Review Filem Memburu

 

Filem:
Memburu 

Pengarah:
SK

Genre:
Seram

Pelakon:
 Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Puteri Sarah, Soffi Jikkan, Serra Kamal, Cathy Ikh & Etc.

Penerbit:
BR-V Immortal Production

Saluran:
Astro Fisrt 

Tarikh Tayangan:
2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak perempuan kesayangannya. Namun, keputusan yang dilakukan oleh si ayah telah memakan dirinya sendiri serta anaknya gara-gara mengorbankan seorang gadis malang demi dirinya sendiri. Apakah nasib malang yang menimpa mereka sekeluarga? Saksikan filem seram ini di saluran Astro Fisrt bermula pada tahun 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berkesempatan menonton sebuah filem tempatan bergenre seram yang bakal ditayangkan di saluran Astro Fisrt dalam waktu terdekat iaitu Memburu pada 18 Mac 2023 yang lepas di Samsung Onyx Hall MBO Atria. Filem ini merupakan hasil karya Jaafar Taib dan pengarah filem ini sendiri iaitu SK.

Menariknya filem ini pada pandangan kami ialah daripada kekuatan sudut teknik solekan ngerinya yang memang menjadi. Visual yang dipaparkan kelihatan seakan-akan sangat realistik dan berjaya membuatkan kami terasa ngeri menonton beberapa adegan yang mencemaskan. Kelebihan ini berjaya membuatkan filem ini berjaya tampil dengan identiti seram seperti mana genre yang diperkatakan dan layak diberikan pujian.

Lakonan sebahagian besar pelakon di dalam filem ini juga dilihat agak meyakinkan dan kami merasakan tiada masalah besar daripada sudut tersebut. Jalan ceritanya juga mudah difahami dan plot twist yang diwujudkan juga agak menjadi. Dibantu pula oleh elemen jumpscare yang tepat pada waktunya juga menambah suasana seram kepada keseluruhan filem ini.

Filem ini masih mempunyai potensi untuk pergi lebih tinggi namun kami melihat ada dua perkara yang mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang. Pertama ialah dari segi audio dimana kami tidak tahu adakah memang audio filem ini terlalu kuat atau ianya hanya disebabkan kami menonton di pawagam dimana nada suara yang terlalu kuat sedikit memenatkan kami yang menonton di dalam pawagam. Perkara kedua ialah durasi filem ini yang agak panjang dimana ia kerap memaparkan semula adegan imbas kembali yang sebenarnya tidak penting. Manakala ada sebahagian babak yang dilihat terlalu tergesa-gesa sehingga membuatkan kami sebagai penonton tidak dapat merasai dan mendalami dengan lebih mendalam kisah setiap watak yang dipaparkan. 

Apa-apapun, karya ini masih menghiburkan buat peminat filem seram untuk menontonnya di kaca televisyen rumah anda. Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Memburu yang akan ditayangkan di saluran Astro Fisrt bermula pada tahun 2023 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan