Review Filem Mummies

 

Filem:
Mummies

Penilaian:
5/10


Pengarah:
Juan Jesus Garcia Galocha

Genre:
Animasi

Pelakon:
Sean Bean, Eleanor Tomlinson, Hugh Bonneville,
Celia Imrie, Joe Thomas, Dan Starkey & Etc.  

Pengedar:
Warner Bros Pictures

Tarikh Tayangan:
19 Januari 2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang mumia yang tinggal di bawah tapak piramid iaitu Thut. Thut dipaksa berkahwin dengan anak perempuan Firaun bernama Nefer selepas tanpa sengaja dipilih oleh merak ajaib yang digunakan oleh Firaun. Thut menerima cincin daripada Firaun dan diminta untuk menjaganya. Jika cincin tersebut hilang, Thut akan dibunuh oleh Firaun. Tanpa disangka, seorang manusia bernama Lord Carnaby yang merupakan seorang pakar arkeologi telah mencuri cincin tersebut. Jadi, Thut, Nefer serta adiknya Sekhem terpaksa keluar daripada tempat mereka menuju London untuk mendapatkan semula cincin tersebut. Berjayakah misi mereka? Saksikan filem animasi ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 19 Januari 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh Warner Bros Pictures untuk menonton sebuah filem animasi berjudul Mummies pada 17 Januari 2023 yang lepas di TGV Sunway Pyramid


Tidak ada banyak perkara yang kami boleh kongsikan tentang filem animasi Mummies ini. Bagi kami, filem ini sememangnya dihasilkan untuk tontonan kanak-kanak kerana penceritaanya yang bersifat sehala. Tiada sebarang plot twist yang menarik atau boleh diingati tetapi filem ini diperkuatkan dengan elemen humor yang berjaya mencuit hati serta grafik yang agak indah untuk dipandang. 


Filem Mummies berdurasi sekitar 1 jam 20 minit sahaja namun adakalanya kami terasa agak lama untuk menghabiskan tontonan. Jika dilihat kepada mesej filem ini, kami sedikit keliru kerana ianya lebih kepada tema percintaan selain memaparkan tentang keberanian mengejar cita-cita yang dipendam. Tidak pasti adakah ia mampu memberi perkara positif kepada anak-anak yang menonton. Walau bagaimanapun, filem animasi ini masih sebuah filem ringan yang boleh ditonton oleh kanak-kanak mahu pun dewasa tanpa perlu berfikir panjang.

Jadi, selamat menonton filem animasi Mummies yang ditayangkan bermula pada 19 Januari 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan