Review Filem Sakra

 

Filem:
Sakra

Penilaian:
6/10


Pengarah:
Steve Cheng & Donnie Yen

Genre:
Aksi & Pengembaraan

Pelakon:
Donnie Yen, Chen Yuqi, Cya Liu, Grace Wong & Etc.  

Pengedar:
Lotus Five Star AV

Tarikh Tayangan:
16 Januari 2023

Sinopsis:
Filem yang merupakan adaptasi legenda Demi-Gods dan Semi-Devils daripada novel wuxia terlaris oleh Jin Yong ini mengisahkan pada tahun-tahun awal Dinasti Song dimana puak Khitan dan Dinasti Song saling serang menyerang dan menjadi musuh. Qiao Feng yang merupakan ketua Sekte Pengemis dimana kesemua ahlinya daripada kalangan orang Song akhirnya diketahui sebagai orang Khitan. Dia didakwa membunuh timbalan ketua geng itu bagi menutup pembongkaran rahsia tersebut sehingga menimbulkan kemarahan puak tersebut. Para guru Kung Fu mula berkumpul di Kampung Ju Xian untuk menentang Qiao Feng yang mulai jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Zhu. Apakah nasib Qiao Feng selepas ini? Saksikan filem aksi ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 16 Januari 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput untuk menonton sebuah filem aksi lakonan pelakon hebat Donnie Yen berjudul Sakra pada 14 Januari 2023 yang lepas di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur


Apa yang menarik tentang filem Sakra ini ialah pada babak-babak aksinya yang sangat memukau. Tolak ketepi tentang logik akal atau ilmu sains berkenaan graviti, adegan-adegan terbang, bertumbuk, melompat, aura api mahu pun tenaga qi yang dipaparkan kerana apabila menonton anda pasti akan teringan kenangan menonton drama atau filem kantonis yang penuh dengan aksi-aksi kungfu sebegini. Ini adalah salah satu faktor yang memberi kepuasan kepada kami sepanjang menonton filem yang berdurasi sekitar 2 jam 10 minit ini.


Walaupun durasi filem ini panjang tetapi kami melihat plot penceritaan Sakra masih berlangsung secara tergesa-gesa terutama pada bahagian pertengahan filem ini. Ia ibarat drama bersiri 16 episod yang cuba dimampatkan di dalam sebuah filem sehingga membuatkan kami sebagai penonton sedikit penat untuk memahami dan menghayati perjalanan kisah ini yang pelbagai dan penuh dengan permainan plot yang sebahagiannya kurang memberi kesan kepada keseluruhan tontonan kami. 


Selain itu, kami melihat permasalahan seterusnya yang ada di dalam filem Sakra ini ialah terlalu banyak watak yang ada di dalam jalan ceritanya. Hal ini menyebabkan penonton seperti kami yang tidak mengikuti atau membawa novel berkaitan filem ini berasa keliru terutamanya tentang peranan dan kepentingan watak-watak ini di dalam setiap babak kemunculan mereka. Mungkin ianya mudah difahami jika anda pergi menonton setelah membaca novel kisah ini terlebih dahulu. Namun, secara keseluruhan filem Sakra ini masih menghiburkan dan sememangnya sesuai buat mereka yang menggemari filem aksi terutama berkaitan kungfu.

Jadi, selamat menonton filem seram Sakra yang ditayangkan bermula pada 16 Januari 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Mandarin Tempatan Yang Menarik Berjudul Ma, I Love You! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 


Catat Ulasan

0 Ulasan