Review Filem K.G.F: Chapter 2

 

Filem:
K.G.F: Chapter 2 

Penilaian:
9/10

Pengarah:
Prashanth Neel

Genre:
Aksi

Pelakon:
Yash, Sanjay Dutt, Srinidhi Shetty, Raveena Tandon, Prakash Raj & Etc.  

Pengedar:
DMY Creation

Tarikh Tayangan:
14 April 2022

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan kehidupan Rocky setelah dia mengambil alih pemerintahan kawasan Kolar Gold Fields. Rocky kini harus mempertahankan kekuasaannya untuk melawan musuh dan pegawai kerajaan yang korup. Adakah perjuangan Rocky untuk mencapai impiannya akan berjaya atau sebaliknya? Saksikan filem aksi India Kannada yang sangat menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 14 April 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.
 
Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton filem K.G.F: Chapter 2 pada 18 April 2022 yang lepas bertempat di TGV Sunway Pyramid. Untuk makluman para pembaca, filem ini turut mencatatkan rekod jualan tiket yang baik di India apabila menjadi antara filem yang mencapai kutipan tertinggi pada minggu pertama tayangannya. Perkembangan positif ini berpunca daripada kejayaan filem pertamanya yang berjaya mendapat pandangan positif daripada pelbagai pengkritik filem di seluruh dunia.

Secara jujurnya, kami sangat teruja untuk menonton filem K.G.F: Chapter 2 ini setelah menanti kemunculannya di layar perak sejak sekian lama. Menyambung semula kisah Rocky pada bahagian pertama filem ini, kami dapat melihat kesinambungan yang cuba dilakukan untuk memastikan tiada perbezaan ketara dari segi penyampaian visual adalah sangat berjaya. Kami cukup gembira apabila melihat perwatakan karakter Rocky yang mempunyai prinsip tersendiri masih dikekalkan seperti mana filem pertama dan faktor ini amat membantu filem ini untuk meneruskan momentumnya yang sendiri di atas dengan cukup konsisten.

Kronologi kisah filem K.G.F: Chapter 2 juga berjaya disusun dengan cukup baik. Walaupun hal ini memerlukan sedikit tumpuan anda untuk menonton setiap adegan dengan lebih fokus tanpa terlepas disebabkan ianya disusun sedikit berselirat namun hasil pengakhirannya akan memberikan anda satu kepuasan yang sukar untuk disampaikan melalui kata-kata. Hal ini agak mengagumkan kami kerana ianya tampak kreatif dan unik walaupun setiap penceritaannya disampaikan dengan kadar yang pantas.

Jangan ditanya tentang permainan perubahan plot iaitu 'plot twist' yang ada di dalam filem ini. Kami yakin anda sendiri pasti akan terkesima apabila menonton filem K.G.F: Chapter 2 yang menampilkan pelbagai plot twist yang sentiasa berjaya memukau penonton dengan hasil terakhirnya. Faktor ini juga merupakan satu kekuatan yang cukup besar untuk menjadikan keseluruhan jalan cerita filem ini berjaya memberi impak seperti yang kami jangkakan.

Kami juga turut menyukai tiga pelakon yang memainkan watak utama dimana peranan mereka berjaya memberikan kesan yang cukup besar kepada keseluruhan penceritaan filem K.G.F: Chapter 2 kali ini iaitu Yash, Sanjat Dutt dan Raveena Tandon. Setiap watak ini mempunyai karakter dan prinsip yang cukup berbeza antara satu sama lain. Jadi, setiap konflik yang tercetus di dalam kisah ini akan diuruskan mengikut kepercayaan fahaman mereka yang tersendiri dan inilah yang menjadikan filem ini betul-betul lain daripada kebiasaan.

Disebabkan filem K.G.F: Chapter 2 ini merupakan filem India Kannada yang paling mahal kos pembikinannya, kami sangat berpuas hati dengan hasil teknik janaan imej komputer, pemilihan lokasi, sokongan ratusan pelakon pembantu serta props dan busana yang sememangnya menepati latar masa dan sosialis setiap watak yang ada di dalam kisah filem ini. Dibantu pula dengan muzik latar dan kesan bunyi yang sentiasa berada di atas par untuk sebuah filem aksi, ini adalah sebuah filem yang sangat berbaloi untuk anda tonton di pawagam. Serius PADU!

Jadi, selamat menonton filem .G.F: Chapter 2 yang telah pun ditayangkan sejak 14 April 2022. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!


P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Tempatan Berjudul Bunga Dan Kayu! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Berjaya tonton semlm, tinggal satu show sahaja. Film yg ditayangkan seiring dgn Batman dan bulan Ramadhan, memang rezeki saya dpt tonton di bulan Syawal. Org beraya, saya layan film Tamil, heheh. Saya amat bersetuju dgn ulasan Hans, memang layak film ni dpt 9/10. Dari mula sampai akhir film ni penuh dgn plot dan scene yg menarik dan tidak disangka. Ianya bukan film Tamil yg biasa kita lihat dan dengar sebelom ini. Jika nak lagi feel character Rocky Bhai ni, layan dulu Chapter 1 dulu, baru kita appreciate Chapter 2. Betoi kata Hans... film ni serious PADU!!

    BalasPadam