Review Filem Don't Look At The Demon

 

Filem:
Don't Look At The Demon

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Brando Lee

Genre:
Seram

Pelakon:
Harris Dickinson, Fiona Dourif, Randy Wayne & Etc.  

Pengedar:
MIG Beats Sdn Bhd

Tarikh Tayangan:
6 Oktober 2022

Sinopsis:
Filem yang berdasarkan peristiwa sebenar ini mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika yang telah mengembara ke Bukit Fraser, Malaysia untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada awal 1970-an. Apa yang lebih mengejutkan, kru mendapati lebih daripada yang ditawarkan sekiranya mereka berjaya membongkar rahsia gelap tentang rumah yang penuh dengan larangan ritual Thai kuno. Namun, misteri rumah ini bukan seperti mana yang pernah mereka hadapi sebelum ini kerana nyawa mereka semua kini dalam bahaya. Saksikan filem yang menyeramkan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 6 Oktober 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada MIG Beats untuk menonton sebuah filem seram yang diarahkan oleh pengarah Malaysia iaitu Brando Lee berjudul Don't Look At The Demon pada 29 September 2022 yang lepas di DADI Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur.


Filem Don't Look At The Demon menampilkan selebriti terkenal Hollywood iaitu Fiona Dourif dan  Harris Dickinson sebagai tunjang utama filem ini. Ternyata filem ini masih berjaya mengekalkan nilai komersial tersebut setaraf dengan barisan bintang yang ada. Para pelakon berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan cukup berkesan dan meyakinkan. 



Filem Don't Look At The Demon juga dilihat berjaya memaparkan proses ritual purba masyarakat Asean terutama dari Thailand dengan cukup baik. Perkara ini berjaya dibawa dengan baik dan dikekalkan sehingga ke penghujung cerita dimana elemen seram tersebut berjaya menakutkan penonton dalam cara yang unik dan tersendiri. 


Walaupun filem Don't Look At The Demon tidak dapat lari daripada struktur penceritaan klise seperti mana filem-filem seram yang lain namun kami melihat banyak juga penceritaan baru yang kreatif di masukkan di dalam kronologi filem ini untuk membezakannya dengan filem seram lain. Antara yang masih membuatkan kami kagum iakah berkaitan dengan ritual membabitkan bayi yang diambil secara hidup-hidup daripada perut ibu yang sedang mengandung. Babak ini bukan sekadar ngeri tetapi berjaya mewujudkan satu klimaks segar di dalam filem ini untuk diingati oleh penonton. 


Secara keseluruhan, filem Don't Look At The Demon masih merupakan sebuah filem seram komersial dari sudut pandang orang Amerika yang melihat dan mengkaji misteri kisah mistik masyarakat Asean yang menghiburkan untuk anda tonton di pawagam. 

Jadi, selamat menonton filem seram Don't Look At The Demon yang ditayangkan bermula pada 6 Oktober 2022. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Berjudul ?>! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tak salah saya tuan director Bradon Lee tu berasal dari Malaysia. Bagos juga dia pilih Bukit Fraser sbg lokasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..ramai lah orang tahu sikit tentang Bukit Fraser

      Padam