidential Assignment 2: International ini penuh dengan babak-babak aksi yang mencemaskan dan menampilkan koreografer yang cukup kemas. Ia berjaya menaikkan adrenalin penonton untuk turut sama merasai apa yang sedang berlaku dan menikmatinya dengan hati yang penuh gembira. Jadi, cukup untuk kami nyatakan melaburkan wang anda untuk membeli tiket dan menonton filem ini di pawagam adalah sebuah keputusan tepat yang sangat berbaloi.

Jadi, selamat menonton filem Confidential Assignment 2: International yang ditayangkan bermula pada 15 September 2022. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Seram Berjudul The Invitation! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 


Catat Ulasan

0 Ulasan