Review Filem Al-Hijab



Filem:
Al-Hijab


Pengarah:
Pierre Andre


Genre:
Seram


Pelakon:
Pierre Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Aziz M.Osman, Nor Albaniah, Khir Mohd Noor & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelakon ekstra iaitu Rafael yang langsung tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan membintangi sebuah filem seram sebagai watak utama dan ini membuatkan beliau terkejut dan sangat teruja untuk berusaha menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya sendiri walaupun pelbagai filem hantu dan seram ditontonnya lantas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu untuk merasai perasaan takut tersebut namun dia masih tidak dapat melihat kelibat makhluk halus disana. Qiss iaitu teman wanita Rafael berasa pelik dengan sikap Rafael itu lalu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhluk halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya dan akhirnya dia menerima satu mesej yang aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan itu maka Rafael telah disambut oleh seorang makcik tua bernama Mak Itam bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana Mak Itam mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ Mak Itam mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira bercampur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada sesuatu yang turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa maka Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka maka Rafael kembali ke rumah Mak Itam tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan anugerah itu? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda.

 Ulasan Hans:

Malaysia memang kaya dengan kisah - kisah seram dan hantunya. Sejak kecil kita sudah ditakut - takutkan atau pun mendengar kisah dari rakan sebaya tentang pelbagai hantu dan kisahnya. Filem Al-Hijab ini mengingatkan aku pada satu kisah yang diceritakan rakan aku tentang bagaimana manusia boleh melihat hantu disekelilingnya! Ada pelbagai cara namun bukan itu aku mahu katakan disini! Apa yang aku mahu katakan filem Al-Hijab adalah filem bergenre seram yang lari daripada tema rasuk, terjumpa botol atau bekas di laut, bercakap besar di dalam hutan,ilmu hitam atau sebagainya yang selalunya menjadi pilihan pengarah - pengarah di Malaysia untuk menghasilkan filem seram dan ini penyebabnya aku sukakan filem Al-Hijab ini!


Filem ini menonjolkan kisah seorang manusia yang tidak takutkan hantu atau mungkin boleh juga dikatakan manusia yang tidak ada perasaan takut dan apa yang aku suka tentang watak Rafael ini ialah watak tersebut berjaya ditonjolkan sebagai seorang manusia yang bukannya kelihatan seperti bercakap besar tetapi hakikatnya watak ini sememangnya terlalu berani dan ini adalah sesuatu yang agak menarik apabila melihat watak yang anti ketakutan akhirnya berjaya ditakutkan dengan begitu bergaya sekali.

 Antara Babak Menarik Di Dalam Filem Ini

Bagi aku pada 40 minit pertama penonton tidak lah terlalu ditakutkan atau tertekan dengan tahap keseramannya kerana ia masih pun belum memuncak dan dicampur dengan adegan romantis diantara watak Rafael(lakonan Pierre Andre) dan Qiss(lakonan Fathia) dimana filem ini baru bermula. Namun pada 10 minit pertama plot filem ini berjaya mengujakan aku sebelum kemudian ia lebih ke arah perhubungan di antara 2 watak itu serta perbualan yang panjang antara pengarah dan watak Rafael yang sedikit sebanyak mencacatkan momentum filem ini dan membosankan aku. Lakonan Fathia tidak lah terlalu manja dan tidak juga terlalu hebat. Ia berada di tengah - tengah dimana apabila aku menonton watak Qiss itu aku merasakan seperti ada kekurangannya yang boleh aku ibaratkan seperti aku sedang minum jus tembikai yang sedap diminum tetapi kurang sedikit manisnya. Jika lebih manis maka lebih bagus! Apa - apapun, lakonan Fathia masih boleh dipuji dalam beberapa adegan dan yang penting anda comel! Hahahaha! Lakonan Maimon Mutalib dan Pekin adalah terbaik bagi aku di dalam filem ini!

 Watak Mak Itam Dilakonkan Oleh Maimon Mutalib

Jalan ceritanya agak menarik cuma disini terdapat satu persoalan yang bermain di fikiran aku selepas aku keluar dari panggung! Watak Mak Itam(lakonan Maimon Mutalib) telah menghantar satu sms kepada Rafael dan sewaktu pertemuan mereka Rafael ada bertanya bagaimana Mak Itam mendapat nombornya dan bagaimana dia tahu hajat Rafael yang mahu membuka hijabnya. Namun Mak Itam tidak memberitahu dan cuma mengatakan yang beliau berhutang dengan arwah ibu Rafael dan ingin membayar hutang tersebut. Jadi, memang terdapat kekaburan disini tetapi bagi aku sendiri aku tidak mahu tahu pun bagaimana Mak Itam dapat menghubungi Rafael cuma apa yang ingin tahu ialah apakah hutang Mak Itam pada arwah ibu Rafael sehingga dia mahu membantu Rafael membuka hijabnya atas dasar membayar hutang. Itu satu persoalan yang aku rasa kurang jelas! Takkan Mak Itam hutang beli belacan pula kut dengan arwah mak Rafael? Hahahahaha!!

 Amboiii Akak Hantu!! Duduk Macam Nak Lari 100 Meter Jer! Hahaha!!

Dari segi komedi terdapat dua adegan yang boleh aku klasifikasikan dibuat untuk meredakan ketegangan penonton dan kedua - duanya berjaya iaitu pertemuan antara Mak Itam dan Rafael serta kejadian Rafael menumpang sebuah lori di mana di dalam lori tersebut terdapat 3 orang lelaki(Ngasrizal Ngasri, Munir serta seorang lagi yang aku tidak pasti siapakah pelakonnya) yang bagi aku cukup kelakar. Kelakar di dalam masa yang sama juga anda menjerit ketakutan(jika anda seorang penonton yang suka menjerit)! Cuba anda bayangkan anda ketawa sambil menjerit! Adegan itu memang menarik dan membuatkan aku ketawa(aku tidak menjerit tetapi orang sekeliling aku menjerit sambil ketawa)! Hahahaha!!

 Amboi Kak Hantu! Buat Apa Tu Sampai Mulut Jadi Lagu Tu?
Dulu - Dulu Menguap Luas Sangat Ku! Hahahahahaha!!

Dari segi kesan bunyi serta solekan pada hantu - hantunya bagi aku memang berjaya! Tiada kesan bunyi berlebih - lebihan dan ia membantu aku lebih fokus pada suasana filem tersebut dan kesan solekan hantu - hantunya yang lebih hidup dan menarik. Jika sebelum ini aku merasakan solekan hantu yang terbaik yang ada pada filem Malaysia datangnya daripada filem Khurafat maka kali ini aku rasa filem Al - Hijab telah merampas gelaran tersebut! Aku suka kerana hantunya bukan lagi spesies Hantu Rebonding tetapi pada mata kasar aku ia lebih kepada seorang nenek tua. Aku tak tahu lah nak kata macam mana! Nak kata nenek pun nampak tak macam nenek sangat lah tetapi apa aku boleh kata ia menyeramkan dan aku suka dengan wajah hantu - hantunya!

 Mungkin Aku Tak Akan Buka Blog Aku Nih
Malam Nanti Sebab Gambar Nih! Hahahaha!!

Kejadian yang berlaku pada watak Rafael ini terjadi terus dalam waktu semalam sahaja namun persoalannya disini ialah tentang jam, pukul dan minit yang ditonjolkan di dalam filem ini. Mungkin ia remeh tetapi aku rasa itu ialah satu kelemahan filem ini. Perjalanan Rafael ke rumah Mak Itam sudah mencecah waktu malam sebelum beliau membuka hijabnya. Kemudian pulang dan keretanya rosak sebelum beliau meminta pertolongan orang untuk menumpang. Kemudian dia berjalan kaki pergi kuarters yang dikatakan berhantu sebelum berlari pulang ke rumah dimana apabila tiba dirumahnya sahaja menunjukkan jam di telefon bimbitnya tertera pukul 1.48 pagi jika tidak silap aku. Aku sahaja terlebih rajin mencongak  - congak waktu bagi setiap kejadian dan aku rasakan seperti mustahil untuk semuanya terjadi begitu pantas sehingga sebegitu rupa. Adakah watak Rafael ialah bekas atlet 100 meter Malaysia? Apa - apapun, layankan sahaja lah! Hahahaha!! Cuma jika Pierre lebih peka tentang hal ini aku rasa tidak mustahil filem ini boleh menjadi antara filem terbaik tahun ini cuma sayangnya permainan masa yang ditonjolkan Pierre di dalam filem ini sebenarnya kurang menjadi.

 Salah Satu Adegan Menarik Di Dalam Filem Ini!

Aku juga sukakan elemen kejutan di dalam filem ini yang melibatkan watak Rafael serta watak 'Fathia' yang bagi aku agak menarik kerana aku tertipu dengan adegan itu. Aku menyukai adegan itu kerana adegan itu berjaya menipu aku! Hahahaha! Tetapi, alangkah indahnya jiwa adegan itu dipanjangkan sedikit supaya aku dan penonton lain lebih tertipu. Pengakhiran filem ini juga menarik walaupun aku sudah jangka dan apa aku boleh katakan filem Al-Hijab walaupun masih ada kelemahan dari segi persoalan yang aku kemukakan di atas namun bagi aku filem ini telah berjaya membantu Pierre Andre untuk dikenang sebagai pengarah filem seram terhebat meninggalkan filem hebatnya sebelum ini iaitu Jangan Pandang Belakang jauh ke belakang! Tahniah Pierre!

 Tahniah Pierre!

Jadi, apa yang aku boleh katakan aku sukakan filem ini kerana temanya lari daripada filem - filem seram yang dihasilkan pengarah lain sebelum ini. Aku sukakan unsur bunyi, penataan cahaya dan solekan hantu - hantunya! Aku suka elemen seram dan kejutan yang ada di dalam filem ini! Lakonan Pierre juga bagus dan lakonan pelakon lain seperti Fathia dan Maimon Mutalib juga menarik! Memang ada juga cacat celanya dimana pada minit ke-20 hingga ke-40 mungkin sedikit mengganggu momentum filem ini yang berjaya digerakkan dengan cukup baik pada 10 minit awal filem ini bermula tetapi aku tetap berpuas hati menonton filem ini dan mungkin aku membuat keputusan bijak tidak menonton filem ini pada waktu tengah malam semalam. Hahahaha! Adrenalin anda pasti memuncak apabila anda menonton filem ini bermula selepas minit ke-40 jika anda seorang yang sukar untuk ditakutkan! Tetapi, jika anda seorang yang penakut 10 minit terawal saja sudah membuatkan anda pecah peluh menontonnya! Jadi, selamat menonton!


P/S : Anda Berjaya Mengubah Tanggapan Awal Aku 100% Tentang Filem Ini Wahai Saudara Pierre Andre! Tahniah Buat Anda Dan Semua Krew! Filem Yang Menarik Cuma Jika Anda Lebih Peka Pada Permainan Masa Pasti Filem Ini Akan Menjadi Lebih Hebat! (^_^)Y

P/S Lagi : Bintang Tu Aku Bagi Tinggi Sebab Aku Suka Hantu - Hantu Dia Dan Tahap Terhibur Aku! Semua Hantu Dalam Filem Al-Hijab Jenis Atlet Punya! Hahahahahaha!! Tetapi, Dari Segi Kekuatan Jalan Cerita Aku Setuju Jika Mereka Berkata Filem Seru Lebih Bagus Kerana Permainan Masa Di Dalam Filem Seru Lebih Logik!

Catat Ulasan

41 Ulasan

  1. Masa Jangan Pandang Belakang, aku dah tertarik dengan Pierre Andre sebagai seorang pengarah filem seram. Beliau ada potensi.

    Akan cuba Al Hijab pula. :)

    BalasPadam
  2. review ko membuatkan aku nak tgk lak movie ni.. :)

    BalasPadam
  3. wahh . macam best je . nak tengok tapi xde kwn :(

    BalasPadam
  4. serius !!! ak nak nonton malam ni !

    BalasPadam
  5. ahaks...esok xde clas...rasa cam nk ajak member g tgk jer..adeheii

    BalasPadam
  6. kalau bab2 cite seram ni hg jgn nak cite kt aku.aku mmg suka sgt.haha.nk pi tgk la nnti.mmg JPB filem seram melayu yg buat aku rasa seram skli..harap2 kli ni lebih seram..yuhhh

    BalasPadam
  7. kalau bab2 cite seram ni hg jgn nak cite kt aku.aku mmg suka sgt.haha.nk pi tgk la nnti.mmg JPB filem seram melayu yg buat aku rasa seram skli..harap2 kli ni lebih seram..yuhhh

    BalasPadam
  8. ramai kata dahsyatttt cite ni. ei ngeri. saya ni penakut! -_-

    BalasPadam
  9. Hans memang tak pernah mengecewakan aq bab review filem ni...

    Tahniah la Hans..
    Aq nak tgk...hehe

    BalasPadam
  10. tgk trailer dia je nak menakutkan. :) tahniah pierre.rasa mcm meletup je cerita ni. :) nak kena tgk cerita ni.

    http://riffzam.blogspot.com

    BalasPadam
  11. ok filem andre ni aku harap best ckit lah.hahaha...xsabar nak tgk...takuttt

    BalasPadam
  12. tingginya rating.. berlainan pula dengan saya..

    BalasPadam
  13. PerangFilem : yups..sebab filem nih memberi kepuasan pada apa yang aku cari..walaupun Seru seram tetapi aku tetap sukakan Al-Hijab :-)

    BalasPadam
  14. Ingin sekali aku nak download cita nie nanti.. kekee...

    BalasPadam
  15. hans,, first,, popoi p tngok diewng shooting,, sbb dekat jerp ngn umh,,(dlm hujan pun p tngok gak)
    second,, kje dieowg sgt profesional,,third ,, crita ni popoi rse sgt2 mnarik,,dan forth , fathia comel,, yess2! hahaha ^_^

    BalasPadam
  16. filem ni mcm best tapi takut plak nak tgk :)

    BalasPadam
  17. best ke?kalau gtu..aku nak p tg0k.

    BalasPadam
  18. menarik sgt review filem nie.. memang nk pergi panggung wayang sekarang jer.. tapi tunggu adik sihat dlu baru leyh g... tak berani g sorang2.. huhuhuhu..penakut pocong gak eyhhhh~~hehehe

    BalasPadam
  19. tak sanggup nak tgk citer nih,seram...kompem saya tgk 5 minit jer...nak tgk movie breaking dawn jer...=)

    BalasPadam
  20. ko nyer preview kemain mengujakan ye,. i likee... huhuhu,antara filem wajib tonton tahun ini, hahaha!! ;D

    BalasPadam
  21. macam best cerit ani..kena tengok niii..

    BalasPadam
  22. rewie yg mnrik..rasa mcm nak p tgok je mlm ni..
    tambah kalu andre yg blkun :)

    BalasPadam
  23. alahaiii tgk gmbar pun dah seram, tgk tak tahu la.. mggu lepas ada pra tonton kat kampus ni.. tak pergi pun sbb malam.. huhuu.. Pierre, Fathia dan Maimon Mutalib datang..

    BalasPadam
  24. akan kutonton filem ini dalam tempoh terdekat.

    syabas untuk preview ini :)

    BalasPadam
  25. ni yg terhengen sgt nk tgk nih...tp tunggu dvd jer laa...

    akk pun plg takot antu pocong :p

    BalasPadam
  26. ah reviw kita lebih kurang sama.. tapi nampak bro lagi pakar pasal filem2 ni..yeah!! terbaik..

    tq singgah blog ashgive.com..:D

    BalasPadam
  27. 4.6 / 5???
    mmg best ea hans.
    x tgk lg ni.

    BalasPadam
  28. wahh pandai mereview. rase mcm x pyh tgok la. dah tau. bole?

    haha

    BalasPadam
  29. Hans : terima kasih kepada semua yang komen.

    BalasPadam
  30. nak kena cuba luangkan masa ni tengok filem al-hijab ni selepas baca ulasan dan rating yang baik untuk filem ini..:)

    BalasPadam
  31. hatoi... bile la nk free nie... cam best jea cite nie... arggghhh...

    BalasPadam
  32. oh hans..dah tentu ak xkan tgk cite ni...even jalan citer die strong n mnarek, ak ni pnakot..hahaha xbole tgk ceciter seram r hans....xbleh tido nnti

    BalasPadam
  33. Aduhh. Bila la nak tengok cerita serrrem nih!



    Cool gambar makhluk depan peti ais tu. Cari susu sejuk barangkali.




    Fathia cantik. kbai. ;D

    BalasPadam
  34. suka tengok gambar2 hantu ni..de la nampak seram sikit kalau tak ..adoii..

    citer khurafat seram??bagi mas tak seram langsung la pulak..adess..(he2~lain orang lain pandangan kn)

    BalasPadam
  35. hahaha mcm klaka je hantu2 tu xP

    p/s: esok kot aku pi tengok al-hijab..haha

    p/S: kopak aku bulan ni banyak sangat tgk wayang =,="

    BalasPadam
  36. budak filem ek?nice..

    lum ada kesempatan nak tengok citer ni ahh.. huuu

    BalasPadam
  37. Anif Abdullah : tak lah...cuma saya meminati filem tetapi ilmu saya tersangat kurang...jadi review saya pun tahap amatur jer lah :-)

    BalasPadam