Review Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn



Filem:
The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn


Pengarah:
Steven Spielberg


Genre:
Animasi, Aksi & Pengembaraan


Pelakon(Suara):
Jamie Bell, Andy Serkis, Danial Craig, Simon Pegg, Nick Frost & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Tintin yang merupakan seorang wartawan muda bersama anjingnya yang nakal iaitu Snowy. Kisah bermula sewaktu mereka berada di sebuah bandar di Eropah dimana Tintin membeli sebuah model kapal layar Unicorn dengan harga yang cukup berbaloi. Namun sewaktu beliau baru sahaja selesai membeli model kapal layar tersebut tiba - tiba terdapat dua orang lelaki iaitu Ivanovitch Sakharine dan Barnaby yang cuba tawar menawar untuk mendapatkan kapal tersebut namun Tintin tidak mahu menjualnya kerana beliau mahu menjadikan kapal tersebut sebagai koleksi peribadi. Disebabkan satu peristiwa dimana anjing Tintin iaitu Snowy bergaduh dengan kucing jirannya dan menyebabkan model kapal layar tersebut rosak. Tintin mula membuat kajian dan menemui sesuatu yang amat mengejutkannya. Lebih mengejutkan apabila model kapal layar beliau hilang dicuri dan Barnaby mati dibunuh sewaktu sedang cuba bercakap dengan Tintin. Nampaknya Tintin dan Snowy terpaksa mengejar pembunuh Barnaby dan disini barulah segalanya bermula. Tintin dan Snowy akan berjumpa dengan Captain Haddock yang merupakan kaki botol tetapi seorang yang lucu serta melihat sendiri kejahatan Ivanovitch Sakharine. Apa kaintannya antara Captain Haddock dengan Ivanovitch Sakharine? Mampukah Tintin membongkar rahsia kapal layar Unicorn tersebut? Saksikan filem yang cukup menarik ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Hans:

Aku cukup berpuas hati dapat menonton filem ini di dalam format 3D dan ini merupakan filem animasi pertama dimana aku berpeluang menontonnya di dalam format sedemikian. Sangat mengujakan, rasa berbaloi dan terasa mahu menonton sekali lagi. Seronok apabila melihat kehebatan grafik dan sinematografi filem ini yang nampak seperti nyata dan betul - betul memukau. Aku memang terasa seperti berada di dalam dunia Tintin apabila menyaksikannya di dalam 3D. Aku sarankan kepada yang ingin menonton filem ini agar menontonnya di dalam 3D kerana kepuasannya memang terjamin. Secara tak langsung filem ini mengubat kekecewaan aku sebelum ini(lihat entry sebelum review filem ini).

Hubungan Tintin Dan Snowy Yang Cukup Rapat

Jalan ceritanya menarik dan sedikit ringan! Watak Tintin  ini mengingatkan aku kepada Conan iaitu satu watak penyiasat yang terkenal di dalam animasi Jepun! Tintin seorang wartawan yang pada awalnya ditunjukkan kejayaannya menyelesaikan dan membongkar pelbagai kegiatan dan misteri. Dibantu pula oleh watak Snowy seekor anjing yang sangat lucu dan setia sememangnya anda akan sentiasa terhibur dengan keletah mereka. Apa aku boleh cakap filem ini memang lucu dan kelucuannya terdapat pada banyak watak antaranya watak Captain Haddock yang apabila mabuk akan bercakap yang bukan - bukan dan kelihatan seperti seorang manusia yang blur wataknya. Sudah tentu Snowy iaitu anjing Tintin juga menimbulkan unsur humor yang bukannya sedikit kerana anda sebagai penonton pasti akan terkekeh - kekeh ketawa melihat kecomelan dan ketangkasan karakter ini. Watak 2 orang penyiasat yang seakan - akan kembar(atau mungkin memang kembar..hahaha) iaitu Inspector Thompson dan Thomson yang sangat kelakar sewaktu menangkap seorang penyeluk saku yang tua.

Inspector Thompson dan Thomson Yang Sangat Kelakar

Sememangnya kebanyakkan dialog di dalam filem ini memang melucukan tetapi ia sangat berhubung kait dalam membina setiap watak - watak yang terdapat di dalam filem ini. Kesan bunyi dan skor muziknya juga sangat menarik. Sudah namanya animasi jadi meman ada adegan - adegan yang kurang logik tetapi seperti aku katakan tadi. Setiap babak seperti peperangan di atas kapal, di gurun serta aksi kejar mengejar sememangnya menarik dan kelihatan seakan - akan realiti. Aku agak kagum melihat sejumlah besar animasi yang menunjukkan populasi sesuatu tempat bernama Baggar yang kelihatan betul - betul seperti orang. Cukup teruja!

 Salah Satu Babak Yang Membuatkan Anda Tidak Berhenti Ketawa!

Ini adalah animasi jadi cubalah nikmatinya dengan senyuman. Aku dah tak tahu nak kata apa lagi! Apa yang aku boleh cakap aku sangat terhibur menonton Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn ini. Semuanya menarik dan memuaskan hati! Jadi, selamat menonton kepada anda semua dan nikmatilah pengembaraan Tintin dan Snowy dengan penuh kegembiraan!


P/S : Aku Masih Teringat Satu Watak Wanita Menyanyi Soprano Di Dalam Filem Ini Dan Bagaimana Seksanya Riak Muka Watak Captain Haddock Dan Snowy Mendengar Suara Wanita Tersebut! Hahahaha! Terbaik! (^_^)Y

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. yeah...mungkin ini ialah animasi terbaik yang aq pernah tengok....spielberg katakan...haha...

    BalasPadam
  2. kakiwayang : aku 1st time tengok filem animasi dalam 3D...rasa teruja betul...hahaha

    BalasPadam
  3. Memang best! Hehe. 1st time tgk movie in 3D. :D

    BalasPadam
  4. Rasa nak pergi tengok lah filem ni..3D lak tu..:)

    BalasPadam
  5. dulu kat library skolah aku ada komik tintin.layan dow.

    BalasPadam