Drama Juvana



Drama:
Juvana


Pengarah:
Faisal Ishak


Pelakon:
Zahiril Adzim, Bront Palarae, Izreen Azminda,
Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata & Etc.


Jumlah Episod:
13


Siaran:
TV3


Waktu:
Isnin(9.00 malam)


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Jadi, bagaimanakah Daim menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya. Saksikan drama hebat ini di kaca televisyen anda.

Ulasan Hans:

Aku baru berkesempatan menonton drama ini pagi semalam dan melalui pemerhatian aku pada episod pertama ini memang drama ini berjaya menarik perhatian aku untuk mula mengikuti episod yang seterusnya. Tema yang menarik kerana rasa - rasa belum ada lagi drama Malaysia yang memberi fokus utama kepada kisah dunia juvana di kalangan remaja yang pernah terlibat. Mungkin sudah ada drama - drama sebelum ini yang sebegini dan aku mungkin terlepas pandang tetapi bagi aku drama Juvana ini memang menarik untuk ditonton.


Pelakon Utama Drama Juvana


Banyak persoalan yang ditimbulkan atau dicipta melalui setiap watak yang menyokong antara satu sama lain. Nilai dan moral cerita yang bagus walaupun ditonjolkan dengan beberapa babak ganas yang agak dasyat seperti pukul memukul. Bagi aku drama ini mempunyai sedikit kuasa untuk memberi pesanan khususnya kepada remaja bawah umur untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukan kesalahan yang memungkinkan mereka dimasukkan kedalam pusat pemulihan ini.


Watak - Watak Gangster Yang Memang Otai Dalam Drama Juvana Nih


Jadi, aku tidak sabar untuk menonton episod seterusnya untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi terhadap Daim serta rakan - rakannya yang lain terutama Black dan Apek. Selamat menonton drama Juvana pada hari ini jam 9.00 malam yer.

P/S : Walaupun Aku Menonton Drama Ini Pada Pukul 4 Pagi Tadi Tetapi Drama Ini Mampu Membuat Aku Menonton Sehingga Tamat Tanpa Terlelap Sesaat Pun!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya suka watak komeng dalam filem nie.. bersahaja tetapi mempunyai karakter tersendiri..

    BalasPadam
  2. ilham nurani : saya pun...watak komeng sangat misteri tetapi episod baru2 nih misteri tu dah terbongkar...

    BalasPadam