Filem Kaala Rajinikanth


Filem:
Kaala

Pengarah:
Pa. Ranjith

Genre:
Aksi, Jenayah, Drama

Pelakon:
Rajinikanth, Huma Qureshi, Nana Patekar,
Pankaj Tripathi, Anjali Patil, Samuthirakani & Etc.

Tarikh Tayangan:
27 April 2018

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Karikaalan yang juga dikenali sebagai Kaala yang melarikan diri dari Tirunelveli ke Mumbai sewaktu dia masih kecil. Tanpa disedari dia menjadi salah seorang pendatang yang terkuat di kawasan kumuh Dharavi dan berjuang untuk kehidupan orang-orang Tamil yang ditindas di Mumbai.

Trailer Rasmi Filem Kaala:


Harapan Hans:
Diharapkan filem Kaala ini mampu menebus kekecewaan aku sewaktu menonton filem Kabali sebelum ini. Melihat pada trailer filem ini, aku nampak harapan dan kegembiraan  yang bakal aku rasai kerana Super Star Rajinikanth kembali menjadi karakter yang sememangnya dinanti-nanti oleh ramai peminat beliau termasuk aku. Serius tak sabar nak tunggu tayangannya di Malaysia nih. Harap-harap tarikh tayangan di Malaysia pun sama macam di India iaitu 27 April 2018. Siapa sini peminat Rajinikanth? Sila komen di bawah yer. Hehehe!

Catat Ulasan

2 Ulasan