Review Filem Shazam! Fury Of The Gods

Filem:
Shazam! Fury Of The Gods

Penilaian:
7/10

Tiktok Review:

Pengarah:
David F. Sandberg

Genre:
Aksi & Komedi

Pelakon:
 Zachary Levi, Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Djimon Hounsou, Rachel Zegler, Lucy Liu, Helen Mirren & Etc.

Pengedar:
Warner Bros. Pictures

Tarikh Tayangan:
16 Mac 2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Billy Batson dan adik-beradik angkatnya yang boleh berubah menjadi adiwira selepas menyebut “Shazam”. Kali ini mereka perlu bersama-sama berjuang menentang anak-anak Dewa Atlas yang cuba memusnahkan bumi. Adakah mereka akan berjaya atau sebaliknya? Saksikan filem yang cukup menghiburkan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 16 Mac 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak Warner Bros. Pictures untuk menonton sebuah filem adiwira yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai peminat filem tempatan iaitu Shazam! Fury Of The Gods pada 15 Mac 2023 yang lepas di GSC Onyx Hall Mid Valley.


Seperti mana filem Shazam terdahulu, filem kali ini juga berjaya mengekalkan elemen humor dengan cukup baik untuk membuatkan kami terhibur menonton filem ini daripada awal hingga pengakhiran cerita ini. Karakter watak Shazam yang bodoh-bodoh alang ini berjaya dibawakan dengan cukup baik oleh pelakon Zachary Levi untuk menjadikan watak ini sememangnya hak mutlak beliau. Sememangnya ini merupakan kekuatan utama filem ini yang sukar untuk dinafikan.


Menyentuh berkaitan elemen aksi pula, filem Shazam! Fury Of The Gods ini juga telah berjaya memuaskan hati kami sebagai salah seorang peminat filem bergenre aksi. Walaupun imej teknik janaan komputer atau CGI yang dipaparkan di dalam filem ini bukannya semuanya mengujakan kami namun karakter-karakter aneh dan pelbagai yang wujud di dalam filem ini terutamanya yang melibatkan babak aksi berjaya menjadikan filem ini adalah filem adiwira komersial yang tidak dapat dinafikan merupakan kesukaan majoriti penonton Malaysia.


Plot penceritaannya juga ringkas tetapi ianya mudah difahami dan tidak berselirat. Kejutan plot ceritanya pula sudah boleh diramal namun ianya masih tetap menghiburkan untuk ditonton. Disulami dengan serba sedikit mesej tentang nilai kekeluargaan dan kasih sayang antara manusia membuatkan filem Shazam! Fury Of The Gods adalah sebuah filem mediocre yang menggembirakan untuk ditonton di pawagam.


Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Shazam! Fury Of The Gods yang akan ditayangkan bermula pada 16 Mac 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan