Review Filem KL Gangster



Filem:
KL Gangster


Pengarah:
Syamsul Yusof


Genre:
Aksi


Pelakon:
Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Ridzuan Hashim, Adi Putra, Zizan Raja Lawak,
Sofi Jikan, Adam Corrie Lee, Sheera Iskandar, Ku Fridah & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan dua orang adik beradik yang telah lama bergelumang di dalam dunia gangster iaitu Malek dan adiknya Jai. Malek telah dipenjara selama 5 tahun ekoran dikhianati oleh kumpulannya sendiri di mana Shark iaitu anak tiri kepada King yang merupakan seorang ketua kongsi gelap paling berpengaruh di Kuala Lumpur menjadi dalangnya. Sewaktu Malek di penjara beliau berikrar ingin mengubah cara hidupnya dan tidak mahu lagi menjalani kehidupan sebagai ahli kongsi gelap namun selepas bebas beliau sentiasa diganggu oleh kumpulan Shark akibat dendam mereka terhadap Malek manakala Shark yang mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur terasa tergugat dengan pembebasan Malek. Namun King membantu Malek dan ini tidak disenangi oleh Shark yang sentiasa menimbulkan kekecohan. Hubungan King dan Shark semakin dingin dan Shark menyalahkan Malek atas segala yang terjadi. Lalu konflik mula timbul apabila Shark menyuruh Jai iaitu adik kandung Malek agar membunuh abangnya sendiri. Manakah yang lebih penting antara keluarga, wang dan kuasa? Apakah yang akan terjadi? Saksikan KL Gangster di pawagam berhampiran anda.

Ulasan Hans:

Bagi aku filem KL Gangster ini berjaya menarik perhatian aku dari segi aksi pertarungannya yang bagi aku cukup menarik dan menghiburkan. Sejak awal hingga ke penamat filem ini tidak pernah lesu dari adegan bertarung yang membuatkan aku cukup teruja menontonnya walaupun aku akui ada sesetengah adegan begitu ganas dan menyakitkan. Namun masih ada juga kelemahannya terutama dari segi jalan cerita dan karakter watak - wataknya yang kadang - kadang digambarkan sedikit mengelirukan.

 Adi Putra Memang Sesuai Melakonkan Watak Antagonis

Seperti yang aku jangkakan, pelakon Sofi Jikan sekali lagi berjaya mengagumkan aku dengan wataknya sebagai Ajib yang dilakonkannya dengan penuh karisma. Aku akui masih ramai penonton yang belum mengenali Sofi Jikan tetapi insyaallah kemunculannya di dalam filem ini pasti akan membuka peluang yang lebih cerah terhadap beliau kerana sememangnya beliau seorang pelakon yang bagus. Lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra juga tidak mengecewakan kerana masing - masing berjaya menjiwai watak mereka sehabis baik. Aku terlupa untuk menyebut nama Adam Corrie Lee dan disini aku juga sangat kagum dengan beliau kerana selain wajahnya beliau juga bijak memanfaatkan bahasa dan lenggok tubuhnya yang menjadikan beliau sebagai pelakon yang sentiasa berjaya membawa watak antagonis.

 Tahniah Sofian Jikan! Watak Anda Memang Terbaik!

Cuma aku meminta maaf kepada Syamsul Yusof kerana agak sukar bagi aku untuk melihat beliau berada di dalam karakter gangster. Kadang - kadang nampak ganas tetapi lebih kepada dibuat - buat. Namun lakonan beliau sudah ada peningkatan. Insyaallah mungkin selepas ini lakonan beliau akan lebih menarik. Pada pandangan aku mungkin kerana keseluruhan tutur kata yang dilontarkan oleh wataknya di dalam filem ini terlalu ganas menyebabkan wajah gangster itu tidak dapat dijelmakan dengan baik oleh beliau. Aku suka dengan watak Malek(lakonan Aaron Aziz) dan Jai(lakonan Adi Putra) dimana tutur kata mereka tidak kesemuanya kasar tetapi mereka bijak memainkan lenggok badan dan wajah untuk menampakkan keganasaan watak tersebut. Ini hanya pandangan peribadi aku jadi jangan marah yer Bro Syamsul.

 Tatu Bro Dah Ganas Tapi Bro Kurang Gangster Lah

Jangan sangka KL Gangster hanya sebuah filem aksi yang terlalu serius kerana kemunculan Zizan Raja Lawak sebagai Fadil atau Abang Long berjaya mengubah wajah filem ini dimana setiap kali kemunculannya pasti akan membuatkan penonton ketawa tanpa henti melihat keletah Zizan. Bagi aku memang sesuai lah Zizan dilabelkan sebagai pelakon komedi kerana kemunculannya begitu banyak membantu untuk menyerikan filem ini. Tahniah Zizan! Ketawa aku hingga keluar air mata gara - gara kelucuan watak kamu sebagai Abang Long Dil.

 Zizan Bakal Membuat Anda Pecah Perut Kerana Ketawa Tidak Henti - Henti

Aku sudah mengetahui filem - filem sebegini selalunya akan lebih menumpukan kepada aksi berbanding jalan cerita. Lihat sahaja trailer filem ini dan anda pasti tahu bahawa pengarah menjadikan aksi - aksi dan babak pertarungan sebagai subjek utama untuk menarik perhatian penonton untuk menonton. Jadi semestinya ada beberapa persoalan yang tidak terjawab apabila menonton filem ini cuma aku bersyukur kerana pada pandangan aku filem ini jauh lebih baik dari filem Kongsi yang jalan ceritanya sangat berterabur. Bagi aku plot filem ini agak baik cuma kurang diberi penekanan terutamanya tentang apakah yang telah dilakukan oleh Shark(lakonan Syamsul Yusof) kepada Malek(lakonan Aaron Aziz) sehingga Malek dipenjara selama 5 tahun? Aku faham Malek dikhianati tetapi bagaimana caranya dikhianati itu? Persoalan kedua ialah perkara apakah yang telah dilakukan oleh King(lakonan Ridzuan Hashim) iaitu bapa tiri Shark kepada ibunya sehingga Shark berdendam dengan King secara diam? Aku tidak kisah sangat persoalan kedua tetapi aku sangat ingin tahu jawapan untuk persoalan utama yang tidak aku temui sehingga tamat aku menonton filem ini.

 Salah Satu Adegan Menarik Di Dalam Filem ini

Aku juga suka dengan mesej - mesej yang bercirikan kekeluargaan di dalam filem ini seperti kasih sayang ibu terhadap anak - anak walaupun sebenarnya ia hanyalah mesej - mesej yang kita selalu lihat di dalam drama mahu pun filem - filem lain namun paling tidak ia membuatkan filem ini bukan sekadar filem aksi sahaja tetapi masih punya jiwa. Cuma aku kurang suka pada pengakhiran filem ini. Bukan kerana pengakhirannya tidak menarik tetapi aku kurang gemar pengakhiran seperti itu. Kepada sesiapa yang menonton filem ini pasti faham aku lebih suka pada pengakhiran yang tidak diakhiri dengan suara pelakon utamanya yang menceritakan apa yang terjadi selepas itu. Ia seolah - olah menunjukkan pengarah sudah malas mahu ambil kisah atau mengarah kerana durasi filem ini bagi aku tidak lah terlampau lama.

 Salah Satu Aksi Kejar Mengejar Di Dalam Filem ini

Apa - apapun, filem ini berjaya membuatkan aku agak berpuas hati dengan wang yang aku laburkan untuk menonton filem ini dan kepada yang belum menonton silalah menonton kerana insyaallah anda pasti terhibur dengan aksi pertarungan dan elemen - elemen komedi yang terdapat di dalam filem ini. Selamat menonton!

 Senarai Pelakon Dan Krew Yang Terlibat Di Dalam Filem KL Gangster

P/S : Janganlah Bawa Anak - Anak Kecil Atau Bayi Semasa Menonton Filem Ini Kerana Bagi Aku Kurang Elok Mereka Didedahkan Dengan Bahasa Filem Ini Dan Paling Utama Tidak Menganggu Fokus Penonton Lain Terhadap Filem Ini.

Catat Ulasan

70 Ulasan

  1. Zizan sebagai apa ye dlm filem ini?..Ganster ke?..

    BalasPadam
  2. relevan : xpasti..maybe gangster tapi gangster lawak...malam nih saya tengok saya bagitahu :-)

    BalasPadam
  3. pergh!!riview ko lebih mantap dari aku!!!sempoi ar bro!!ajar aku cara nak karang ayat..hehe

    BalasPadam
  4. Orang Pelis : dah siap nih hah :-)

    Amry : aku amalkan apa aku belajar masa SPM..ekekekke

    BalasPadam
  5. kat cni pom pom ada review pasal citer ni....huhe... berkoba-koba ni nk p tengok..haha

    BalasPadam
  6. azana : pergi lah tengok..rasa2 saya mesti berbaloi punya :-)

    BalasPadam
  7. eh??? asal xpuas ati sgt dgn syamsul???
    kehkehkeh... =b


    wuwuwuu.. aoron aziz tu, ade zizan lawak lg nk kna tgk nh...

    BalasPadam
  8. Ishiko : bukan tak puas hati...ini adalah pandangan saya..semua orang ada pendapat masing - masing..kalau saya tak puas hati dengan dia buat apa saya suruh orang lain pergi tengok filem dia..kan? :-)

    Orang Perlis : selamat menonton :-)

    BalasPadam
  9. macam teringin nak tengok tapi malas nak g panggung..hehe

    BalasPadam
  10. Ada awek cun tak dlm filem ni? hahaha

    BalasPadam
  11. salim : tunggu raya tahun depan la kalau dah malas nak tgok..hohoh..tak pun Astro First..kalau ada...

    ayish : aku bersyukur sebab filem nih tak ada cinta - cinta dan kurang eksploitasi wanita...sangat best

    BalasPadam
  12. d_tieah : yups..syamsul yusof ada bakat sebagai pengarah dan penulis skrip..berlakon tu boleh lah tahan tapi bagi aku dalam filem nih dia walaupun cuba sehabis baik untuk jaid gangster tapi masih kureng ahh..apa2pun lakonan dia makin okay la..lama2 ok lah kut..insyaallah

    BalasPadam
  13. kat sini kau rupanya ek ... hahaha ... uuiih, boleh tahan jugak komen ni ek ... hans dah tonton? kalau dah bgitau ek. manalah tahu, kalau best nak jgak tonton ...

    BalasPadam
  14. keyril : saya dah tengok dah lah keyrill..kalau tak camner nak buat review panjang berjela cam nih...hahaha

    BalasPadam
  15. okay.mlm ni jugak mau tgk! weehooo...takut gak nk tgk smalam takut tak best.hihihi

    BalasPadam
  16. fyna nak g tgk la mcm nih..
    ;)




    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. puteraduyong : terbaik kan :-:

    ayu hasman : hahaha...mesti layan punya

    fyna : selamat menonton :-)

    BalasPadam
  18. review yang menarik.. trimas2..

    BalasPadam
  19. macam menarik..harus tengok neh..:)

    BalasPadam
  20. aku rasa, kalu tukar syamsul dgn zul huzaimy atau fiz fairuz..lg mantap citer nih..syamsul tak sesuai jd gangster..tp atleast dia try..good for him la..

    BalasPadam
  21. sounds great.
    macam mahu pegi tengok=)

    BalasPadam
  22. sebagai seorang samseng palat.. aku suka gak, tapi mmg 1 dimensi (aku x rasa ada masalah dari situ, ahhahaha).. tgk cara dia simpan sakit dia (maklum fasal mak dia yg kita tak tahu apa yg King buat) dan bila dapat dendam kat King macam celaka biadab.. bagi aku cold dia macam tu cruel dan ok ah tu..

    BalasPadam
  23. aku tak tengok lagi. nampak macam ok gak.

    BalasPadam
  24. Aku hanya boleh baca review jela.
    Nak tengok sendiri memang tak dapat ar.
    Tapi aku suka la kalo Aaron Aziz punya lakonan.
    Watak ape pon dia bawak sure ade kesan.
    Mungkin aku peminat Aaron kot.
    Hahaha, obviously lah kan.

    :D

    BalasPadam
  25. aku pun rase nk pg tgklah gak pas ni..dah lame xtgk wayang ni..huhu

    BalasPadam
  26. macam gempak je citer nie..teringin nak tengok;)

    BalasPadam
  27. aque : tq :-)

    mardee : memang best..sila2..ekekeke

    tanpa nama : yups..syamsul yusof tak lah teruk sangat tapi sebab pelakon2 lain sekeliling dia lebih hebat jadi dia tenggelam disitu

    zety : memang best :-)

    fadz : hahahaha...dia xteruk sangat tapi entah...aku xleh terima la...sebab bahasa dia jer langsi tapi gaya dia jambu..ekekekek

    arief : tgok la weih...ekekeke..aku abang Long Dil suruh ko tgok..hehehe

    Judiene : erk? asal xdapat tgok? ko orang kelate ke?

    norshim : sila2....mat moto kena tgok.ekekekke

    BalasPadam
  28. akhirnye aku terpaksa gak baca...hehe..mmg syamsul dari dulu aku rase die lebih sesuai jadi director je..

    BalasPadam
  29. best ke citer ni? Mesti best. Kene tunggu sampai uar cd ni

    BalasPadam
  30. KAMI follower ke 77. ada macam abang long dil tak? heeee. "ye, saya. bro kau dengar tak ada orang panggil aku?" ini memang lawak. shoffi jikan terbaik. potong 18 baru kau tahu apa itu penyesalan.

    BalasPadam
  31. kechix : memang gempak..cool jer film nih..layan beb

    faiz : boleh lah juga skrg..lakonan dia ada peningkatan

    relevan : sila tonton :-)

    sadieq : layan pawagam la baru best

    Kamihidup : hahaha..Long Dil memang xleh pakai..cakap je besar tapi penakut..hahaha..aku suka Sofi Jikan...ayat power jer dengan gaya dia...coollll

    BalasPadam
  32. dah tgk citer ni ptg tadi..memang best..ade scene yg membuatkan smua penonton senyap seketika iaitu masa malek jumpa dgn mak dia dgn masa abg long dil kena tikam..

    harao ade kl gengster 2 lepas ni utk menjawab persoalan kat atas tu :)

    BalasPadam
  33. Adha : ar ar..ramai juga diam masa abang long dil kena tikam..kira zizan berjaya buat orang ingat dia betul2 mati...tapi entah...aku xsuka sangat sekuel sebab selalu sekuel filem tak menarik..hehehe

    BalasPadam
  34. bagus gak ada review cam ni.senang skit nak cari DVD nnti.taklah tersalah pilih dek sebab minatkan pelakonnya saja...tq hans!

    BalasPadam
  35. byk filem yg xtgk lagi. waaaaa...

    hurm. ada aaron aziz la! :D

    BalasPadam
  36. the fik's : tq follow blog saya

    chempaka aziz : yups..ini semua pandangan peribadi saya sahaja..macam tagline blog ni..Dari Mata Turun Ke Jari...hehehe

    miss Fyqa : dalam nih dia bukan Seth Tan tau..hehehe

    BalasPadam
  37. best2! dah agak dah syamsul x sesuai jadi samseng :D

    BalasPadam
  38. baca pun dah best..kalau tengok mesti lagi best...zizan! aaron aziz! :D

    BalasPadam
  39. macam menarik je citer ni.. pelakon2nya juga mmg profesional..

    BalasPadam
  40. mcm menarik jer bro? blh tengok tp mmg plan esok nk tgk ngn yg tsyg.. kehkehkeh

    BalasPadam
  41. Macam lucu je kalau ada zizan tuh. Tak sesuai..hahha

    BalasPadam
  42. confrm menarik ni!...
    bila la nak pergi tgk cerita ni asik sibuk je....

    BalasPadam
  43. ulasan menarik..x sabar nak tengok nie!! :D

    BalasPadam
  44. baca ulasan filem ni buat tak sabar plak nak g tgk........kena tgk...kena tgk...

    BalasPadam
  45. citer ni khas untuk dewasa2 jer..
    apik belom layan lagi..tak tahu biler nk layan

    BalasPadam
  46. cam menarik je.... nak tengok jugak laaaaa....

    BalasPadam
  47. ooo...kat sini rupanya hans punya review...hhmm...sure akan tengok..mesti best gila gaban sebab ada AARON AZIZ...yeaahh...

    BalasPadam
  48. hihihi,syamsul yusuf tu mmg mcm tu..sama pula pendapat kita.. :)

    sofian jikan best kan kan kan.. :)

    BalasPadam
  49. belum tengok lagi filem kl gangster walaupun teringin nak tengok.

    BalasPadam
  50. review yg mantap ni... tahniah..

    so far feedback dr kwn2 , filem ni memang BEST, puas ahti tengok..

    BalasPadam
  51. review yg mantap ni... tahniah..

    so far feedback dr kwn2 , filem ni memang BEST, puas ahti tengok..

    BalasPadam
  52. Overall memang mantap cerita ni. Malik, Jai, Fadil dengan Ajib memang strike out. Karakter masing-masing memang ada style laa. Nampak cool dan gagah.

    Betul kata ko, bagi aku watak Shark macam ada yang aku tak berkenan. Entahlah. Dia sorang je cakap macam pelik. Haha. Tapi dia direktor yang berbakat.

    Overall, boleh layan. Selamat menonton semua. :)

    BalasPadam
  53. xde laa hans.. joking ja tuu..^^

    BalasPadam
  54. Nice writting! TQ drop mine.

    KL GANGSTER mmg meletup!

    I love UR pesanan , adakah patut bawa bayi? Spoilt je suasana kot time tgh kusyuk tgk movie.. selamat ibu bengong tu kuar dr panggung...

    BalasPadam
  55. sgt setuju point ko tentang ending cerita ni... sangat play safe... typical cerita kat Malaysia...

    aku lagi suka kalau watak Sheera Iskandar dikembangkan... biar dia nangis bg tahu Aaron Aziz apa yang dia kena masa gangster tu cari dia... kasi bakar sket... biar dia ada motivasi lebih nak belasah Shark... tp nanti cam hindustan la pulak kan? tak kesah la... janji aksi lebih! hahaha

    Syamsul Yusuf... kredit gak la... lakonan dia improve gak aper... hahaha (walaupun agak kontrol macho)... tp ok what...

    apa pun, filem yang menarik... kudos! (^,^)y

    Review: KL Gangster

    BalasPadam
  56. audiii da ramai da blogger review citer nih best.. nk gi tgk mmg jauh arr...

    BalasPadam
  57. NAK TENGOK! Grrrr! Hahahaha, ni tade mse punye pasal la ni ><

    BalasPadam
  58. Hi Hans..
    Sorry ar bro.. lambat sikit gua komen.. hahaha... ni pengaruh KL Gangster ar nie.. kahkah..

    Dah baca review ni pada hari jumaat kalau tak silap dan pada hari sabtu terus nengok.

    sampai hari ini terfikir fikir nk komen aper. mcm xde idea coz terover excited..

    Yang pasti, masa layan citer tue, memang mcm2 feelin ada..

    babak paling gua leh nak lupa bila shark serang rumah malik dan dia bertindak ganas dengan mak malik. giler ganas ar shark. layan leleh time tue..

    secara keseluruhan; TERBAIK!

    thanks review hans ni.

    review terbaik!

    BalasPadam
  59. dah baca hari tu review neh..hari ni aku pi nonton..Keseluran ok la..Cuma watak shark mcm x kena ler ngan En. Syamsul..sorry to say la bro..:p

    BalasPadam
  60. boleh tahan cerita nie..ak suka review ko bro..nice..

    aku follow ko..^_^

    BalasPadam
  61. cerita ni mmg menarik bleh thn tp mcm sekejap sgt..

    BalasPadam
  62. nice review 4 all filem.. i follow... :D

    BalasPadam
  63. menarik! mempunyai pandangan yg tersendiri.. mmg kaki wayang lah ni..=)

    BalasPadam
  64. jap lagi nak pegi tengok..weeeeee...

    BalasPadam