Review Filem Operation Fortune: Ruse De Guerre

Filem:
Operation Fortune: Ruse De Guerre

Penilaian:
6/10

Tiktok Review:
TBC

Pengarah:
Guru Ritchie

Genre:
Aksi & Thriller

Pelakon:
 Jason Statham, Aubrey Plaza, Josh Hartnett, Bugzy Malone, Hugh Grant & Etc.

Pengedar:
TGV Pictures

Tarikh Tayangan:
16 Mac 2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang perisik elit bernama Orson Fortune yang mendapat tugasan untuk menjejaki dan menghentikan kegiatan jahat seorang bilionaire iaitu Greg Simmonds yang terlibat di dalam urusan pembelian senjata haram dan bakal mengancam sektor perbankan dunia. Orson perlu mendapatkan bantuan daripada seorang bintang filem Hollywood terkenal iaitu Danny Fransesco untuk menyamar dan mendapatkan maklumat kerana bintang tersebut disukai oleh Greg. Berjayakah mereka menjalankan misi ini tanpa diketahui dan ditangkap oleh musuh mereka? Saksikan filem aksi yang cukup lucu ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 16 Mac 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem aksi yang cukup menarik iaitu Operation Fortune: Ruse De Guerre pada 17 Mac 2023 yang lepas di TGV Indulge One Utama. Terima kasih kepada Wayang People dan TGV untuk pengalaman menonton yang cukup menarik. 


Filem Operation Fortune: Ruse De Guerre ini merupakan satu lagi filem aksi perisik yang ditawarkan oleh Hollywood buat para penggemar filem-filem sebegini. Ditambah pula oleh barisan pelakon yang dikenali ramai seperti Jason Statham membuatkan filem ini seakan-akan wajib ditonton oleh para peminat beliau. Pada kami, filem ini sekadar sebuah lagi filem medio De daripada Hollywood yang memaparkan intipati kisah yang lebih kurang sama. Namun, kami tidak dapat nafikan filem ini mempunyai dua kekuatan utama yang boleh menghiburkan penontonnya iaitu elemen aksi dan komedi yang cukup menyerlah.


Kami pasti akan akan terhibur dan pus menyaksikan babak aksi yang dipaparkan melalui watak Orson Fortune di dalam filem Operation Fortune: Ruse De Guerre ini yang cukup menghiburkan. Masing-masing pasti sudah tahu kredibiliti pelakon Jason apabila memainkan watak aksi dan ianya memang tidak dapat dinafikan sangat kena dengan susuk fizikal dan emosinya di dalam filem ini. Diperkuatkan dengan unsur humor yang berterusan terutama melalui watak Danny Fransesco membuatkan kami langsung tidak berasa bosan menonton keseluruhan filem ini yang cukup melucukan.


Pada kami, tidak ada apa-apa yang unik yang kami boleh katakan tentang filem Operation Fortune: Ruse De Guerre ini kerana naskah ini merupakan sebuah filem aksi mediocre Hollywood yang menghiburkan untuk anda tonton di pawagam. Cuma apa kami boleh katakan, ianya agak berbaloi buat anda yang gemarkan aksi dan ingin filem yang berkonsepkan penceritaan sehala untuk menontonnya di panggung wayang.


Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Operation Fortune: Ruse De Guerre yang akan ditayangkan bermula pada 16 Mac 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan