Dengan sukacitanya, Portal filem Rollo De Pelicula ingin berkongsi dengan para kaki wayang serta pembaca setia kami berkenaan 19 buah filem yang bakal ditayangkan sempena Senarai Filem Yang Bakal Ditayangkan Sempena Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) yang akan berlangsung di beberapa pawagam Golden Screen Cinemas terpilih di Kuala Lumpur (17 – 27 Oktober) dan Pulau Pinang (31 Oktober - 6 November).
Filem:
Les Invisibles
Bahasa:
Perancis
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
103 Minit
Genre:
Drama & Komedi
Pelakon:
Fatsah Bouyahmed, Marianne Garcia, Audrey Lamy, Déborah Lukumuena,
Noémie Lvovsky, Corinne Masiero, Pablo Pauly, Sarah Suco & Etc.
Pengarah:
Louis-Julien Petit
Penerbit:
Liza Benguigui
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ International Political Film Festival of Carcassonne 2018 (Best Director)
❖ Croisic Film Festival 2018 (Chabrol du jury, du Public & Young Audience)
❖ Festival international du Film de Pau 2019 (Audience Award )
Sinopsis:
Atas persetujuan pihak pentadbiran, L`Envol, sebuah rumah perlindungan golongan gelandangan wanita di Perancis, bakal ditutup. Sekumpulan pekerja sosial yang bekerja di rumah itu mencuba sedaya upaya untuk membantu golongan wanita yang tinggal di situ bersedia untuk memulakan hidup masing-masing di dunia luar. Tanpa protokol, mereka melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memalsukan maklumat, tetapi mereka hanya diberi masa tiga bulan.
Filem:
Ailo's Journey
Bahasa:
Finland
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
87 minit
Genre:
Dokumentari
Pelakon:
Peter Franzén, Aldebert, Prinssi & Etc.
Pengarah:
Guillaume Maidatchevsky
Penerbit:
Gaël Nouaille, Laurent Flahault & Laurent Baudens
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
U
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ European Cinema
❖ Ventana Sur Festival 2018
Sinopsis:
Sebuah filem mengenai seekor anak rusa kutub bernama Ailo, yang mengembara bersama ibunya ke serata daerah Lapland, Finland untuk bermigrasi. Dia perlu meredah hutan berpaya, hutan yang diselaputi ais, serakan laut di antara cerun-cerun serta ke puncak gunung yang tinggi. Dalam perjalanan, dia berdepan dengan pelbagai haiwan yang lain seperti musang, lemming, kucing lynx, burung helang, serigala, beruang, rusa elk, tupai dan ermine. Dengan bantuan ibunya untuk melarikan diri daripada bahaya, dia perlu belajar bagaimana untuk hidup berdikari setelah menjadi rusa dewasa.
Filem:
Quanto Basta (As Needed)
Bahasa:
Itali
Durasi:
94 Minit
Genre:
Drama & Komedi
Pelakon:
Vinicio Marchioni, Valeria Solarino, Luigi Fedele, Nicola Siri, Mirko Frezza, Benedetta Porcaroli,
Gianfranco Gallo, Alessandro Haber, Lucia Batassa, Giuseppe Laudisa & Etc.
Gianfranco Gallo, Alessandro Haber, Lucia Batassa, Giuseppe Laudisa & Etc.
Pengarah:
Francesco Falaschi
Penerbit:
Andrea Borella, Fabiano Gullane, Guglielmo Marchetti & Daniele Mazzocca
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Italian National Syndicate of Film Journalists 2018
Sinopsis:
Seorang chef berusia 40 tahun, Arturo, telah ditugaskan untuk melakukan kerja amal, iaitu menjadi guru memasak kepada sekumpulan pemuda yang menghidap sindrom Asperger di Institut San Donato. Guido, salah seorang pelajarnya, berusia 20 tahun, berbakat dan mempunyai minat mendalam terhadap masakan. Ketika dia ingin berpindah untuk menguruskan sebuah restoran, ahli psikologi di institut itu memintanya untuk menemani Guido ke sebuah pertunjukan bakat memasak di Tuscany sebagai mentornya. Dia turut mendapat tahu bahawa presiden juri acara tersebut adalah bekas rakan kongsinya, yang mana dia percaya telah merosakkan masa silamnya. Hari demi hari, hubungan persahabatannya dengan Guido semakin rapat dan perkara itu telah mengubah hidupnya.
Filem:
Beside Me
Bahasa:
Romania
Format Tayangan:
BluRay
Durasi:
84 Minit
Genre:
Drama
Pelakon:
Iulian Burciu, Grumăzescu Cezar, Victoria Cocias,
Constantin Cotimanis, Dana Porlogea, Constantin Drăgănescu & Etc.
Constantin Cotimanis, Dana Porlogea, Constantin Drăgănescu & Etc.
Pengarah:
Tedy Necula
Penerbit:
Anca Vlasceanu & Tedy Necula
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ I Will Tell Film Festival London 2018 (Best Feature Drama)
❖ Militello Film Festival 2018 (Best Editing Award)
Sinopsis:
Kebakaran di Collective Club telah menyebabkan sebuah kereta api bawah tanah diberhentikan operasi pada keesokan paginya. Para penumpang, yang mana setiap daripada mereka terdiri dari latar belakang berbeza, mula berinteraksi sesama sendiri. Mereka kemudiannya mula berkongsi cerita tentang kisah hidup masing-masing walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Filem:
Don’t Stop Me Now
Bahasa:
Itali
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
98 Minit
Genre:
Komedi
Pelakon:
Paola Cortellesi, Stefano Fresi, Vinicio Marchioni, Lucia Mascino, Ricky Memphis, Paola Minaccioni,
Giampaolo Morelli, Claudia Pandolfi, Carla Signoris, Remo Gironi & Etc.
Giampaolo Morelli, Claudia Pandolfi, Carla Signoris, Remo Gironi & Etc.
Pengarah:
Riccardo Milani
Penerbit:
Vision Distribution
Tahun Terbitan:
2019
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Golden Ciak Awards 2019 (Best Supporting Actress - Nominee)
❖ Italian National Syndicate of Film Journalists 2019 (Best Actor & Best Actress in a Comedy)
❖ Premio Internazionale Flaiano 2019
Sinopsis:
Di sebalik hidup Giovanna, seorang akauntan yang bekerja di Kementerian dan perlu membahagi masa antara kerjayanya, komitmen sekolah anak serta perlian dari ibunya, dia sebenarnya adalah seorang ejen rahsia yang ditugaskan dalam misi-misi antarabangsa yang merbahaya. Ketika berkumpul semula dengan bekas rakan-rakan sekolah tingginya, dia mendapat tahu mereka juga menghadapi nasib yang sama dalam kehidupan seharian. Dia kemudiannya memulakan satu misi baru, iaitu membantu orang-orang yang dia sayangi serta menegakkan keadilan bagi rakan-rakannya.
Filem:
In the Aisles
Bahasa:
Jerman
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
121 Minit
Genre:
Drama
Pelakon:
Sandra Hüller, Franz Rogowski, Peter Kurth & Etc.
Pengarah:
Thomas Stuber
Penerbit:
Jochen Laube & Fabian Maubach
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Athens International Film Festival 2018 (Best Screenplay)
❖ Berlin International Film Festival 2018 (Golden Berlin Bear for Best Film)
❖ German Film Awards 2018 (Best Actor & Outstanding Feature Film - Nominee)
❖ German Screenplay Award 2015
❖ Guenter Rohrbach Filmpreis 2018 (Best Film & Best Actor)
❖ Napoli Film Festival 2018 (Best Film)
❖ Valladolid International Film Festival 2018
Sinopsis:
Christian merupakan seorang lelaki pemalu dan suka menyendiri yang baru sahaja diberhentikan kerja. Dia kemudiannya diambil bekerja di sebuah pasaraya dan mula berkawan baik dengan Bruno, pekerja di bahagian minuman yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya, termasuk cara mengendalikan jentera pengangkut. Dia turut berkawan dan jatuh hati dengan Marion, seorang pekerja di bahagian konfeksioneri yang sudah berkahwin. Hari demi hari, dia semakin selesa bekerja di situ bersama pekerja-pekerja lain. Bagaimanapun, dia mula berasa tidak tentu arah apabila Marion tiba-tiba mengambil cuti sakit.
Filem:
Jack Strong
Bahasa:
Poland, Rusia & Inggeris
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
128 Minit
Genre:
Drama, Politik Thriller & Fiksyen
Pelakon:
Marcin Dorociński, Maja Ostaszewska, Patrick Wilson, Dimitri Bilov,
Dagmara Dominczyk, Oleg Maslennikov, Krzysztof Pieczynski & Etc.
Dagmara Dominczyk, Oleg Maslennikov, Krzysztof Pieczynski & Etc.
Pengarah:
Władysław Pasikowski
Penerbit:
Klaudiusz Frydrych, Roman Gutek & Sylwia Wilkos
Tahun Terbitan:
2014
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Camerimage 2014 (Polish Films Competition - Nominee)
❖ Polish Film Awards 2015 (Best Actress & Audience Award - Nominee)
❖ Polish Film Festival 2014 (Best Costume Design & Best Director) Puchon International Fantastic Film Festival 2014 (Nominee)
Sinopsis:
Berdasarkan kisah benar mengenai Kolonel Ryszard Kuklinski, seorang pegawai tentera Poland, yang memainkan peranan penting dalam pertempuran menentang Kesatuan Soviet ketika berlakunya Perang Dingin. Dia bertindak sebagai perisik kepada CIA menggunakan nama Jack Strong selama beberapa tahun, walaupun perbuatannya itu meletakkan dirinya dan keluarganya dalam bahaya.
Filem:
King of the Belgians
Bahasa:
Belanda
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
94 minit
Genre:
Drama & Komedi
Pelakon:
Peter Van Den Begin, Lucie Debay, Goran Radaković,
Nathalie Laroche, Titus De Voogdt, Valentin Ganev
Pengarah:
Peter Brosens & Jessica Woodworth
Penerbit:
Peter Brosens & Jessica Woodworth
Tahun Terbitan:
2016
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Avanca Film Festival 2018 (Best Feature Film & Best Screenplay)
❖ Cinequest San Jose Film Festival 2017 (Best Film)
❖ Créteil International Women's Film Festival 2018 (Best Feature)
❖ European Film Awards 2017 (European Comedy)
❖ European Parliament LUX Prize 2017 (Nominee)
❖ Film Festival Oostende 2017 (Best Screenplay)
❖ Magritte Awards 2018 (Best Actor)
❖ Odessa International Film Festival 2017 - Grand Prix (audience award)
❖ Rotterdam International Film Festival 2017
Sinopsis:
Raja Nicolas III sentiasa merasakan dia menjalani hidup yang tidak sesuai baginya. Ketika sedang melakukan lawatan rasmi ke Istanbul, dia telah menerima berita bahawa Belgium tidak lagi wujud selepas daerah Wallonia tiba-tiba mengisytiharkan kemerdekaan. Apabila dia merancang untuk pulang, sebuah ribut solar telah melanda kawasan itu menyebabkan semua alatan komunikasi terputus dan penerbangan terpaksa dihentikan. Pada masa yang sama, dia turut dihalang oleh anggota keselamatan Turki untuk pulang menggunakan jalan raya. Bersama-sama rombongannya, Raja Nicolas III perlu mencari jalan keluar dari Istanbul untuk pulang ke Belgium.
Filem:
Lada Kamenski
Bahasa:
Croatian
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
71 minit
Genre:
Drama & Komedi
Pelakon:
Frano Mašković, Nataša Dorčić, Ksenija Marinković, Doris Šarić-Kukuljica,
Dijana Vidušin, Ana Maras Harmander & Etc.
Dijana Vidušin, Ana Maras Harmander & Etc.
Pengarah:
Sara Hribar & Marko Šantić
Penerbit:
Jure Pavlović & Bojan Kanjera
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Montréal World Film Festival (First Fiction Films Competition - Nominee)
❖ Pula Film Festival 2018 (FEDEORA Award for Best Croatian Feature Film)
❖ Golden Arena Award for Best Lead Actress & Best Screenplay
❖ Balkan New Film Festival 2019 (Jury's Special Prize for the Women in Film Achievement)
Sinopsis:
Seorang pengarah muda, Franco, sedang membuat persiapan untuk membikin filem cereka pertamanya. Ia sebuah naskhah mengenai seorang wanita yang terjejas dengan kejatuhan industri tekstil di Croatia, diinspirasi oleh mak cik Frano yang pernah bekerja di kilang menjahit. Untuk mencari pelakon utama filem itu, dia menjemput tiga aktres untuk sesi latihan di apartment miliknya. Apabila ketiga-tiga wanita itu menyedari mereka bersaing untuk watak yang sama, perkara tidak dijangka berlaku.
Filem:
Out
Bahasa:
Hungary
Format Tayangan:
Blu-ray
Durasi:
89 minit
Genre:
Drama & Fiksyen
Pelakon:
Judit Bárdos, Attila Bocsárszky, Viktor Nemets, Guna Zarina, Éva Bandor, Ivars Brakovskis,
Ieva Norvele, Varis Klausitajs, Sándor Terhes, Ieva Aleksandrova-Eklone & Etc.
Ieva Norvele, Varis Klausitajs, Sándor Terhes, Ieva Aleksandrova-Eklone & Etc.
Pengarah:
Gyorgy Kristof
Penerbit:
Ferenc Pusztai & Marek Urban
Tahun Terbitan:
2017
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Art Film Festival 2017 (Best Film - Nominee)
❖ Cairo International Film Festival 2017 (Best Film - Nominee)
❖ Cannes Film Festival 2017 (Nominee)
❖ Trieste Film Festival 2018 (Best Feature Film, Nominee)
❖ Sun in a Newt Awards 2018 (Best Supporting Actress)
Sinopsis:
Seorang jurutera penjana kuasa berusia 50-an dari Slovakia, Ágoston, baru sahaja diberhentikan kerja. Dia kemudiannya telah pergi ke Latvia demi mencari kerja baru yang lebih baik serta meneruskan impiannya untuk memancing. Dalam perjalanan ke sana, dia telah berdepan pelbagai cabaran serta terlibat dengan situasi yang merumitkan.
Filem:
Sami Blood
Bahasa:
Sweden & Inggeris
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
110 Minit
Genre:
Drama
Pelakon:
Lene Cecilia Sparrok, Mia Erika Sparrok, Maj Doris Rimpi & Etc.
Pengarah:
Amanda Kernell
Penerbit:
Lars G. Lindström
Tahun Terbitan:
2016
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Guldbagge Awards 2018 (Audience Award, Best Actress, Best Screenplay & Best Editing)
❖ European Parliament LUX Film Prize 2017
Sinopsis:
Elle Marja, 14, adalah seorang gadis rusa sindang. Terdedah kepada perkauman pada tahun 1930 dan peperiksaan biologi bangsa di sekolah asrama dia mula bermimpi tentang kehidupan yang lain. Untuk mencapai kehidupan yang lain dia harus menjadi orang lain dan memecahkan semua hubungan dengan keluarganya dan budaya.
Filem:
So Help Me God
Bahasa:
Perancis
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
100 minit
Genre:
Dokumentari
Pelakon:
Anne Gruwez, David Derumier, Serge Graide, Marc Slavic, Eddy Wilmet & Etc.
Pengarah:
Yves Hinant & Jean Libon
Penerbit:
Le Bureau Films
Tahun Terbitan:
2017
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ César Awards 2019 (Best Documentary Film)
❖ Festival International du Film Grolandais de Toulouse 2017 (Amphore d'Or & Amphore du peuple)
❖ Magritte Awards 2019 (Best Documentary)
❖ San Sebastián International Film Festival 2017 (SIGNIS Award & Best Actress)
Sinopsis:
Filem yang memaparkan kisah seorang hakim yang luar biasa iaitu Anne Gruwez yang membawa kita melihat di belakang tabir kisah jenayah dan kehidupan sebenar yang sebelum ini tidak berani diceritakan di dalam mana-mana filem lain sebelum ini.
Filem:
Stefan Zweig: Farewell To Europe
Bahasa:
Jerman, English, Sepanyol, Portugis & Perancis.
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
106 Minit
Genre:
Drama & Biografi
Pelakon:
Josef Hader, Barbara Sukowa, Aenne Schwarz, Matthias Brandt, Charly Hübner,
Lenn Kudrjawizki, Vincent Nemeth & Etc.
Lenn Kudrjawizki, Vincent Nemeth & Etc.
Pengarah:
Maria Schrader
Penerbit:
Stefan Arndt, Danny Krausz & Denis Poncet
Tahun Terbitan:
2016
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Austrian Film Award 2017 (Best Makeup)
❖ Bavarian Film Awards 2017 (Best Direction)
❖ European Film Awards 2017 (Winner Audience Award)
❖ German Film Critics Association Awards 2017 (Best Actor & Best Cinematography)
Sinopsis:
Stefan Zweig merupakan salah seorang penulis berbahasa Jerman. Sebagai seorang intelektual Yahudi, Zweig berjuang untuk mencari pendirian yang tepat terhadap peristiwa di Nazi Jerman ketika mencari rumah di dunia barunya.
Filem:
Stranger in Paradise
Bahasa:
Belanda
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
73 Minit
Genre:
Dokumentari
Pelakon:
Valentijn Dhaenens
Pengarah:
Guido Hendrikx
Penerbit:
Frank van den Engel
Tahun Terbitan:
2016
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Amsterdam International Documentary Film Festival 2016 (Special Jury Award)
❖ Bergen International Film Festival 2017 (Documentaire Extraordinaire - Nominee)
❖ Biografilm Festival 2017 (Audience Award & Best Debut Film)
❖ European Film Awards 2017 (European Documentary - Nominee)
❖ DocAviv Film Festival 2017 (Depth of Field Competition - Nominee)
❖ Madrid International Documentary Film Festival Fugas 2017
❖ Millennium Docs Against Gravity (Best Actor-Director Collaboration in a Fiction/Non Fiction Film Award - Amnesty International Award)
❖ St. Petersburg Message to Man Film Festival 2017 (Russian Press Prize & Student Jury Prize)
Sinopsis:
Berlatar belakangkan kepulauan Sicily, sekumpulan pendatang asing diajar oleh seorang guru mengenai realiti kehidupan mereka di Eropah menggunakan Matematik. Namun begitu, guru tersebut mempunyai dua perwatakan berbeza, kadangkala dia akan menghancurkan impian pendatang asing tersebut untuk mendapat pekerjaan dan kadangkala dia bersimpati dengan mereka.
Filem:
The Conductor
Bahasa:
Inggeris
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
140 Minit
Genre:
Drama
Pelakon:
Christianne de Bruijn, Benjamin Wainwright & Etc.
Pengarah:
Maria Peters
Penerbit:
Dave Schram
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ SCENECS International Debut Film Festival 2018 (Best Acting Talent Award)
Sinopsis:
Berdasarkan kisah sebenar seorang manusia kelahiran Belanda, AS mengangkat Antonia Brico yang merupakan konduktor wanita pertama. Tiada siapa yang menganggap serius cita-cita beliau kerana dia merupakan seorang wanita. Tambahan pula, semua orang yang berada di sekelilingnya tidak menggalakkannya untuk mengikuti minatnya yang mendalam tersebut. Namun, disebakan ketabahannya yang luar biasa menjadikan dia sebagai wanita pertama yang mengendalikan Orkestra Philharmonic Berlin. Tetapi, tekanan emosi telah mengancam dirinya apabila hal cintanya telah meletakkannya dalam kedudukan yang sukar. Apakah pilihan yang akan dibuat oleh Antonia?
Filem:
The King's Choice
Bahasa:
Norway
Format Tayangan:
Blu-ray
Durasi:
131 Minit
Genre:
Drama & Aksi
Pelakon:
Jesper Christensen, Karl Markovics, Anders Baasmo Christiansen, Tuva Novotny, Katharina Schuettler & Etc.
Pengarah:
Erik Poppe
Penerbit:
Finn Gjerdrum & Stein B. Kvae
Tahun Terbitan:
2016
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ European Film Awards 2017 (Feature Film Selection)
Sinopsis:
Pada tanggal 9 April 1940, tentera Jerman telah menyerang Oslo. Raja Norway berhadapan dengan pilihan yang akan mengubah negaranya selama-lamanya. The King's Choice adalah sebuah filem epik mengenai peristiwa-peristiwa sebenar yang berlaku dan mengubah seorang lelaki yang berani menjadi seorang raja di mata rakyat.
Filem:
The Last Touch
Bahasa:
Swiss-Jerman
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
96 minit
Genre:
Komedi & Fiksyen
Pelakon:
Monica Gubser, Delia Mayer, Suly Röthlisberger, Peter Jecklin, Daniel Bill, Aniko Donath, Stella Mayer & Etc.
Pengarah:
Rolf Lyssy
Penerbit:
Anne-Catherine Lang & Olivier Zobrist
Tahun Terbitan:
2017
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Montréal World Film Fetsival 2018 (Best Film in World Competition - Nominee)
❖ Music + Sound Awards, International 2018 (Best Original Composition - Nominee)
❖ Swiss Film Prize 2018 (Best Actress - Nominee)
Sinopsis:
Gertrud (89) hanya mempunyai satu perkara di dalam fikirannya apabila dia tersenyum kepada lelaki di dalam talian walaupun dia sendiri tidak mengingati pernah melakukannya. Nampaknya, peringkat akhir kehidupannya bakal berakhir di wad dementia. Tetapi, ahli terapi serta keluarganya telah dipujuk untuk menghormati permintaannya yang terakhir.
Filem:
The Romantic Exiles
Bahasa:
Sepanyol, Perancis& Itali
Format Tayangan:
DCP
Durasi:
70 Minit
Genre:
Drama & Fiksyen
Pelakon:
Vito Sanz, Francesco Carril, Luis E. Parés, Renata Antonante, Isabelle Stoffel, Miren Iza, Vahina Giocante & Etc.
Pengarah:
Jonás Trueba
Penerbit:
Los Ilusos Films
Tahun Terbitan:
2015
Klasifikasi:
P13
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Málaga Spanish Film Festival 2015 (Special Jury Prize for Best Music)
Sinopsis:
Tiga kawan dalam lingkungan tiga puluhan, pemimpi dan lebih sibuk dengan diri mereka daripada perkara lain. Mereka bertiga bergerak ke Paris dengan sebuah van oren. Perjalanan mereka bermula dari Madrid dan melalui Barcelona, Annecy dan Toulouse. Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan wanita yang mempunyai cerita romantis bersama-sama. Mereka mula berdebat dan berfalsafah, bergurau dan menghabiskan banyak masa yang mereka tidak akan lupakan. Filem The Romantic Exiles adalah sebuah filem jalanan yang menawan dan mengagumkan dengan penuh petikan sastera dan sinematik.
Filem:
Winter Flies
Bahasa:
Czech
Format Tayangan:
BluRay
Durasi:
82 minit
Genre:
Fiksyen
Pelakon:
Tomáš Mrvík, Jan Uher, Lenka Vlasáková, Eliška Křenková, Martin Pechlát & Etc.
Pengarah:
Olmo Omerzu
Penerbit:
Antonín Šilar & Jiri Konecny
Tahun Terbitan:
2018
Klasifikasi:
18+
Senarai Anugerah Yang Diterima:
❖ Czech Lion Awards 2019 (Best Movie, Best Director, Best Screenplay & Best supporting actor and actress)
Sinopsis:
Filem 'road movie' yang menceritakan hubungan persahabatan kanak-kanak dan keinginan mereka untuk mengetahui atau mengalami sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak tahu atau pasti tentang akibatnya.
0 Ulasan