Review Filem The Invitation

 

Filem:
The Invitation

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Jessica M. Thompson

Genre:
Seram & Ngeri

Pelakon:
Nathalie Emmanuel, Thomas Doherty, Stephanie Corneliussen, Alana Boden, Courtney Taylor & Etc.  

Pengedar:
Sony Pictures Entertaiment

Tarikh Tayangan:
15 September 2022

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang wanita muda bernama Evie yang bertemu dengan anggota keluarganya yang telah hilang dalam waktu lama. Selain bertemu dengan anggota keluarganya, dia juga menemukan sebuah fakta dan rahsia tentang kehidupan keluarganya di masa lalu yang cukup mengejutkan. Apa sebenarnya rahsia tersebut? Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 15 September 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada Sony Pictures Entertainment untuk menonton sebuah filem seram iaitu The Invitation pada 13 September 2022 di GSC The Starling Mall.


Kami melihat filem The Invitation ini dimulakan dengan satu premis yang cukup baik dan kelihatan segar untuk sebuah filem berkisar tentang drakula atau vampire ini. Dimulakan dengan satu organisasi yang memberi peluang untuk watak utama iaitu Evie untuk mengetahui DNA yang dimilikinua sebelum dapat dijejaki oleh ahli keluarga jauh adalah satu perkara baru yang cukup kreatif. Hal ini dilihat lari daripada filem-filem yang seumpama dengan kisah sebegini yang kerap bermain dengan topik-topik seperti waris harta atau membeli rumah lama yang kerap kita lihat wujud di dalam filem-filem sebegini. 



Dibantu pula oleh set rumah serta props yang cukup gah membuatkan filem The Invitation nampak begitu mahal dan berjaya membuatkan kami teruja untuk menyaksikan filem inu sehingga ke penghujung. Namun, kecelaruan yang berlaku pada pertengahan cerita membuatkan kami sedikit kesal kerana plot penceritaannya gagal dibina dengan baik sehingga mewujudkan banyak lompong-lompong kosong yang memberi kesan kepada jalan cerita filem ini. Ada banyak persoalan yang timbul dan gagal diberi jawapan membuatkan kami agak-agak terpinga-pinga dengan pembangunan watak-watak utamanya yang caca marba dan gagal bersatu seperti yang diharapkan. Sungguh sayang kerana filem ini sepatutnya boleh menjadi lebih cemerlang tetapi masalah-masalah yang timbul dari sudut pembangunan cerita dan perkembangan watak yang lemah telah membantutkan sedikit pengalaman gembira menonton filem ini. Kehebatan rumah yang dipenuhi dengan dekorasi yang gah juga gagal dimanfaatkan dengan sepenuhnya dimana filem ini lebih gemar memaparkan sudut rumah yang berulang-ulang seperti bilik tidur di dalam latar penceritaannya. 


Namun, kami yakin majoriti penonton yang inginkan hiburan semata-mata pasti akan menyukai dan menikmati filem The Invitation ini yang penuh dengan debaran dan permainan plot yang masih menghiburkan terutama dari segi kejutan dan seram yang berjaya diaplikasikan dengan cukup baik di dalam filem ini. 

Jadi, selamat menonton filem seram The Invitation yang ditayangkan bermula pada 15 September 2022. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Berjudul NOPE! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 


Catat Ulasan

0 Ulasan