Review Filem Memento



Filem:
Memento


Pengarah:
Christopher Nolan


Genre:
Drama, Misteri & Thriller


Pelakon:
Guy Pearce, Carrie-Anne Moss, Joe Pantoliano, Mark Boone Junior,
Jorja Fox, Stephen Tobolowsky, Harriet Samsom Harris & Etc.


Penilaian:
9 / 10


Tahun:
2000


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Leonard Shelby yang merupakan seorang bekas penyiasat insurans dan mengalami masalah memori jangka pendek(short term memory loss) dimana perkara terakhir yang diingatinya ialah kejadian isterinya mati dibunuh oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali. Kini dia cuba untuk mencari siapakah pembunuh isterinya yang kedua selepas pembunuh pertama telah berjaya dibunuhnya pada hari kejadian. Disebabkan masalah memori jangka pendek yang dihadapinya menyebabkan dia terpaksa menggunakan maklumat dari gambar, nota serta tatu yang dimiliki di seluruh tubuhnya untuk memburu pembunuh isterinya. Dalam mencari siapakah pembunuh isterinya itu maka dia telah bertemu dengan Teddy yang merupakan seorang anggota polis, Natalie seorang gadis bar dan Leonard juga sentiasa mengingati tentang sebuah kes sepasang suami isteri yang bernama Sammy Jankis dan Mrs. Jankis sewaktu dia bertugas sebagai penyiasat insurans dahulu. Namun apa yang menghairankan Leonard ialah dia tidak tahu dan tidak ingat siapakah yang memberikan gambar dan nota tersebut kepada Leonard? Bagaimanakah seluruh badannya mempunyai tatu tentang pembayang pembunuh isterinya? Adakah betul Teddy ialah seorang anggota polis? Apa hubungan Natalie dengan Leonard? Siapa sebenarnya Sammy Jankis dan Mrs. Jankis? Adakah Leonard akan bertemu dengan pembunuh isterinya dan berjaya membalas dendam? Saksikan filem yang cukup menarik ini untuk mengetahui jawapannya. Selamat menonton!

Ulasan Hans:

Aku kurang pasti apa maksud sebenar Memento. Mungkin maksudnya kenangan atau ingatan atau pun memori namun apa yang pasti filem ini sememangnya cukup menarik dan penuh teka - teki bermula daripada pengenalan awal filem ini hinggalah kepada penamatnya. Disebabkan aku baru sahaja berjinak - jinak menonton filem - filem sebegini maka semestinya ini adalah antara filem terawal aku tonton yang berkonsepkan penceritaan yang bermula daripada hadapan dan dipenuhi dengan kisah imbas kembali yang disusun dengan begitu baik dan cukup sempurna. Tetapi, konsep yang digunakan untuk filem ini sememangnya menarik dan setiap adegan imbas ke belakang itu pasti akan membuatkan sifat ingin tahu anda mencanak naik dan memuncak sentiasa.

Inilah Karakter Leonard Sherby

Apa yang membuatkan aku menyukai filem ini ialah tentang jalan ceritanya yang unik. Seorang lelaki yang mengalami masalah memori jangka pendek ini harus menyelesaikan misi mencari pembunuh isterinya tetapi dalam masa yang cukup singkat dia akan kembali lupa dan terpaksa bergantung kepada gambar yang dibelakangnya mempunyai tulisan tentang perihal individu tersebut, tatu di seluruh badannya yang semuanya memberi fokus kepada pembayang pembunuh isterinya serta kepingan nota yang semuanya seolah - olah permainan puzzle namun yang anehnya dari mana dia memperoleh semua benda tersebut membuatkan sifat ingin tahu aku bertambah kuat. Kemudian, aku dikelirukan pula tentang siapa sebenarnya pembunuh isteri Leonard ini dimana kebanyakkan karakter yang ditunjukkan mempunyai motif untuk dikaitkan sebagai pembunuh isteri Leonard. Melihat karakter Teddy dan Natalie yang pada mulanya baik namun adakalanya berubah menjadi sebaliknya juga membuatkan aku mula keliru dan semakin ingin tahu adakah mereka suspek utama. Adakah Teddy pembunuh sebenar atau pembunuh yang bertopeng itu bukannya lelaki tetapi wanita? Jika wanita adakah Natalie orangnya?

Siapa Sebenarnya Teddy?

Kemudian, aku dipertontonkan tentang babak imbas kembali berkenaan sepasang suami isteri dimana si suami bernama Sammy Jankis juga mengalami masalah yang sama dengan Leonard iaitu masalah memori jangka pendek dan bagaimana deritanya isteri Sammy Jankis yang begitu sayangkan suaminya dan tidak dapat menahan sedih melihat keadaan suaminya yang langsung tidak ingat tentang apa yang dilakukan walaupun perkara tersebut baru berlaku cuma dalam tempoh berapa puluh saat sahaja. Kemudian, isteri Sammy Jankis berjumpa dengan Leonard dan meluahkan perasaan sedihnya. Namun, aku tertanya - tanya apakah hubung kaitnya Leonard dengan mereka berdua ini? Adakah keadaan Leonard sekarang berpunya daripada sikapnya terhadap pasangan suami isteri itu? Adakah itu balasan kepada dosanya terhadap mereka?

Apakah Dosa Leonard Kepada Sammy Jankis?

Namun, semakin lama filem ini bergerak di dalam plotnya secara ke belakang maka semakin lama anda terpesona dengan segala maklumat yang merujuk tentang kisah lampau Leonard ini dan anda pasti akan menggelengkan kepala usai tamat sahaja menonton filem ini kerana tidak percaya dengan apa yang anda lihat. Suatu perkara yang cukup menarik dan membuatkan anda pasti kagum dengan karya Christopher Nolan ini. Aku mengesyorkan kepada peminat filem yang tidak pernah menonton filem Memento ini agar menontonnya dan tinggalkan komen anda di entri ini selepas menonton karya yang penuh dengan teka - teki yang disudahi dengan pengakhiran yang cukup gila tetapi menarik. Jadi, selamat menonton dan semoga anda semua terhibur. Sekian!

P/S : Esok Filem Bunohan Ditayangkan! (^_^)Y

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. because it is nolan's movie, it is sure a better one

    BalasPadam
  2. filem ni memang best. christopher nolan banyak filemnya yang best2..hehe aku tengok filem ni lepas layan inception...

    BalasPadam
  3. Saiazuan : yups...because of Nolan and his brother :-)

    Azuan : Inception best..banyak filem si Nolan nih boleh tahan..ending filem dia mesti gila...hahaha

    BalasPadam
  4. Sorry, nak post pawagam yg tayang Bunohan since Hans tak tau tmpt anda sama ada tayang atau tak.

    BUNOHAN Di Pawagam 8 Mac | In Cinemas 8 March. Semua tmpt ada BM subtitle tapi certain tmpt saja ada BI subtitle.

    JOHOR
    - Cathay Cineplex City Sq.
    - TGV Tebrau City
    - GSC Pelangi Leisure Mall JB
    - Big Cinema Batu Pahat
    - MBO Kluang
    - MBO Skudai City
    - LFS Segamat

    KUALA LUMPUR
    - TGV Wangsa Walk
    - TGV Suria KLCC
    - GSC Mid Valley (w/ English subtitles)
    - GSC Pavillion (w/ English subtitles)
    - GSC Berjaya Times Square
    - Big Cinema Brem Mall
    - MBO Festival City Mall Danau Kota

    KEDAH:
    - Grand Cineplex Sg. Petani
    - Jitra Mall

    MELAKA
    - GSC Dataran Pahlawan
    - LFS Mahkota

    NEGRI SEMBILAN
    - TGV Seremban 2
    - GSC Terminal 1

    PAHANG
    - GSC East Coast Mall
    - GSC Mega Mall Kuantan

    PERAK
    - TGV Kinta City, Ipoh

    PULAU PINANG
    - GSC Sunway Carnival
    - LFS Bukit Jambul

    PUTRAJAYA
    - GSC Alamanda

    SABAH
    - Growball KK

    SARAWAK
    - LFS Riverside Kuching

    SELANGOR
    - TGV Sunway Pyramid (w/ English subtitles)
    - TGV Bukit Tinggi, Klang
    - TGV Bukit Raja, Klang
    - TGV Cheras Selatan
    - TGV Mines Sri Kembangan
    - Cathay Cineplex Mutiara Damansara
    - GSC 101 Mall Puchong
    - GSC 1 Utama
    - MBO Galaxy Ampang
    - MBO Space U8 Mall Shah Alam
    - LFS Kuala Selangor

    TERENGGANU
    - TGV Mesra Mall

    BRUNEI (Dari 15 Mac)
    - Jing Hua Cineplex

    BalasPadam
  5. PerangFilem : terus sedih weh..dekat panggung rumah aku tak tayang filem Bunohan...nak kena pergi Jitra jauh pula...sob sob sob

    BalasPadam
  6. Oh harap dapat sabar dengan komen2 orang yg dah pegi tgk esok.. sabar2.
    hehe.

    BalasPadam
  7. bru je lepas tgk filem nihh. cuma tak bape faham ending cite dye :(

    BalasPadam
  8. missamy : eh? xkan xfaham kut? mudah jer filem ni. Kesimpulannya Leonard tu sebenarnya ada penyakit lupa ingatan dan segala yang dia lakukan tu berdasarkan catatan tatu dia tu sebenarnya tak boleh pakai sebab semua tatu tu dibuat dalam keadaan emosi...itu jer...hahaha

    BalasPadam