Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua kaki wayang yang melayari blog www.rollodepelicula.com pada kali ini. Untuk artikel kali ini, kami menyenaraikan senarai filem Malaysia yang bakal menjengah pawagam sepanjang tahun 2019 ini. Filem yang manakah yang anda nantikan dan ingin tonton di pawagam? Kongsikan di ruangan komen.
1) XX-RAY 3
Filem:
XX-Ray 3
Pengarah:
Aziz M. Osman
Genre:
Fiksyen Sains
Pelakon:
Izzue Islam, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Jalaluddin Hassan, Saiful Apek & Etc.
Tarikh Tayangan:
24 Januari 2019
Pengedar:
Empire Film Solution
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang perlu menyelesaikan masalah kemusnahan dunia selepas diancam oleh seorang penjahat yang mahu menguasai dunia.
2) BELLA & JAMIE
Filem:
Bella & Jamie
Pengarah:
Fairul Nizam Ablah
Genre:
Drama
Pelakon:
Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman & Etc.
Tarikh Tayangan:
31 Januari 2019
Pengedar:
UNITED STUDIOS
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara dua orang gadis iaitu Bella dan Jamie. Hubungan mereka menjadi lebih rapat selepas mendapat tahu bapa mereka merancang untuk berkahwin. Namun keakraban mereka menjadi keruh apabila Bella mendapati Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.
3) UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL
Filem:
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Pengarah:
Les' Copaque Production
Genre:
Pengembaraan, Keluarga & Fantasi
Pelakon:
(Akan Dikemaskini)
Tarikh Tayangan:
21 Mac 2019
Pengedar:
GSC Movies
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka yang perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang telah membuka sebuah portal dan membawa mereka menuju ke sebuah kerajaan lama. Selain itu, mereka juga perlu membantu kerajaan tersebut dan berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.
4) FELINA
Filem:
Felina
Pengarah:
Sandosh Kesavan
Genre:
Seram
Pelakon:
Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Kamal Rezuan,
Zaidi Omar, Nashra Shah, Seha Monica, Clarence Kuna, Khairul Anuar
Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019
Pengedar:
Janu Talkies Sdn Bhd
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Adam dan Felina yang sedang menjalani sebuah ekspedisi di dalam hutan tebal. Sepanjang ekspedisi, Adam dan Felina terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran selain harus akur dengan segala pantang larang. Pada suatu malam, sebaik sahaja kembali ke hotel tempat mereka menginap...
5) MISTERI DILAILA
Filem:
Misteri Dilaila
Pengarah:
Syafiq Yusof
Genre:
Misteri & Thriller
Pelakon:
Zul Ariffin, Rosyam Noor, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, NamRon, Mas Khan, IZ Sulaini.
Tarikh Tayangan:
2019
Penerbit:
Skop Productions & Astro Shaw
Sinopsis:
(Akan Datang)
6) SANGKAR
Filem:
Sangkar
Pengarah:
Kabir Bhatia
Genre:
Aksi
Pelakon:
Remy Ishak, Zul Ariffin, Niezam Saidi, Mira Filzah,
Adam Mika, Ray, Arman Graseka & James McSweeney.
Tarikh Tayangan:
Mei 2019
Penerbit:
Infinitus Productions
Sinopsis:
Pertempuran dua dunia yang berbeza.
7) BoBoiBoy: The Movie 2
Filem:
BoBoiBoy: The Movie 2
Pengarah:
(Akan Dikemaskini)
Genre:
Animasi & Pengembaraan
Pelakon:
(Akan Dikemaskini)
Tarikh Tayangan:
September 2019
Penerbit:
Animonsta Studios
Sinopsis:
Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem BoBoiBoy: The Movie sebelum ini dimana Boboiboy kuasa 7 dengan tahap kedua akan menentang lanun angkasa yang ingin merebut power sphera sewaktu pertempuran di Galaksi.
8) EJEN ALI THE MOVIE
Filem:
Ejen Ali The Movie
Pengarah:
Muhammad Usamah Zaid
Genre:
Animasi
Pelakon:
Shafiq Isa, Noorhayati Maslini, Ida Rahayu, Azman Zulkiply & Etc.
Tarikh Tayangan:
Disember 2019
Pengedar:
Primeworks Studios
Sinopsis:
Filem animasi berkisarkan tentang Ejen Ali, seorang pelajar sekolah rendah yang menjadi perisik. Filem ini adalah gabungan episod pertama dan kedua dari musim kedua siri animasi ini.
P/S : Sebarang Perubahan Atau Penambahan Akan Dikemas Kini Dari Semasa Ke Semasa!
2 Ulasan
Happy New Year, Hans! Harap2 ada filem2 di atas yang ditayangkan di pawagam berhampiran PH. PH berminat nak tonton Felina, Misteri Dilaila dan Sangkar.
BalasPadamIn Sha Allah
Padamharap-harap ditayangkan di pawagam tempah PH tinggal
kawasan mana PH tinggal?