Filem:
The Spiral
Penilaian:
6/10
Pengarah:
PF Wong
Genre:
Fiksyen Sains & Ngeri
Pelakon:
Siti Saleha, Peter Davis, Ben Andrew Pfeiffer, Ayez Shaukat & Etc.Tarikh Tayangan:
Filem ini mengisahkan tentang kehilangan seorang lelaki bernama Jon Caine yang merupakan seorang pensyarah. Selepas tiga bulan kehilangannya, dia kembali muncul tetapi dengan perwatakan yang sangat berlainan dan mula membunuh orang dengan kejam tanpa sebarang belas kasihan. Jon Caine kemudian berjaya diberkas oleh Detekif Inspektor Aleana dan dihantar ke sebuah penjara untuk penjenayah yang mempunyai masalah mental. Di sana, seorang ahli psikologi jenayah Dr. Melanie Surya ditugaskan untuk menyoal siasat Jon. Hasil siasatannya menemui banyak perkara yang mengejutkan serta menakutkan di dalam diri Jon Caine dan menjawab persoalan berkaitan perubahan sikap lelaki tersebut. Namun, disebabkan rahsian Jon Caine terbongkar menyebabkan Dr. Melanie Surya kini dalam bahaya. Mampukah dia menyelamatkan diri daripada Jon Caine? Saksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 20 Disember 2018 untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan:
Aku telah berjaya menonton filem Inggeris tempatan The Spiral di TGV Cinemas Encorp Strand Mall pada tanggal 20 Disember 2018 yang lepas. Jarang untuk melihat filem-filem tempatan yang berani bermain dengan genre sains fiksyen yang mana masing-masing sudah tahu filem sebegini memerlukan kos kewangan yang tinggi untuk menjayakannya. Kos pembikinan untuk filem The Spiral pula kurang daripada RM1.2 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Walaupun The Spiral bukannya sebuah filem yang berjaya tampil gah dengan kesan khas CGI nya namun filem ini masih wajar dipuji kerana ia berjaya membawakan sesuatu yang baru buat industri perfileman negara. Lebih menarik lagi apabila hasil keseluruhan filem ini bukannya dibuat sambil lewa tetapi aku percaya keseluruhan tenaga kerja produksi filem telah memberikan yang terbaik untuk menjadikan filem ini suatu kenyataan.
Aku melihat kekuatan utama filem The Spiral ini hadir melalui kehebatan penjiwaan watak serta persembahan lakonan oleh dua orang pelakon utamanya yang berjaya membantu plot cerita berkembang dengan baik dan memberi kesan kepada sesiapa yang menonton. Apa yang diberikan oleh Siti Saleha dan Peter Davis di dalam filem ini memang boleh dilabelkan sebagai sangat cemerlang pada pandangan aku. Walaupun secara jujurnya aku tidak mengenali pelakon bernama Peter Davis ini tetapi setelah menyaksikan sendiri lakonan serta aksinya di dalam filem ini, aku merasakan Peter Davis bakal menjadi pesaing buat Hairul Azreen untuk menjadi pelakon utama di dalam filem-filem aksi jika diberi lebih peluang pada masa akan datang. Tahniah Peter Davis atas persembahan yang cukup bertenaga sepanjang kemunculan anda di dalam filem ini.
Walaupun babak-babak yang melibatkan kesan khas CGI di dalam filem ini tidak lah terlalu gah pada pandangan mata, namun ada juga beberapa babak CGI di dalam filem ini yang tidak mengecewakan dan di luar jangkaan. Aku percaya kos pembikinan filem ini tidak lah setinggi mana. Jadi, aku merasakan hasil CGI di dalam filem ini adalah berpadanan dan agak baik juga pada sesetengah bahagian. Dari sudut sinematografi, aku melihat hal ini tidak mengecewakan kerana filem ini berjaya menyajikan beberapa babapk yang sangat menarik dari sudut tersebut. Aku juga cukupkan sukakan tona warna filem ini yang gelap dan cukup meyakinkan untuk sebuah filem sains fiksyen ngeri seperti filem The Spiral ini.
Filem ini merupakan sebuah filem yang pada aku agak berani sejak permulaan lagi. Dimulakan dengan beberapa babak leher dikelar serta misteri yang dibawakan oleh watak Jon Caine sememangnya telah berjaya menangkap perhatian aku untuk terus setia menonton filem ini. Filem ini juga agak berani di dalam menunjukkan kehidupan sosial urban yang liar seperti minum arak serta babak ciuman di pipi dan dahi yang aku tidak pernah lihat lagi sebelum ini di dalam filem-filem tempatan yang melibatkan pelakon Melayu. Hal ini mungkin akan mencetuskan sedikit kontroversi bagi sesetengah penonton yang menontonnya. Walau bagaimanapun, apa aku boleh katakan filem ini sebenarnya mempunyai sebuah kisah yang menarik. Suntingannya juga agak cantik cuma mungkin dibahagian pertengahan ia sedikit meleret sewaktu filem ini cuba menjelaskan siapakan sebenarnya Jon Caine dan kaitannya dengan Dr. Suraya. Namun, aku merasakan jika filem ini mempunyai baget kewangan yang besar hasilnya pasti lebih hebat kerana secara keseluruhan aku agak mengagumi filem ini sebenarnya.
Jadi, seperti biasa aku turut ingin berkongsi beberapa kelemahan yang aku tonton di dalam filem The Spiral ini seperti:
1) Idea untuk penceritaan filem ini sangat menarik namun terdapat beberapa kelompongan yang menyebabkan penonton adakalanya akan tertinggal sesuatu atau tidak dapat menangkap penyampaian sebenar filem ini disebabkan terlalu banyak kisah dan zaman yang dimasukkan di dalam penceritaan. Walau bagaimanapun, aku masih merasakan filem ini menarik dan lain dari yang lain.
2) Ada beberapa latar tempat yang kelihatan kurang bersesuaian dengan latar penceritaan seperti tempat asal watak Jon Caine ini datang dimana aku merasakan iaitu terlalu bersifat Kuala Lumpur pada masa kini. Namun ada juga beberapa lokasi yang kelihatan diluar jangkaan dan menarik untuk ditonton seperti babak awal pengenalan penjara serta beberapa babak masa depan.
2) Ada beberapa latar tempat yang kelihatan kurang bersesuaian dengan latar penceritaan seperti tempat asal watak Jon Caine ini datang dimana aku merasakan iaitu terlalu bersifat Kuala Lumpur pada masa kini. Namun ada juga beberapa lokasi yang kelihatan diluar jangkaan dan menarik untuk ditonton seperti babak awal pengenalan penjara serta beberapa babak masa depan.
3) Audio dan skor bunyi yang kedengaran agak bingit pada beberapa babak yang sedikit menjejaskan fokus tontonan.
4) Kesan khas CGI yang agak lemah pada beberapa babak namun hasilnya masih boleh diterima untuk ditonton.
5) Ada beberapa babak yang mengurangkan rasa teruja seperti pergaduhan dan pertempuran antara Jon Caine dan sekumpulan pengawal penjara yang bagi aku menghilangkan seketika aura hebat watak Jon Caine yang sebelum itu begitu hebat menjinakkan pengawal-pengawal peribadi pada permulaan filem.
Jadi,disini aku senaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu menonton filem The Spiral ini di pawagam berhampiran bermula pada 20 Disember 2018:
1) Filem ini berani mengangkat dan bermain dengan tema baru berkaitan sains fiksyen, teori sains serta kehidupan yang bagi aku agak kreatif dan wajar disokong dengan menonton filem ini di panggung wayang.
2) Personaliti dan lakonan Peter Davis di dalam filem ini sebagai Jon Caine dan Kiel terutamanya apabila melibatkan babak aksi benar-benar meyakinkan dan menghiburkan.
3) Lakonan Siti Saleha kali ini juga sangat berani dan sedikit kontroversi. Namun dari sudut filem, aku melihat karya ini berjaya menaikkan kewibawaan Siti Saleha dari segi kepelbagaian watak dan gaya lakonan ke satu tahap yang tersendiri.
4) Sebuah filem sains fiksyen yang muncul tepat pada tahun 2018 untuk memberikan satu tahap baru kepada pembikin filem tempatan lain bagi menghasilkan naskhah yang lebih hebat pada masa akan datang.
3) Lakonan Siti Saleha kali ini juga sangat berani dan sedikit kontroversi. Namun dari sudut filem, aku melihat karya ini berjaya menaikkan kewibawaan Siti Saleha dari segi kepelbagaian watak dan gaya lakonan ke satu tahap yang tersendiri.
4) Sebuah filem sains fiksyen yang muncul tepat pada tahun 2018 untuk memberikan satu tahap baru kepada pembikin filem tempatan lain bagi menghasilkan naskhah yang lebih hebat pada masa akan datang.
Jadi, selamat menonton filem The Spiral dan jangan lupa kongsikan pandangan anda melalui komen di ruangan komen di bawah. Sekian!
P/S : Tak Sabar Betul Nak Menonton Filem Zero Esok! Nantikan Ulasannya!
0 Ulasan