Review Filem Dagaalty @ Dackalti


Filem:
Dagaalty / Dackalti

Penilaian:
4/10

Pengarah:
Vijay Anand

Genre:
Aksi & Komedi

Pelakon:
Santhanam, Rittika Sen, Yogi Babu, Radha Ravi & Etc.

Pengedar:
Lotus Five Star

Tarikh Tayangan:
31 Januari 2020

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang lelaki penipu yang pada mulanya cuba menipu seorang wanita untuk diserahkan kepada lelaki kaya psiko demi mendapatkan wang. Namun, lelaki itu berubah fikiran apabila menyedari dia mulai jatuh cinta dengan gadis tersebut. Saksikan filem yang melucukan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 31 Januari 2020 untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem  tamil berjudul Dackalti @ Dagaalty bertempat di TGV Cinemas Jaya Centre pada 1 Februari 2020 yang lepas. Filem ini sekadar sebuah filem yang boleh membuatkan anda terhibur tetapi arah tujunya dilihat entah kemana. Kami melihat filem ini cuba untuk menguasai dua elemen utama iaitu komedi dan aksi namun segala-galanya dilihat kucar-kacir dimana kami sendiri pun keliru melihat apa sebenarnya yang filem ini ingin sampaikan kepada penonton.


Menonton filem ini memberi kami satu kesimpulan mudah dimana jalan cerita yang cuba disampaikan sememangnya sehala disamping dipenuhi dengan elemen humor yang hanya sebahagiannya sahaja menjadi walaupun filem ini dilakonkan oleh dua pelakon komedi yang hebat iaitu Santhanam dan Yogi Babu. Menyentuh tentang logik maka dapat dikatakan bahawa filem ini sememangnya penuh dengan adegan yang bukan sahaja tidak logik tetapi pelik dan penuh lompong. Masalah terbesar filem ini ialah ianya tidak tahu apa genre sebenar yang perlu diberi fokus utama. Komedi? Aksi? Drama? Jenayah? Setiap elemen ini sentiasa bertukar ganti tanpa mempunyai kesinambungan yang baik yang secara tidak langsung mencacatkan jalan cerita filem ini yang tampak lemah dan tidak bermaya. 


Perkara yang menyelamatkan filem ini pada kami hanyalah keserasian menarik yang terdapat pada pelakon Santhanam dan Yogi Babu yang berjaya menggeletek hati penonton dengan keletah mereka. Selain itu, kami merasakan tiada sebarang perkara menarik yang boleh dilihat tentang filem ini yang mana perihal penting tentang kisah jenayah atau watak antagonisnya juga dilihat malap dan tidak memberi kesan apa-apa. Paling menyedihkan ialah pengakhiran filem ini yang pada kami tersangatlah 'malas' dan sangat membuang masa. Kesimpulannya, filem ini boleh membuatkan kami ketawa tetapi ianya bukan lah sebuah filem seperti mana yang kami harapkan pada awalnya.


Jadi, selamat menonton filem Dagaalty di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 31 Januari 2020 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Anime Daripada Jepun Berjudul Hello World. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

0 Ulasan