Tayangan Media Dan Gala Premiere Filem Hide And Seek Minako

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput untuk bekerjasama dengan pihak Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan TGV Pictures untuk menganjurkan peraduan mudah memenangi 20 keping tiket untuk sebuah filem seram yang didatangkan khas daripada Indonesia iaitu filem Hide And Seek Minako.


Sebelum itu, pihak Rollo De Pelicula terlebih dahulu berkesempatan menonton filem ini pada sebelah pagi di TGV Cinemas One Utama pada 25 Februari 2019 yang lepas. Selepas tamat menonton filem yang berdurasi 1 jam 27 minit ini, kami berkesempatan terlibat di dalam sidang media bersama barisan pelakon filem ini yang dibawakan khas dari Indonesia.

Antara yang hadir ialah barisan pelakon utama filem Hide And Seek Minako ini iaitu Miller Khan, Nicky Tirta, Ario Astungkoro, Novinta Dhini dan Regina Rengganis. Turut hadir ialah barisan pengarah, penerbit serta pengedar filem tersebut yang turut sama berkongsi beberapa kisah menarik berkaitan pengalaman mereka sewaktu menjalani penggambaran filem ini.


Pelakon Nicky Tirta berkongsi pengalamannya sewaktu penggambaran babak akhir filem ini, "Babak saya ditarik Minako harus dilakukan dalam satu rakaman sahaja. Tidak boleh salah. Ramai bertanya kenapa saya yang dipilih untuk melakukan babak tersebut. Mungkin kerana saya yang paling ringan dan kecil antara semua pelakon yang lain. Selain itu juga, saya ingin berkongsi pengalaman ternampak hantu di belakang sewaktu bergambar di lokasi filem ini. Selepas ini saya tidak mahu lagi berlakon di lokasi tersebut!"

Pelakon Regina Rengganis pula berkongsi satu pengalamannya yang menarik sepanjang penggambaran filem ini, "Babak saya dicekik oleh si Nicky itu memang benar. Memang terasa dicekik dan kesannya ada selepas babak tersebut selesai dirakam."


Pelakon Novinta Dhini pula menyatakan kesukaran yang dirasainya sepanjang terlibat di dalam filem ini terpaksa berlari sambil memakai kasut tumit tinggi. Katanya, "Ada babak yang perlu sehingga 20 kali rakamannya. Aku rasa capet bangat harus berlari kesana kesini dengan memakai high heels."

Pelakon utama filem ini iaitu Miller Khan yang sebenarnya merupakan pelakon kelahiran Malaysia pula turut berkongsi pengalaman paling menakutkan sepanjang hidupnya iaitu melihat seorang wanita yang dirasuk di set penggambaran dan sentiasa memandang Miller dengan pandangan yang aneh.


Selain sesi temu bual bersama barisan pelakon filem Hide And Seek Minako yang diangkat daripada kisah sebuah novel ini dan dihasilkan dengan kos sebanyak 150 ribu dollar, pihak Rollo De Pelicula serta kumpulan media yang lain turut dikejutkan dengan penampilan istimewa gadis 'Minako' bersama bonekanya yang adakala mencuit hati kami dengan keletahnya yang bersahaja dan lucu.


Pada sebelah malamnya pula, pihak Rollo De Pelicula berkesempatan bertemu dengan barisan para pemenang untuk Peraduan 20 Keping Tiket Hide And Seek Minako yang dianjurkan oleh kami sebelum ini. Tahniah diucapkan kepada barisan pemenang yang terpilih untuk peraduan kali ini. Terima kasih pihak kami ucapkan atas kesudian anda semua untuk menyertai peraduan yang kami anjurkan buat kali kedua.


Jadi, disini kami kongsikan komen-komen para pemenang selepas selesai menonton filem Hide And Seek Minako ini:

Laili Nadhirah : "Best! At first agak confusing tapi ending dia macam half cut like that. But it's still a nice movie to watch."

Zayani : "Saya seronok tonton filem ini. Asyik dok gelak-gelak jer dengan suami."

Hasan Nasir : "Kami kurang seronok menonton filem ini sebab filem ini kurang tahap 'horror'nya. Kami expect filem ini akan membuat kami menjerit dan ketakutan tetapi sedikit pun tidak! Selain itu, filem ini juga seperti try hard sangat untuk menjadi filem yang memberi pelbagai feel seperti seram, thriller, romantic, suspense, persahatan etc."


Otto : "I don't doubt the entire production was in at its best genuine and applaud the cast members for their outstanding performance. However, I believe the story could be tweaked to further enhance the audience viewing experience. Other than that, kudos!"

Adib Alimor : "Pada pendapat saya, sejujurnya cerita ini tak best. Banyak kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki. Dari segi watak patung tersebut Minako & the watchers yang macam zombie tu patutnya buat lagi seram. Sound effect kena gempak tetapi nampak biasa sangat dalam movie tu. Dan kalau jalan penceritaan dia menarik, tersusun dan director dia kalau olah cerita tu lagi...mesti lagi best tengok.Ceritanya enggak seru."


Kepada para pembaca lain yang terlepas untuk menyertai peraduan tiket wayang Rollo De Pelicula ini, anda semua tidak perlu risau kerana selepas ini semakin banyak peraduan lain akan menyusul. Sentiasa lawati portal filem kami untuk mengetahui info-info terkini tentang filem serta peraduan tiket wayang.

P/S : Ulasan Filem Hide And Seek Minako Akan Menemui Anda Dalam Masa Terdekat!

Catat Ulasan

0 Ulasan