Review Filem The Vanishing


Filem:
The Vanishing

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Kristoffer Nyholm

Genre:
Ngeri

Pelakon:
Gerard Butler, Peter Mullan, Ólafur Darri Ólafsson, Connor Swindells & Etc.

Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019

Pengedar:
TGV Pictures

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang tiga orang pekerja rumah api iaitu James, Thomas dan Donald yang tiba di sebuah pulau tidak berpenghuni untuk bekerja di sana selama enam minggu. Tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan rutin harian mereka di pulau tersebut. Mereka telah menjumpai emas di dalam sebuah bot yang terkandas namun kejadian pembunuhan tanpa sengaja telah berlaku dan mengubah kehidupan mereka bertiga selepas itu secara drastik. Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 17 Januari 2019 untuk mengetahui jawapannya

Ulasan:

Filem The Vanishing yang dikatakan diinspirasikan daripada kisah benar dan diarahkan oleh pengarah Kristoffer Nyholm ini sebenarnya merupakan sebuah kisah yang diluar jangkaan aku. Secara peribadi, aku agak menyukai penceritaan filem ini yang walaupun momentum ceritanya sangat perlahan tetapi ia penuh dengan permainan emosi yang sebesar lautan seperti mana yang dapat ditonton di dalam filem yang berjaya mengubah watak protagonis kepada watak antagonis gara-gara situasi persekitaran mereka. Itu adalah hasil rumusan selepas selesai menonton filem ini di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre pada 20 Januari 2019 yang lepas.


Filem ini bagi aku banyak bermain dengan persoalan berkaitan psikologi manusia dan filem ini berjaya memaparkan tiga watak yang mempunyai tiga perwatakan berbeza serta berada di dalam kelompok umur yang berlainan antara satu sama lain. Setiap pelakon utamanya berjaya membina karakter untuk watak yang dipegang mereka dengan cukup baik. Jadi, disini aku dapat melihatan permainan warna ketiga-tiga watak ini pada setiap babak yang dipaparkan yang sentiasa berubah-ubah mengikut situasi.


Pada awalnya, filem ini bermula tanpa ada sebarang konflik yang menarik perhatian. Namun segalanya berubah apabila mereka terlihat seorang lelaki yang terdampar bersama bot yang dinaikinya. Mereka menyangka lelaki itu sudah mati dan cuba mengambil sebuah peti kayu sebelum tiba-tiba lelaki ini bangun lantas menyerang Donald dan cuba membunuhnya. Donald terpaksa bergelut dan tanpa sengaja telah terbunuh lelaki tersebut tanpa sengaja. Maka disinilah bermula konflik apabila rakan yang juga musuh si mati yang inginkan emas yang terdapat di dalam peti kayu tersebut datang untuk membunuh mereka bertiga. James, Thomas dan Donald yang pada asalnya bukannya seorang manusia yang ganas berubah secara drastik dan terpaksa melindungi diri serta jenayah yang dilakukan mereka tanpa niat dengan sekali lagi melakukan pembunuhan. Kejadian selepas itu lebih menyayat hati apabila James tanpa sengaja telah membunuh seseorang yang amat disayanginya. Akhirnya, tibalah konflik terbesar di dalam filem ini yang bagi aku digarap sangat cantik kerana ia seolah-olah memberi bayangan dan jawapan bahawa manusia sentiasa cuba untuk melenyapkan sesuatu perkara atau masalah yang membelenggu mereka dengan pelbagai cara diluar norma sebenar. Ini yang menjadikan filem ini walaupun tidak lah terlampau mengujakan namun masih mampu memberi impak terhadap aku untuk setia menonton sehingga ke akhir cerita.


Akhir kata, filem ini sebenarnya menampilkan plot cerita yang sangat mudah. Namun, yang memberikan filem ini satu kelainan ialah pemilihan cara menyelesaikan masalah yang diambil oleh ketiga-tiga watak utama yang memilih untuk menjadi protagonis dan antagonis pada waktu-waktu yang berlainan. Jadi, selamat menonton dan semoga terhibur dengan filem The Vanishing ini.

P/S : Filem Seterusnya Yang Akan Diulas Dalam Masa Terdekat Ialah Sebuah Filem Bollywood Yang Cukup Hebat Berjudul We Cheat India. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tonton film ni sebab hero G.Butler je, walaupon slow burn dan teori kehilangan mereka bertiga tu lari dari teori asal... tak sangka film ni bole dikatakan menarik juga. Tak sabar nak baca review Hans We Cheat India pula. Saya tunggu juga review Simmba, mungkin Hans skip film ni kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simmba rasanya tak sempat nak tengok dah
      hahahaha

      Padam