Review Filem Thambi


Filem:
Thambi 

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Jeethu Joseph

Genre:
Aksi & Drama

Pelakon:
Karthi, Jyothika, Sathyaraj, Nikhila Vimal, Seetha, Sowcar Janaki, Bala Singh & Etc.

Pengedar:
DMY Creation Sdn Bhd

Tarikh Tayangan:
20 Disember 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Vicky yang merupakan seorang penipu profesional yang suba mengambil kesempatan atas orang lain. Pada suatu hari, dia berpeluang untuk memperdayakan satu keluarga yang percaya bahawa dirinya adalah ahli keluarga mereka yang telah lama terpisah. Dia mengambil kesempatan tersebut untuk hidup di dalam kekayaan namun dia akhirnya menyedari terdapat satu rahsia yang telah disembunyikan oleh keluarga tersebut. Apakah sebenarnya rahsia yang dapat dihidu oleh Vicky? Saksikan filem yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 20 Disember 2019 untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem Tamil yang agak menarik berjudul Thambi bertempat di TGV Cinemas Jaya Centre pada 25 Disember 2019 yang lepas. Ini adalah kali kedua kami menonton karya arahan Jeethu Joseph selepas filem Kaithi dan diakui pengarah ini memang suka mengarahkan filem yang menampilkan permainan plot atau plot twist yang menarik. Filem yang bertemakan hubungan kekeluargaan ini berjaya digerakkan dengan cukup baik melalui misteri yang dirungkaikan satu demi satu dengan menyuntik elemen thriller sehingga berjaya mengelirukan kami sebagai penonton tentang kesudahan akhir filem ini yang boleh dikatakan agak menyeronokkan.


Filem Thambi ini sebenarnya mengisahkan seorang wanita iaitu Parvathy yang mengharapkan agar adik lelakinya iaitu Saravanan kembali pulang ke rumah setelah menghilangkan diri lebih 15 tahun. Bapanya yang merupakan ahli politik iaitu Gnanamoorthy serta ibu dan neneknya juga mengharapkan perkara yang sama. Jadi, apabila bapa Parvathy mendapat berita daripada pengikutnya tentang penemuan Vicky yang disyaki sebagai Saravanan dan kemudian disahkan oleh bapa Parvathy maka filem ini mula menjadi semakin menarik kerana penonton sebelum ini telah disajikan bahawa Vicky sememangnya sebagai seorang kami penipu. Jadi, bagaimana Moorthy terlalu yakin bahawa Vicky adalah anak lelakinya yang telah menghilang sejak 15 tahun yang lepas. Ditambah pula dengan kemunculan kekasih lama Saravanan iaitu Sanjana yang membuatkan plot penceritaan filem ini semakin rumit dan mula menimbulkan pelbagai tanda tanya yang menarik untuk dijawab oleh kami sebagai penonton.


Filem Thambi dilihat berjaya menimbulkan banyak momen yang menegangkan dimana terdapat dua permainan plot atau plot twist yang sememangnya di luar jangkaan iaitu pada bahagian pertengahan serta bahagian akhir filem ini. Dibantu pula oleh lakonan Karthi, Jyothika dan Sathyaraj membuatkan kami sebagai penonton juga turut sama terpengaruh dan percaya dengan apa yang dipersembahkan sebelum akhirnya menyedari muslihat serta penipuan yang cuba disembunyikan disebalik topeng salah satu watak ini. Ini adalah antara perkara yang kami suka di dalam filem Thambi. Walaupun begitu, filem Thambi tidak kuat dari sudut romantisnya apabila babak-babak melibatkan Vicky dan Sanjana dilihat langsung tidak menarik apatah lagi meyakinkan. Namun, ia berjaya diselamatkan dengan perkara-perkara lain seperti yang kami nyatakan lebih awal serta unsur humor yang boleh dikatakan berjaya menggeletek hati anda untuk ketawa besar menonton keseluruhan filem ini.


Jadi, selamat menonton filem Thambi di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 20 Disember 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Ulasan Filem Seterusnya Yang Kami Akan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Yang Cukup Hebat Iaitu Bombshells. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

0 Ulasan