Senarai Filem Januari 2019


Kepada semua kaki wayang yang melayari blog www.rollodepelicula.com pasti ingin tahu senarai filem yang akan menjengah pawagam sekitar Januari 2019 ini kan? Dibawah adalah sedikit info sebagai rujukan buat anda untuk memilih filem-filem yang anda ingin tonton sepanjang Januari 2019 ini.


1) HOLMES AND WATSON

Filem:
Holmes & Watson

Pengarah:
Etan Cohen

Genre:
Pengembaraan, Komedi & Misteri

Pelakon:
Will Ferrell, John C. Reilly, Lauren Lapkus, Rob Brydon & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Sinopsis:

Filem ini diadaptasi dari kisah klasik Arthur Conan Doyle yang misteri dan berkisarkan tentang Sherlock Holmes dan rakannya iaitu Doctor Watson yang menyelesaikan pelbagai kes dan kejadian misteri di London dengan cara yang melucukan.



2) MARWEN

Filem:
Marwen

Pengarah:
Robert Zemeckis

Genre:
Biografi & Drama

Pelakon:
Steve Carell, Leslie Mann, Diane Kruger, Janelle Monáe & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019 atau 21 Mac 2019

Pengedar:
United International Pictures

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Mark Hogancamp yang koma selepas menghadapi satu serangan yang ganas. Selepas sedar dari koma, dia telah menjumpai sebuah cara terapi yang unik untuk membantu proses pemulihannya iaitu dengan membina sebuah perkampungan Perang Dunia Kedua di halaman rumahnya.



3) SECOND ACT

Filem:
Second Act

Pengarah:
Peter Segal

Genre:
Komedi & Romantik

Pelakon:
Jennifer Lopez, Vanessa Hudgens, Leah Remini,
Annaleigh Ashford, Dan Bucatinsky, Freddie Stroma & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai. Dia cuba untuk mengubah kehidupan dan gaya hidupnya. Akhirnya, dia mendapat peluang untuk membuktikan bahawa kebijaksanaan yang diperoleh melalui ilmu jalanan adalah setaraf dengan segulung ijazah yang diperoleh dari kolej.



4) KUNG FU MONSTER

Filem:
Kung Fu Master

Pengarah:
Andrew Lau

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
Louis Koo, Dong Yu Zhou, Cheney Chen, Bea Hayden Kuo, Bei Er Bao & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
ATriNaga Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini berkisarkan tentang kisah ketika pemerintahan Maharaja Wanli pada zaman dinasti Ming, Sun Yehe yang merupakan penyelia di Depot Timur telah diarahkan untuk menangkap raksasa yang berjaya melarikan diri dari istana. Pada masa yang sama, seorang pahlawan militia berkomplot dengan juniornya dan seorang pahlawan wanita untuk merompak perak daripada pegawai korup. Bagaimanapun, perak itu hilang, manakala seorang penjenayah dikehendaki tiba-tiba muncul dengan seorang gelandangan. Ketika semua ini berlaku, mereka tidak menyedari yang mereka sedang diperhatikan oleh raksasa yang telah melarikan diri itu.



5) MOJIN: THE WORM VALLEY 

Filem:
Mojin: The Worm Valley

Pengarah:
Fei Xing

Genre:
Aksi & Pengembaraan

Pelakon:
Cai Heng, Yu Heng, Gu Xuan, Chen Yusi, Ma Yuke & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini berkisarkan Hu Bayi yang bekerjasama dengan Mojin Six untuk masuk ke Makam Maharaja Xian di Yunnan dengan berpandukan sebuah buku Dragon Bone. Makam yang terletak di sebuah pulau itu dipenuhi dengan pelbagai raksasa purba termasuk cacing purba yang bersaiz besar. Selain itu, Hu Bayi dan Mojin Six turut berdepan dengan bahaya lain seperti kemunculan ikan yang mempunyai gigi yang tajam seperti pisau serta manusia yang telah mati tetapi tubuh mereka mempunyai cacing yang bertoksik dan hidup di dalam badan mereka. Bagaimanapun, Hu Bayi dan Mojin Six tetap bertekad untuk masuk ke makam itu bagi mencari elemen penting yang diperlukan untuk menghentikan sumpahan Ghost Eye.



6) KESEMPATAN KEDUDA

Filem:
Kesempatan Keduda

Pengarah:
Awi Suryadi

Genre:
Komedi & Drama

Pelakon:
Zizan Razak, Raffi Ahmad, Cut Meyriska, Nagita Slavina & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
Antenna Entertainments

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan Abi yang merupakan seorang pekerja korporat dan sudah mempunyai seorang isteri bernama Maya. Namun, Maya yang yang merupakan seorang wanita yang terlalu bercita-cita tinggi telah menduakan Abi apabila menjalinkan hubungan dengan bos Abi. Manakala Ken pula berkahwin dengan Baby. Abi dan Ken akhirnya bertembung ketika berada di mahkamah untuk menguruskan penceraian mereka. Selepas pertemuan itu, mereka semakin rapat.




7) DEADLY STILL 

Filem:
Deadly Still

Pengarah:
Anton Zenkovich

Genre:
Seram

Pelakon:
Egor Kharlamov, Sanjar Madi, Garik Petrosyan & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan terlibat dalam kemalangan dengan seekor rusa ketika mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah rumah di pinggir bandar untuk meluangkan hujung minggu bersama. Kemalangan tersebut memaksa mereka untuk berhenti di sebuah tempat pedalaman yang pelik. Di kawasan tersebut, mereka telah menemui sebuah kamera yang sangat misteri. Mereka kemudian menyedari bahawa setiap gambar dari kamera itu akan mendedahkan kematian buat sesiapa yang menggunakannya.



8) THE VANISHING

Filem:
The Vanishing

Pengarah:
Kristoffer Nyholm

Genre:
Ngeri

Pelakon:
Gerard Butler, Peter Mullan, Ólafur Darri Ólafsson, Connor Swindells & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Januari 2019

Pengedar:
TGV Pictures

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang tiga orang pekerja rumah api yang tiba di sebuah pulau tidak berpenghuni untuk bekerja di sana selama enam minggu. Tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan rutin harian mereka di pulau tersebut. Mereka telah menjumpai emas di dalam sebuah bot yang terkandas. Namun hidup mereka mulai berubah menjadi teruk selepas kejadian tersebut.



9) TAKE POINT

Filem:
Take Point

Pengarah:
Kim Byung-Woo

Genre:
Aksi

Pelakon:
Ha Jung-Woo, Lee Sun-Kyun, Jennifer Ehle, Kevin Durand, Malik Yoba, Spencer Daniels & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Januari 2019

Pengedar:
MM2 Entertainment Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini berlatarkan tahun 2024 dimana pada hari pilihan raya A.S, terdapat sepasukan tentera upahan elit yang terlibat di dalam sebuah misi rahsia CIA untuk menculik Menteri Pertahanan Korea Utara di kubu bawah tanah Korean Demilitarized Zone (DMZ). Bagaimanapun mereka terperangkap di tengah-tengah pertempuran dan situasi semakin tegang sehingga ia berkemungkinan akan mencetuskan perang dunia ketiga.



10) SWING KIDS

Filem:
Swings Kids

Pengarah:
Kang Hyoung-chul

Genre:
Drama

Pelakon:
Doh Kyung-soo, Jared Grimes, Park Hye-su, Oh Jung-se & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini berlatarkan sebuah kem penjara Geoje ketika Perang Korea 1951 dimana seorang askar muda Korea Utara iaitu Ki-soo terpesona dengan tarian tap sewaktu berada di kem penjara. Ki-soo kemudiannya menyertai kumpulan tarian yang di panggil "Swing Kids". Namun impian mereka untuk menari di dalam kem tahanan berdepan dengan bahaya.



11) KARMA

Filem:
Karma

Pengarah:
Wei-Heng Chung

Genre:
Seram & Ngeri

Pelakon:
Daniel Chan, Lorene Jen, Kurt Chou, Lechen Yu, Cookie, Tzu-Yu Tseng,
Jenny Cheng, Muji Hsu, Mario Pu, Andy Bian, Allen, Kamen, Xing-Yin Cheng & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Januari 2019

Pengedar:
Mega Films Distribution Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang guru baru yang cukup bersemangat iaitu Shen Ling. Dia telah mengalami beberapa siri kemalangan maut selepas memasuki kampus. Para pelajar yang kelihatannya mempunyai akademik yang baik dan penampilan yang baik sebenarnya mempunyai watak jahat yang sangat mengerikan. Satu demi satu kejadian pembunuhan telah berlaku. Semakin ramai para guru dan pelajar yang ditemui mati dalam corak pelekat yang sama diterima dalam aplikasi komunikasi. Shen Ling mula mendapati bahawa di sebalik kejadian pembunuhan tersebut, masih terdapat kebenaran yang kejam dan harga yang cukup tinggi yang tidak dapat ditanggung oleh sesiapa pun.



12) INSTANT FAMILY

Filem:
Instant Family

Pengarah:
Sean Anders

Genre:
Komedi

Pelakon:
Mark Wahlberg, Rose Byrne, Octavia Spencer, Tig Notaro, Isabela Moner & Etc.


Tarikh Tayangan:
10 Januari 2019

Pengedar:
United International Pictures

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mengambil keputusan untuk membina keluarga sendiri dengan mengambil anak angkat menerusi sebuah program anak angkat. Mereka dengan pantas menyedari bahawa membesarkan anak bukan lah satu perkara yang mudah apabila mereka memperoleh tiga orang anak angkat yang berperangai liar dan nakal.



13) PETTA

Filem:
Petta

Pengarah:
Karthik Subbaraj

Genre:
Aksi

Pelakon:
Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Nawazuddin Siddiqui, Trisha & Etc.

Tarikh Tayangan:
11 Januari 2019

Pengedar:
-

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan Rajinikanth yang memegang watak sebagai Kaali, seorang warden sekolah.


14) LEASE OF LIFE

Filem:
Lease Of Life

Pengarah:
Lai Kim Koon


Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Henry Thia , Lim Ching Miau, Lyndie Ong,
Chloe Chan, Sam Chong, Houson Ng & Etc.

Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019

Pengedar:
Cao Min Pictures Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang tiga orang yang datang dari latar belakang yang berbeza iaitu, Ah Hui yang merupakan seorang peniaga jalanan. Manakala Jing pula merupakan seorang wanita kaya dan Jojo yang merupakan seorang penyanyi muda. Ketiga-tiga mereka berdepan dengan masalah dalam kehidupan masing-masing. Ah Hui memasang impian untuk mengubah nasibnya dan pada suatu hari dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang mengajarnya tentang feng shui. Sejak itu, kerjaya Ah Hui berubah dan dia kini berjaya. Jing pula sering berdepan dengan masalah cinta manakala kerjaya muzik Jojo pula sukar untuk berkembang kerana dia berdepan dengan masalah berkaitan tekanan hidup. Untuk mengubah nasib mereka, Jing dan Jojo telah diperkenalkan dengan guru feng shui. Ah Hui bertemu dengan Jing dan Jojo untuk mengubah nasib mereka namun ia tidak lah mudah seperti yang disangka.



15) GLASS

Filem:
Glass

Pengarah:
M. Night Shyamalan

Genre:
Seram, Ngeri & Misteri

Pelakon:
Bruce Willis, Anya Taylor-Joy, James McAvoy, Samuel L. Jackson & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019

Pengedar:
BUENA VISTA

Sinopsis:

Filem ini merupakan sekuel kepada dua filem arahan M. Night Shyamalan terdahulu iaitu Split dan Unbreakable. David Dunn yang merupakan seorang pengawal keselamatan menggunakan kebolehannya luar biasannya untuk mengesan Kevin Wendell Crumb, yang menderita akibat kecelaruan identiti dan mempunyai 24 personaliti berbeza. Kedua-dua mereka kemudian bertemu dengan Elijah Price yang merupakan seorang pembunuh yang kini memegang rahsia mereka.



16) HOMESTAY

Filem:
Homestay

Pengarah:
Parkpoom Wongpoom

Genre:
Fantasi & Ngeri

Pelakon:
James Teeradon Supapunpinyo, Cherprang Areekul, Nopachai Jayanama, Suquan Bulakool & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang satu roh yang merayau dan terjumpa dengan seorang lelaki misteri yang memberitahu bahawa dia diberi peluang untuk hidup semula di dalam tubuh seorang remaja lelaki bernama Min yang mati dan mayatnya kini berada di rumah mayat. Tinggal dalam tubuh baru dikenali sebagai `homestay` dan dia diberi masa selama 100 hari untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas kematian Min. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan roh tersebut mati dan dia perlu meninggalkan `homestay` ini buat selama-lamanya. Namun roh tersebut mahu terus tinggal dalam tubuh Min buat selamanya kerana dia kini menjalani kehidupan baru dengan keluarga Min dan juga telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Pie. Jadi, kini dia tekad untuk mencari siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian Min.



17) THE KID WHO WOULD BE KING 

Filem:
The Kid Who Would Be King

Pengarah:
Joe Cornish

Genre:
Pengembaraan & Drama

Pelakon:
Louis Serkis, Dean Chaumoo, Tom Taylor, Rhianna Doris,
Angus Imrie, Patrick Stewart, Rebecca Ferguson & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019

Pengedar:
20th Century Fox

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan Alex yang merupakan seorang budak sekolah biasa dan mempunyai masalah. Satu hari dia telah terjumpa dengan sebuah pedang mitos Excalibur dan kini dia mempunyai pedang paling berkuasa dalam sejarah. Pada masa yang sama, penjahat bernama Morgana telah muncul untuk memusnahkan dunia. Kini Alex dan rakannya perlu menewaskan penjahat dan menyelamatkan dunia.



18) ESCAPE ROOM

Filem:
Escape Room

Pengarah:
Adam Robitel

Genre:
Seram

Pelakon:
Logan Miller, Deborah Ann Woll, Taylor Russell, Tyler Labine & Etc.

Tarikh Tayangan:
24 Januari 2019

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang enam orang asing yang perlu menggunakan kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk menyelamatkan diri mereka apabila terperangkap di dalam sebuah permainan yang mereka tidak mampu untuk mengawal segala situasi yang terjadi.



19)XX-RAY 3

Filem:
XX-Ray 3

Pengarah:
Aziz M. Osman

Genre:
Fiksyen Sains

Pelakon:
Izzue Islam, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Jalaluddin Hassan, Saiful Apek & Etc.

Tarikh Tayangan:
24 Januari 2019

Pengedar:
Empire Film Solution

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang perlu menyelesaikan masalah kemusnahan dunia selepas diancam oleh seorang penjahat yang mahu menguasai dunia.



20) EVIL RITUAL

Filem:
Evil Ritual

Pengarah:
Adam Macdonald

Genre:
Ngeri

Pelakon:
Laurie Holden, Nicole Muñoz, Chloe Rose, Eric Osborne & Etc.

Tarikh Tayangan:
24 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan nakal yang mahu membunuh ibunya dengan cuba melakukan ritual membangkitkan ahli sihir untuk membunuh bagi pihaknya. Ketika ritual itu dibuat, dia secara tidak sengaja telah membangkitkan sesuatu di dalam hutan.



21) STAN & OLLIE

Filem:
Stan & Ollie

Pengarah:
Jon S. Baird


Genre:
Biografi

Pelakon:
Steve Coogan, John C. Reilly, Nina Arianda,
Shirley Henderson, Danny Huston, Rufus Jones & Etc.

Tarikh Tayangan:
24 Januari 2019

Pengedar:
MM2 Entertainment Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini berdasarkan kisah duo komedi terkenal iaitu Laurel dan Harga yang cuba melonjakkan kerjaya filem mereka dengan melakukan jelajah teater selepas perang Britain.



22)BTS WORLD TOUR: LOVE YOURSELF IN SEOUL

Filem:
BTS World Tour: Love Yourself In Seoul

Pengarah:
Big Hit Entertainment

Genre:
Konsert & Muzikal

Pelakon:
RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V, Jung Kook & Etc.

Tarikh Tayangan:
26 Januari 2019

Pengedar:
GSC Movies

Sinopsis:

Filem ini memaparkan rakaman ketika jelajah konsert kumpulan BTS "Love Yourself" yang berlangsung di Stadium Olimpik Seoul. Ia turut menampilkan rakaman sepanjang proses sebelum konsert bermula dan di belakang tabir. Filem ini akan membawa para peminat bersama untuk meraikan tujuh anggota kumpulan ini serta merasai fenomena antarabangsa mereka yang belum pernah terjadi sebelumnya.



23) THE GANDHI MURDER

Filem:
The Gandhi Murder

Pengarah:
Karim Traidia & Pankaj Sehgal

Genre:
Drama

Pelakon:
Jesus Sans, Stephen Lang, Luke Pasqualino, Gregory Schwabe, Om Puri, Vinnie Jones & Etc.

Tarikh Tayangan:
31 Januari 2019

Pengedar:
TGV Pictures

Sinopsis:

Filem ini berkisarkan tentang teori konspirasi yang diangkat dari kejadian sebenar berlaku yang membawa kepada pembunuhan Mahatma Gandhi. Filem ini memperlihatkan keganasan yang berlaku di India, latar belakang Gandhi yang tidak ganas, dan segelintir pemikiran fanatik yang keras dan mula berkembang di India yang terbahagi atas dasar agama. Ia juga mengisahkan perihal tiga orang pegawai polis yang berada di bahagian yang berlainan di India dan menyedari Gandhi kini dalam ancaman. Mereka kini mesti mengambil keputusan sama ada menyelamatkan Mahatma atau negara mereka.



24) BELLA & JAMIE

Filem:
Bella & Jamie

Pengarah:
Fairul Nizam Ablah

Genre:
Drama

Pelakon:
Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman & Etc.

Tarikh Tayangan:
31 Januari 2019

Pengedar:
UNITED STUDIOS

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara dua orang gadis iaitu Bella dan Jamie. Hubungan mereka menjadi lebih rapat selepas mendapat tahu bapa mereka merancang untuk berkahwin. Namun keakraban mereka menjadi keruh apabila Bella mendapati Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.



25) HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD 

Filem:
How To Train Your Dragon: The Hidden World

Pengarah:
Dean DeBlois

Genre:
Pengembaraan & Animasi

Pelakon:
Jay Baruchel, America Ferrera, Cate Blanchett, Craig Ferguson, F. Murray Abraham & Etc.

Tarikh Tayangan:
31 Januari 2019

Pengedar:
United International Pictures

Sinopsis:

Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem terdahulu dimana Hiccup kini sudah bergelar sebagai ketua puak Viking. Dia dan Toothless kini melindungi pulau dan penduduk daripada bahaya sekali gus merealisasikan impiannya untuk berdamai dengan naga. Sementara itu, Toothless telah bertemu dengan seekor lagi naga, Light Fury. Bagaimanapun Hiccup dan Toothless perlu membuat keputusan sukar apabila kampung halaman mereka berada dalam bahaya.

P/S : Sebarang Perubahan Atau Penambahan Akan Dikemas Kini Dari Semasa Ke Semasa!

Catat Ulasan

0 Ulasan