Review Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves

Filem:
Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves

Penilaian:
7/10

Tiktok Review:

Pengarah:
John Francis Daley & Jonathan Goldstein

Genre:
Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
 Regé-Jean Page, Chris Pine, Hugh Grant, Michelle Rodriguez, Sophia Lilis & Etc.

Pengedar:
United International aPictures

Tarikh Tayangan:
30 Mac 2023

Sinopsis:
Sebuah `reboot` kepada filem fantasi pengembaraan "Dungeons & Dragons" (2000). Ia berdasarkan permainan yang sama judulnya yang diperkenalkan pada tahun 1970-an yang mengisahkan Seorang pencuri yang menawan dan sekumpulan pengembara melakukan rompakan epik untuk mendapatkan semula peninggalan yang hilang, tetapi keadaan menjadi kacau bilau apabila mereka bertembung dengan orang yang salah. Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves membawa dunia yang kaya dan watak-watak yang bersemangat daripada game roleplay legenda ke skrin besar dalam satu pengembaraan penuh aksi dan melucukan. Saksikan filem yang menghiburkan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 30 Mac 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak United International Pictures untuk menonton sebuah filem yang cukup menarik iaitu Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves pada 21 Mac 2023 yang lepas di TGV IMAX Sunway Pyramid.


Kami melihat filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves berjaya tampil dengan visual yang cukup cemerlang. Untuk sebuah permainan video yang mana dunia serta penceritaannya di angkat ke dalam sebuah filem pada kami sudah cukup kelihatan bergaya dan berjaya. Kami langsung tidak berasa bosan menonton filem ini yang sememangnya padat dengan aksi serta dialog-dialog lucu yang sememangnya membantu filem ini daripada menerima nasib yang sama seperti mana sebuah filem yang kisahnya diangkat daripada permainan video yang terkenal sebelum ini iaitu filem Warcraft. 


Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves sememangnya sangat mengasyikkan kerana berjaya membuat peminatnya berasa teruja melihat bagaimana dunia permainan video ini dihasilkan dalam bentuk visual realiti. Jadi, kami melihat dua aura berbeza yang berjaya digabungkan menjadi satu dimana perasaan bermain permainan video masih dapat dirasak dan naskah ini masih mampu berdiri kekal dalam menyampaikan ceritanya sebagai sebuah filem. Secara keseluruhan, filem ini sangat menghiburkan dan menarik untuk ditonton di dalam format panggung IMAX. Berbaloi! 


Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves yang akan ditayangkan bermula pada 30 Mac 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan