Review Filem See How They Run

 

Filem:
See How They Run

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Tom George

Genre:
Misteri & Komedi

Pelakon:
Sam Rockwell, Saoirse Ronan, Adrien Brody, Ruth Wilson, Reece Shearsmith & Etc.  

Pengedar:
Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan:
29 September 2022

Sinopsis:
Filem yang mengisahkan sebuah kisah pentas popular West End of 1950's London dimana rancangan untuk mengangkat karya ini kepada versi filem terhenti secara tiba-tiba selepas ahli penting kru dibunuh. Apabila Inspektor Stoppard yang keletihan dan rookie beliau iaitu Konstable Stalker yang bersungguh-sungguh diberi tugasan untuk mengambil alih kes itu, kedua-dua mereka mendapati diri mereka kini berada di dalam kumpulan yang cukup glamor tetapi mempunyai potensi sebagai seorang pembunuh. Adakah Stoppard dan Stalker berjaya menangkap pembunuh tersebut? Saksikan filem yang menghiburkan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 29 September 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada GSC Movies untuk menonton sebuah filem yang agak menghiburkan iaitu See How They Run pada 26 September 2022 yang lepas di GSC Mid Valley.


Kami secara jujurnya sangat menantikan kemunculan filem See How They Run ini di pawagam kerana filem yang boleh dikategorikan sebagai sebuah filem penyiasatan sememangnya merupakan kesukaan kami. Filem ini berjaya bermula dengan cukup baik pada bahagian awalnya yang berjaya menimbulkan kesangsian, persoalan dan memberi klu-klu untuk kami meneka siapa pembunuh sebenar di kalangan watak-watak tersebut. Namun, bahagian pertengahannya dilihat kurang memberi impak dan ianya terlalu jelas memberi gambaran siapa sebenarnya pembunuh sebenar yang dicari. Ia sedikit mengecewakan kami kerana terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap misteri penceritaan filem ini.


Namun, kelemahan tersebut berjaya ditebus dengan unsur-unsur komedi yang memenuhi sebahagian besar filem ini dan formula tersebut berjaya menggeletek hati kami untuk kekal terhibur sepanjang menonton filem ini. Watak Konstable Stalker sememangnya betul-betul 'pecah' dan kehadiran beliau di dalam setiap babak sentiasa dinanti-nantikan. Walau bagaimanapun, kami tidak menafikan elemen serta kejahatan manusia berjaya ditonjolkan dengan cukup baik di dalam penceritaan ini. Daripada sudut seksual, kapitalis, penindasan serta elemen-elemen negatif yang digunakan untuk keuntungan berjaya dipaparkan dengan cukup kemas di dalam penceritaan filem ini untuk menjentik sensitivi penonton terhadap perkara yang ramai terlepas pandang pada era ini. Lebih menarik, faktor-faktor ini berjaya dikekalkan dengan cukup baik sehingga kepada pengakhiran filem yang membuatkan kami terhibur tetapi dalam masa yang sama mendapat satu pengajaran yang cukup indah untuk dilihat pada keadaan sekitar hari ini.


Kami merasakan filem See How They Run merupakan sebuah filem yang agak menghiburkan. Menampilkan para pelakon yang mempunyai kepelbagaian emosi dan perwatakan. Latar tempat yang mengagumkan serta props yang kena dengan latar masa. Cuma kami melihat filem ini masih belum mampu membuatkan kami berasa terlampau kagum kerana teka-teki yang cuba ditimbulkan di dalam filem ini agak mudah untuk dijawab. Secara keseluruhan, filem ini masih berbaloi untuk ditonton terutama buat mereka yang menggemari filem-filem yang berkonsep penyiasatan sebegini.

Jadi, selamat menonton filem See How They Run yang ditayangkan bermula pada 29 September 2022. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Seram Berjudul Don't Look At The Demon! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 


Catat Ulasan

0 Ulasan