Review Filem Godzilla Vs. Kong

 

Filem:
Godzilla Vs. Kong

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Adam Wingard

Genre:
Aksi, Sains Fiksyen & Thriller

Pelakon (Suara):
Alexander Skarsgard, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, 
Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González & Etc.

Pengedar:
Warner Bros. Pictures

Tarikh Tayangan:
25 Mac 2021

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan pertembungan antara dua makhluk dominan iaitu Godzilla dan Kong yang merisaukan umat manusia yang berjuang untuk masa depan yang lebih aman. Penduduk dunia mula risau apabila Godzilla kembali mengganas dan merosakkan kemudahan-kemudahan sebuah syarikat berteknologi tinggi. Usaha cuba dilakukan untuk menewaskan Godzilla dengan menggunakan Kong. Namun, tanpa sedar ada satu konspirasi jahat dimainkan pihak tertentu untuk cuba menangguk di air keruh dan cuba membunuh kedua-dua makhluk dominan ini untuk menguasai dunia. Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 25 Mac 2021 untuk mengetahui kisah seterusnya. 

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton filem Godzilla Vs. Kong ini pada 25 Mac 2021 yang lepas. Sebuah filem yang memang dinanti-nantikan oleh kaki wayang seluruh Malaysia dimana masing-masing menantikan adakah pertarungan antara dua raksasa ini layak digelar pertarungan epik pada tahun 2021 ini. 


Secara jujurnya, kami melihat plot penceritaan filem ini hanya berada di paras biasa. Tiada keunikan yang menarik untuk diingati. Segala-galanya sudah boleh dijangka dan tidak lebih sekadar sebuah lagi filem yang mengitar semula konsep filem-filem terdahulu. 


Namun, kekuatan utama filem ini sememangnya terletak pada babak-babak pertarungan serta teknik imej janaan komputer yang dibuat dengan cukup teliti. Segala-galanya kelihatan cukup realistik sehingga membuatkan kami sebagai penonton berasa cukup teruja apabila setiap kali terteranya babak-babak dua raksasa besar ini berentap di layar. Selain daripada itu, tiada lagi yang menarik yang mampu ditawarkan oleh filem ini. 


Menyentuh dari sudut lakonan, kami merasakan penghayatan lakonan para pelakonnya agak mengecewakan kecuali lakonan adik cilik yang betul-betul hidup. Kesimpulannya, filem ini boleh dikatakan sememangnya bertujuan menjual babak-babak aksi semata-mata untuk menghiburkan penonton. Jika itu matlamatnya maka ia boleh dikatakan satu kejayaan dan usaha tersebut berbaloi dengan terhasilnya adegan-adegan pertarungan yang epik dan gah. 


Jadi, selamat menonton filem Godzilla Vs. Kong ini di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 25 Mac 2021 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Seram Thriller Dari Indonesia Iaitu Jangan Sendirian! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat!

Catat Ulasan

0 Ulasan