Review Filem M3GAN

 

Filem:
M3GAN

Penilaian:
7/10

Tiktok Review:

Pengarah:
Gerard Johnstone

Genre:
Seram, Fiksyen Sains & Ngeri

Pelakon:
Allison Williams, Violet McGraw, Ronny Chieng & Etc.  

Pengedar:
United International Pictures

Tarikh Tayangan:
5 Januari 2023

Sinopsis:
Filem seram ini mengisahkan seorang pakar robotik bernama Gemma yang bertugas di sebuah syarikat permainan terkemuka dan secara senyap-senyap telah menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan M3GAN (singkatan untuk Model 3 Generative Android). M3GAN merupakan sebuah patung permainan kepintaran buatan (AI) bersaiz sebenar yang di program untuk menjadi peneman kepada kanak-kanak dan pembantu kepada orang dewasa. Apabila Gemma secara tiba-tiba terpaksa menjadi penjaga kepada anak saudaranya yang yatim piatu berumur 8 tahun bernama Cady, dia ternyata tidak bersedia mengambil alih tugas menjaga kanak-kanak tersebut. Jadi, Gemma telah memadankan prototaip M3GAN kepada Cady dimana dia berharap agar urusan menjaga Cady dapat dimudahkan. Namun, tindakan Gemma nampaknya menjadi mimpi ngeri apabila M3GAN berubah menjadi sebuah patung yang cukup menakutkan disebabkan kealpaannya sendiri. Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 5 Januari 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada United Internatioal Pictures untuk menonton sebuah filem seram berjudul M3GAN pada 4 Januari 2023 yang lepas di GSC The Starling.


Bersesuaian dengan klasifikasi untuk tontonan 13 tahun dan ke atas, tahap seram dan keganasan filem M3GAN ini berada di paras yang sederhana bersesuaian untuk tontonan kanak-kanak. Jadi, kami lebih suka untuk mengatakan naskah ini sebagai sebuah filem mediocre yang masih menghiburkan untuk anda tonton tetapi jangan mengharap aksi-aksi ekstrem yang terlampau untuk ditonton.


Satu perkara menarik yang kami lihat wujud di dalam filem M3GAN ini ialah subteks yang cuba disampaikan dimana ianya adalah kiasan untuk menyindir golongan ibu bapa zaman kini yang terlalu mengharapkan kepada gajet seperti telefon bimbit untuk melaksankan tugasan ibu bapa kepada anak-anak. Memang pada satu lapisan, kita dapat melihat gajet membantu meringankan beban ibu bapa zaman kini. Namun untuk terus menyerahkan segala tugas hakiki ibu bapa untuk diselesaikan oleh gajet adalah satu tindakan melampau yang pada akhirnya akan membuatkan hubungan antara anak dan ibu bapa semakin menjauh serta kegagalan anak tersebut untuk berkembang dari sudut emosi dan kelebihan untuk berdikari. Perkara ini yang kami rasa agak mahal yang boleh dilihat wujud di dalam keseluruhan jalan cerita filem seram ini.


Dari sudut teknikal pula, kami melihat bagaimana patung AI bernama M3GAN (sebutan: Megan) ini dihasilkan adalah cukup menarik. Kelihatan hampir sempurna dan cukup meyakinkan walaupun ada beberapa adegan yang terlihat patung ini seakan-akan seperti dilakonkan oleh manusia. Namun, ada juga beberapa perkara yang dilihat sebagai kelemahan kepada filem ini terutamanya dari sudut lakonan para pelakon tambahannya yang kelihatan seperti terlalu mengikut skrip serta beberapa adegan yang kelihatan sangat tergesa-gesa untuk dihabiskan. Namun, secara keseluruhan filem ini masih menarik dan menghiburkan untuk ditonton pada cuti minggu bulan Januari ini.


Jadi, selamat menonton filem seram M3GAN yang ditayangkan bermula pada 5 Januari 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Berjudul What! The Heist! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan