Review Siri Netflix : Hellbound

Siri Netflix:
Hellbound

Penilaian:
7/10

Pengarah & Penulis:
Yeon Sang Ho

Genre:
Jenayah, Drama & Fantasi

Pelakon:
Yoo Ah-In, Jeong Min Park, Kim Hyun-Joo, Won Jin-A, Yang Ik-June, Kim Do-Yoon & Etc.

Jumlah Episod:
6

Tarikh Tayangan:
19 November 2021

Sinopsis:
Kisah ini diadaptasi dari webkomik dengan judal yang sama iaitu Hellbound yang mengisahkan tentang manusia yang menerima ramalan tarikh kematian mereka daripada malaikat maut. Malaikat maut ini turut mengatakan manusia-manusia ini akan dibawa ke neraka selepas mereka mati. Lebih mengerikan apabila kematian manusia-manusia yang menerima ramalan ini sangat menakutkan apabila dibelasah oleh 3 makhluk gergasi sebelum dibakar dengan dasyatnya sehingga menjadi abu. Jadi, ketua kepada sebuah fahaman baru iaitu Jung Jin-Soo mula mewar-warkan tentang hal ini disebabkan oleh sikap manusia yang sentiasa melakukan dosa dan tidak takut kepada Tuhan sehingga menyebabkan hal ini berlaku. Disebabkan Jung Jin Soo ini mempunyai sikap yang baik maka ramai yang terpengaruh dan percaya dengan fahaman agama baru yang dibawakan oleh Jung Jin-Soo ini. Namun, apabila seorang detektif iaitu Jin Kyung-Hoon mendapati bahawa terdapat manusia yang menerima ramalan mati tersebut tidak melakukan dosa maka hal tersebut mulai diketahui oleh seorang peguam wanita bernama Min Hey-Jin yang mula menggerakkan usaha untuk menghapuskan kumpulan fahama agama baru yang disokong oleh kumpulan Anah Panah yang ganas dan tidak berperikemanusian. Kini misi Min Hey-Jin adalah untuk cuba meyakinkan seorang pekerja penyiaran televisyen, Bae Young-Jae dan isterinya Song So-Hyun yang cuba menyelamatkan bayi mereka daripada malapetaka ramalan malaikat maut tersebut. Berjayakah mereka? Saksikan siri Hellbound yang menarik ini di saluran Netflix anda sekarang.
 
Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah siri Netflix dari Korea Selatan yang cukup menarik iaitu Hellbound yang mula ditayangkan pada 19 November 2021 yang lepas. Mempunyai 6 episod sahaja yang mana setiap episod berdurasi sekitar 30 minit hingga 55 minit. Apa yang kami boleh katakan bahawa siri dari Korea ini agak unik dan sedikit aneh berbanding kebiasaan siri-siri lain terbitan mereka sebelum ini. 


Pada permulaan episod pertama hingga episod ketiga, Hellbound membawa kami untuk menelusuri dan cuba mencari jawapan kepada keanehan yang berlaku apabila manusia-manusia yang menerima ramalan kematian ini diseksa oleh tiga makhluk ganas sebelum dibakar sehingga rentung dan kononnya dikatakan akan dihantar ke neraka akibat kejahatan yang telah dilakukan mereka di dunia. Jadi, disini kumpulan fahaman baru cuba memanfaatkan kelebihan ini untuk menjadikan kehidupan manusia lebih aman dengan menakutkan manusia supaya tidak melakukan dosa. Usaha ini dilihat berhasil apabila manusia kebanyakannya takut untuk berbuat jahat dan kadar jenayah menurun dengan pantas. 


Namun apabila siri ini mula melangkau ke episod keempat sehingga akhir maka keraguan mula timbul apabila ketua fahaman baru ini yang tidak melakukan dosa juga turut sama dihukum oleh malaikat maut. Bayi yang baru lahir juga turut dihukum mati untuk dibawa ke neraka. Tetapi, kumpulan anak panah yang terkenal dengan vandalism dan perbuatan ganas terlepas pula daripada ramalan kematian. Persoalan-persoalan ini mula menimbulkan persoalan sama ada adakah malaikat maut dan tiga makhluk ganas yang akan muncul untuk meragut nyawa manusia yang menerima ramalan kematian itu betul-betul adalah utusan daripada Tuhan atau sebenarnya makhluk asing? 


Persoalan ini sebenarnya yang memberi sentuhan magis kepada siri Hellbound ini untuk kelihatan lain daripada kebiasaan siri-siri Korea sebelum ini. Lebih menarik apabila pengakhiran siri ini yang memaparkan adegan salah satu manusia yang mati dihukum sebelum ini tiba-tiba hidup semula. Jadi, adakah sambungan siri ini pada musim kedua nanti cuba mengambil kepercayaan beberapa agama di dunia ini untuk dimasukkan ke dalam penceritaannya selepas ini? Sama-sama kita nantikan jika ada sambungannya. 


Siri Hellbound ini sememangnya langsung tidak mesra untuk tontonan kanak-kanak kerana tahap keganasan melampau yang dipaparkan serta persoalan tentang keagamaan yang boleh mengelirukan pemikiran mereka yang masih kecil. Jadi, kami menyarankan agar ibu bapa bijak mengawal dan menyekat anak-anak anda daripada menonton siri ini. 


Secara peribadi, kami sangat menyukai siri Hellbound ini yang pada kami memang bijak di dalam memaparkan bagaimana agama itu dimanipulasi oleh mereka yang bergelar penunggang agama. Selain itu siri ini juga berjaya menyampaikan maksud ketaksuban sebenar yang mudah untuk difahami sepanjang siri ini berlangsung. Apa-apapun kami mengharapkan agar ada sambungan siri ini untuk musim kedua supaya segala persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan segera supaya jawapan sebenar dapat diketahui dan jalan ceritanya tidak tergantung. 


Jadi, selamat menonton siri Hellbound di saluran Netflix anda sekarang. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap siri ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Siapa Tutup Lampu! Nantikan Ulasan Tersebut Dalam Waktu Terdekat!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. belum tgk lagi sbb saya ni spesis penakut... but ramai review ckp best, emm.. kena layan gak ni

    BalasPadam
  2. hahaha...tak payah takut..bukan cerita hantu. hehehe

    BalasPadam