Review Filem Dark Shadows



Filem:
Dark Shadows


Pengarah:
Tim Burton


Genre:
Komedi & Fantasi


Pelakon:
Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Helena Bonham Carter,
Bella Heathcote, Chloe Grace Moretz, Gulliver McGrath & Etc.


Klasifikasi:
18 Tahun Ke Atas


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem yang bermula pada tahun 1752 berlatarkan Liverpool ini mengisahkan tentang keluarga Collins dimana bapa dan ibu bersama dengan anak bongsu mereka iaitu Barnabas Collins berpindah ke Maine. Di sana mereka mula menjalankan perniagaan perikanan dan akhirnya menjadi keluarga terkaya dan paling berpengaruh di bandar tersebut yang dinamakan Collinsport. Barnabas semakin menginjak dewasa dan ketampannya telah membuatkan salah seorang pembantu rumah terbabit iaitu Angelique Bouchard jatuh cinta padanya. Namun, akibat cintanya tidak dibalas maka Angelique yang mengamalkan ilmu sihir telah menyumpah Barnabas menjadi pontianak dan telah membunuh ibu bapa serta teman wanita Barnabas. Angelique kemudiannya telah menghasut penduduk kampung agar Barnabas dihalau daripada rumah dan kemudian Barnabas dikurung di dalam sebuah keranda lalu ditanam di dalam tanah hidup - hidup. Akhirnya Barnabas Collins bebas daripada keranda secara tidak sengaja oleh pekerja - pekerja di sebuah projek pembangunan selepas berada di dalamnya selama 196 tahun. Barnabas kemudian kembali ke rumah agamnya dan bertemu semula dengan generasi keluarga Collins yang masih hidup. Beliau mendapati kekayaan dan pengaruh keluarga Collins merudum dengan teruknya dan Angelique pula telah menjadi orang yang paling berpengaruh dan berkuasa di kawasan tersebut. Jadi, Barnabas Collins bertekad untuk menaikkan kembali imej serta martabat keluarga Collins dan pada waktu yang sama ingin membalas dendam terhadap Angelique Bouchard yang telah menyumpahnya menjadi pontianak dan menjadikan hidupnya terseksa sebelum ini. Namun, Barnabas terpaksa menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup masyakarat pada tahun abad berikut yang cukup asing baginya. Disamping itu juga Barnabas memerlukan sokongan serta bantuan daripada keluarga Collins yang lain yang masih sangsi dengan Barnabas. Berjayakah Barnabas melakukan perubahan dan secara tidak langsung kembali mengangkat pengaruh keluarga Collins? Berjayakah Barnabas membalas dendam terhadap Angelique? Saksikan filem menarik yang penuh kegelapan ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Apa yang membuatkan aku mahu menonton filem ini semestinya kerana nama - nama yang bagi aku agak besar dan punya pengaruh tersendiri dan mereka itu adalah Johnny Depp, Tim Burton serta Helena Bonham Carter. Filem ini berkembang dengan baik pada permulaan dan pertengahannya namun pengakhirannya mungkin sedikit mengecewakan kerana aku lebih gembira jika filem ini tidak mencampur aduk kan kisah pontianak serta serigala jadian. Aku tidak pernah menonton sirinya jadi ada beberapa watak yang aku kurang faham terutamanya watak tentang ibu David yang menjelma sebagai hantu dan apa yang menyebabkan ibunya menjadi sedemikian rupa masih belum dapat aku fahami sehingga kini.


Johnny Depp Sebagai Barnabas Collins


Johnny Depp memang sesuai melakonkan watak - watak sebegini yang adakalanya agak eksotik dan ia ibarat sedarah sedaging dengan diri Johnny sendiri. Namun, auranya untuk filem ini tidak sehebat atau gah seperti mana beliau muncul sebagai Willy Wonka di dalam filem Charlie and Chocolate Factory yang ditayangkan sekitar tahun 2005. Beliau masih kelakar sebagai Barnabas dan wataknya juga punya keunikannya tersendiri namun mungkin kerana Johnny telah muncul dengan watak yang lebih kuat pada filem - filemnya sebelum ini lalu menjadikan watak Barnabas tersebut sekadar satu watak yang memang menarik namun agak sukar untuk diingati selepas ini.


Terlalu Banyak Watak Dan Kisah Yang Mahu Dikongsikan!


Banyak watak serta persoalan yang mahu diberi perhatian seperti perhubungan antara David dan ibu bapanya, keinginan Doktor Julia Hoffman yang mahu hidup kekal abadi, ketamakan Elizabeth Collins dan pelbagai lagi walaupun perkara pokoknya kisah ini ialah tentang dendam di antara Barnabas serta Angelique. Ini secara tidak langsung sebenarnya menganggu titik utama kisah ini yang sepatutnya lebih memberi fokus kepada kisah permusuhan di antara Barnabas serta Angelique.


 Aku Sukakan Watak Doktor Julia Lakonan Helena Bonham Carter Ini!


Dari segi komedinya memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Johnny Depp memang berjaya melakukan tugasnya dengan bagus ditambah dengan dialognya yang walaupun kedengaran kasar tetapi ia membangkit humor penonton. Helena Bonham Carter yang memegang peranan sebagai Doktor Julia juga tidak kurang hebatnya dalam memperalatkan mimik wajahnya untuk menggeletek hati penonton. Kemunculan babak persembahan Alice Cooper pada pertengahan cerita juga agak menarik dan menghiburkan. Eva Green yang melakonkan watak antagonis sebagai Angelique wajar dipuji kerana ia berjaya menjadikan watak tersebut dibenci dan adakalanya mampu meraih sedikit simpati penonton.


 Sisi Hitam Angelique Berjaya Diterjemah Oleh Eva Green Dengan Baik


Apa yang cukup menggembirakan menonton filem ini ialah mengenai skor muziknya dimana lagu tema mahu pun lagu latar yang digunakan di dalam beberapa babak di dalam ini sememang sedap di dengar dan kena dengan latar masa kisah ini dipaparkan. Jadi, ia secara tidak langsung memang membantu menceriakan lagi filem ini. Penggunaan kostum yang berhubungan dengan latar waktu filem ini juga boleh dibanggakan. Kesimpulannya, filem ini memang masih berjaya dalam menghiburkan penonton namun ia bukanlah karya yang terbaik daripada kerjasama di antara Tim Burton dan Johnny Depp yang boleh dibanggakan di kemudian hari. Sekian!

P/S : Filem Apa Pula Agaknya Selepas Nih? (^_^)Y

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. waaa aku xtgok cite ni lagi T___T

    BalasPadam
  2. Saiazuan : rasa2 aku macam ada lagi seminggu lagi..sempat la kut ko nak tengok

    hawiz : :)

    mra mastura : hahaha...sila2 tgok..ajak abang IKEA gi tgok

    BalasPadam
  3. Panjang lebar ulasan untuk filem ini. 2 thumbs up. :-)

    BalasPadam