4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Sayap Sayap Patah

 

Filem:
Sayap Sayap Patah

Pengarah:
Rudi Soedjarwo

Genre:
Drama, Romantik & Aksi

Pelakon:
Nicholas Saputra, Ariel Tatum, Iwa K, Nugie, Edward Akbar, Poppy Sovia, Ariyo Wahab,
Khiva Iskak, Dewi Irawan, Gibran Marten, Revaldo, Aden Bajaj & Etc.  

Durasi:
113 Minit

Tarikh Tayangan:
13 Oktober 2022

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan kisah cinta pasangan suami isteri iaitu Aji yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 dan Nani. Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas membuatkan Nani yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan. Tekanan kebimbangan keselamatan Aji membuat kandunganya bermasalah sehingga Nani terpaksa pulang ke rumah ibunya di Jakarta. Kebahagian rumahtangga mereka dilanda dugaan apabila pada hari pertama Aji bertugas, terjadi rusuhan di penjara tempat para pengganas ditahan di Mako Brimod, Kelapa dua, Depok. Situasi menjadi tegang dan mencengkam apabila Aji menjadi salah seorang anggota yang dijadikan tebusan oleh pengganas. Dalam masa yang sama Nani bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung mereka. Saksikan filem yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 13 Oktober 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.


EMPAT SEBAB ANDA WAJIB TONTON FILEM SAYAP SAYAP PATAH

1) FILEM BLOCKBUSTER INDONESIA UNTUK TAHUN 2022

Untuk makluman semua, filem Sayap-Sayap Patah boleh dikatakan antara filem Indonesia pada tahun 2022 yang telah membuat satu kejutan besar apabila meraih kutipan tiket melebihi RM40 juta dengan jumlah penonton melebihi 2 juta orang di Indonesia. Filem ini mendapat sambutan yang sangat dasyat disebabkan kombinasi jalan cerita yang cukup menarik serta dibintangi oleh ramai bintang ternama Indonesia yang popular dan berbakat.

2) BERDASARKAN PERISTIWA RUSUHAN MAKO BRIMOB PADA TAHUN 2018

Filem Sayap Sayap Patah telah mengangkat kisah benar berkenaan peristiwa tragedi berdarah iaitu Rusuhan Lokap Mako Brimob yang berlaku pada tahun 2018 dan menggemparkan negara Indonesia. Sekumpulan tahanan pengganas yang merusuh telah menyebabkan lima orang anggota polis Densus 88 terkorban dan mereka didapati telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas tersebut. Jadi, ini adalah antara faktor yang menarik perhatian penonton untuk menyaksikan sendiri gambaran situasi yang berlaku di dalam filem. Ditambah dengan unsur dramatik serta aksi berjaya memberi debaran dan kepuasan yang menyeluruh kepada para penonton.

3) SENARAI BINTANG YANG TERLIBAT & LAKONAN YANG HEBAT

Filem Sayap Sayap Patah membariskan bintang yang sememangnya cukup terkenal bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia iaitu Nicholas Saputra. Selain itu, bintang-bintang ternama lain seperti Ariel Tatum, rapper terkenal Indionesia iaitu Iwa K dan ramai lagi sememangnya memberi bonus kepada filem ini untuk mudah meraih perhatian penonton dan peminat filem Indonesia. Tetapi, apa yang mengejutkan ialah semua barisan pelakon yang terlibat di dalam filem ini bukan sekadar gah dari segi populariti tetapi berjaya memberikan persembahan lakonan yang cukup mantap,penuh dengan emosi dan semestinya berjaya memberikan impak kepada tontonan setiap penonton yang menyaksikan filem Sayap Sayap Patah ini.

4) GENRE FILEM PILIHAN PENONTON

Genre filem Sayap Sayap Patah merupakan genre pilihan ramai penonton filem komersial iaitu romantik dan aksi. Menariknya kedua-dua genre ini berjaya dipaparkan dalam kadar yang seimbang. Jadi, secara tidak langsung ini menguatkan lagi penceritaan filem ini dan berjaya mengelakkan penonton daripada bosan atau terasa filem ini terlampau berat. Romantik yang dipaparkan sememangnya cukup berkesan untuk menyentuh hati penonton terutamanya wanita manakala aksi-aksi yang dipertontonkan pasti akan meningkatkan adrenalin penonton yang menggilai babak-babak aksi yang memukau.


Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Sayap Sayap Patah yang akan ditayangkan bermula pada 13 Oktober 2022 di pawagam seluruh Malaysia. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Selamat menonton!

Catat Ulasan

0 Ulasan