Review Filem Sumpahan Syaitan

Filem:
Sumpahan Syaitan 

Pengarah:
Roy Krishna

Genre:
Komedi & Seram

Pelakon:
 Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario,
Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin,
Arin Rajalawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii & Etc.

Penerbit:
D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production

Tarikh Tayangan (Malaysia, Brunei & Singapura):
2 Mac 2023

OST Filem:

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri. Namun, malangnya nasib Sam sejak hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu. Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya? Disebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan. Saksikan filem komedi seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 2 Mac 2023 untuk mengetahui kisah jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berkesempatan menonton sebuah filem tempatan bergenre komedi seram yang dibintangi ramai pelakon terkenal iaitu Sumpahan Syaitan pada 23 Februari 2023 yang lepas di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur. 

Filem Sumpahan Syaitan membariskan ramai pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan berjaya mengumpulkan hampir semua ahli kumpulan lawak Senario di dalam filem ini. Jadi, buat anda yang menonton filem ini pasti akan terhibur dan terimbau kembali kenangan lawak-lawak dari ahli Senario seperti Syaiful Apek, Azlee dan Yassin yang berjaya mencuit hati apabila muncul babak-babak yang melibatkan mereka.

Kali ini juga kami melihat para pelakon utama filem ini tampil dengan karakter yang berbeza daripada biasa. Dato' AC Mizal misalnya tampil dengan karakter yang serius dan ini sememangnya berbeza berbanding sebelum ini dimana beliau tampil dengan karakter komedi. Namun, watak beliau masih mampu memberikan hiburan kepada penonton. Tetapi, kami agak kagum dengan watak Branco yang dilakonkan oleh Dato’ Jalaludin Hassan yang sangat serius dan kejam. Kalau sebelum ini, penonton sering melihat beliau dalam peranan yang romantik atau kebapaan tetapi di dalam filem ini anda pasti berasa gerun melihat kemunculannya di layar perak.

Plot penceritaannya filem Sumpahan Syaitan ini bersifat sehala dan mudah difahami. Walaupun pada awalnya filem ini terasa sedikit lama kerana pengenalan watak-wataknya yang agak banyak namun kami cukup terhibur apabila tiba babak-babak diwaktu malam yang melibatkan watak Tok Bomoh dan semua pekerja hotel yang berjaya membuatkan kami ketawa besar kerana unsur humor yang kelihatan spontan dan menjadi. Membawakan mesej tentang bahayanya perniagaan MLM serta keburukan meminjam duit pada peminjam tidak berlesen atau Ah Long, sekurang-kurangnya penonton mendapat kebaikan daripada filem ini selain berhibur dengan lawak-lawak yang ada di dalam penceritaannya.

Contest “Tonton Dan Menang”

Berita baik untuk semua yang bakal menonton filem Sumpahan Syaitan dimana anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal. Terdapat 5 buah motorsikal untuk diberikan kepada penonton bertuah! Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com sekarang. Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan. 

Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Sumpahan Syaitan yang akan ditayangkan bermula pada 2 Mac 2023 di seluruh pawagam Malaysia serta Brunei dan Singapura. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan