Review Filem What! The Heist

 

Filem:
What! The Heist

Penilaian:
6/10

TikTok Review:

Pengarah:
Matt Lai

Genre:
Komedi

Pelakon:
Mark Lee, Jack Lim, Jaspers Lai, Huige, HaoRen,
Patricia Mok, Ahirine Ahirudin, Mei Yan, Yuan Teng & Etc.  

Pengedar:
GSC Movies

Tarikh Tayangan:
19 Januari 2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang penjenayah yang digelar "Godfather" dan melarikan diri dari penjara untuk menyelesaikan satu misi yang diberikan oleh bosnya yang diberi nama "Lottery Heist". Selepas merekrut rakan baiknya yang merupakan seorang pelakon yang terdesak untuk mendapatkan wang demi membantu anak perempuannya yang mempunyai penyakit jantung berlubang, mereka mula melaksanakan rancangan tersebut. Pelan itu melibatkan perancangan untuk menukar bola lotto bagi memenangi jackpot yang mana hadiah terkumpulnya bernilai $100 juta. Semasa mereka menyelesaikan setiap langkah demi langkah dan tanpa disangka bos Godfather mengubah rancangan asal dimana dia ingin membunuh semua orang yang terlibat selepas misi itu selesai. Godfather dan ahli kumpulannya kini perlu merancang untuk menyelamatkan nyawa mereka dan menyimpan wang tersebut untuk diri mereka sendiri. Saksikan filem komedi sempena Tahun Baru Cina 2023 ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 19 Januari 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada GSC Movies untuk menonton sebuah filem komedi yang merupakan kerjasama antara Malaysia dan Singapura iaitu What! The Heist pada 9 Januari 2023 yang lepas di GSC Mid Valley


Filem What! The Heist ini menampilkan plot penceritaan yang bersifat sehala. Bersesuaian dengan tujuan untuk menghiburkan penonton di hari perayaan, jalan cerita filem ini sangat mudah untuk di fahami. Mempertaruhkan elemen komedi sebagai kekuatan utamanya, kami boleh nyatakan ianya agak berkesan dan berjaya membuatkan kami kerap ketawa sepanjang menonton filem ini. Pelakon Jaspers Lai berjaya mencuri tumpuan jika dilihat dari sudut komedi dimana watak yang dibawanya berjaya menceriakan suasana setiap kali muncul di layar. Pelakon lain juga tidak kurang hebatnya dimana masing-masing berjaya mewujudkan keserasian antara mereka dan ianya dilihat sangat segar dan hidup dimata kami.   


Filem What! The Heist juga menampilkan babak-babak aksi dan memberi peluang kepada pelakon wanitanya untuk menyinar dengan baik. Pujian boleh diberikan kepada pelakon wanita Malaysia iaitu Ahirine Ahirudin yang dilihat gagah dan hebat beraksi di dalam setiap adegan berbentuk pertempuran dengan pihak musuhnya. Kurang berdialog namun hal ini ditutup dengan kelasakan beliau di dalam babak-babak aksi. Kami harap Ahirine akan diberi peluang oleh mana-mana produser yang menerbitkan filem aksi untuk terlibat di dalam filem tersebut pada masa akan datang kerana sayang jika bakat dan kelebihan ini tidak dimanfaatkan.


Secara jujurnya,filem What! The Heist ini menampilkan sebuah penceritaan yang ringan dan diisi padat dengan elemen humor. Disedapkan dengan rencah aksi untuk membuatkan filem ini bersesuaian dan dapat diterima untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, kami tidak mahu mengulas panjang kerana filem ini bukan sebuah filem berat atau mempunyai subteks tertentu untuk dikupas. Filem ini sekadar sebuah filem yang cuba untuk memberikan hiburan dan kami pasti ramai yang akan terhibur menonton filem ini bersama keluarga masing-masing di panggung wayang.

Jadi, selamat menonton filem seram What! The Heist yang ditayangkan bermula pada 19 Januari 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Seram Dari Indonesia Berjudul Pamali! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan