Review Filem : Setem



Filem:
Setem


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Komedi & Aksi


Pelakon:
Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que Haidar, Vanidah Imran,
Sathiya, Bront Palarae, Indi Nadarajah, Datuk Aziz Sattar & Etc.


Ulasan Hans:


Aku menjadi antara penonton terawal filem terbaru arahan pengarah kesukaan aku, Khabir Batia iaitu SETEM. Kalau selalu kita melihat Khabir Batia lebih terarah untuk membuat filem berunsurkan cinta dan berat tetapi kini beliau tampil dengan elemen lebih segar dan menyakinkan dengan filem terbaru beliau ini. Tengok poster bawah tu!!

Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat(Rashidi & Aflin) yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai US4 juta oleh Tuan Rumah Harapan(Aziz Sattar) untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Diwaktu yang sama, ramai lagi yang mahukan setem terbabit iaitu kumpulan Piranha, kumpulan Tosai serta manusia - manusia lain yang terlibat secara tidak langsung.

Macam biasa, aku sangat suka teknik penggunaan kamera dan sinematografi setiap filem arahan beliau kerana bagi aku ia amat unik dan mengagumkan aku. Ternyata Khabir tidak mensia - siakan keistimewaan yang sentiasa ada di dalam filem - filem beliau ini kerana memanfaatkan sudut kamera dengan sebaik mungkin seperti adegan di dalam bonet kereta. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam bahagian ini.

Dan satu lagi yang aku suka tentang filem ini kerana jalan ceritanya tidak membodohkan atau stereotaip seperti filem Razak Mohaideen kerana jalan ceritanya memang sangat mengagumkan dan komedi yang cuba dipaparkan dalam filem ini tidak memaksa penonton untuk ketawa kerana dengan sendirinya penonton akan tertawa dengan setiap dialog yang disampaikan oleh para penontonnya terutama dialog dari Aflin, Que Haidar dan Sathia.

Kepada korang semua yang belum menonton filem ini, aku rasakan tak rugi untuk menghabiskan duit untuk menonton filem ini. Dan kepada pencinta filem Melayu yang tidak mahu dibodohkan dengan filem - filem kosong seperti Prof Razak, inilah masanya untuk anda menyokong filem tempatan.

P/S Lagi : Filem Yang Hebat Tetapi Penonton Kurang...Apa Sudah Jadi Dengan Penonton Di Malaysia??

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sebenarnya aku dah agak lama jugak baca blog ni. Cuma tak komen jer..

    So alang2 dah post 2 komen tadi, aku gigih cari balik entry ni..

    Nak bgtau dialog yg aku suka dalam filem ni..

    "Pak Ramli selalu kata, kebahagian yang sebenar datang dari memberi, bukan menerima."

    Aku cuba jugak la praktikkan benda ni dalam hidup..

    Btw, SETEM ni memang filem yg best..takde cinta2 tipikal..watak ppuan pun Vanida Imran jer..takde lawak ntah apa2..

    And for sure, much better berbanding filem2 Razak Mohaideen..kalau boleh bagi rating, aku bagi 10/10 jugak kot wpun genre lain drpd One Two Jaga..

    BalasPadam